Tuesday, December 26, 2006

merdekakah palestin.

Merdekakah palestin atau palestin tetap menjadi mainan provokasi,
1-fatah dan hamas hanya ada satu keputusan sahaja iaitu bersatu.

2-usah diharapkan jiran-jiran arab yang lain,kerana kuku mereka sudah tiada tajamnya.

3-atau memang palestin akan dijajah 20 tahun lagi.

4-penjajahan bumi palestin-umat islam-adakah peranannya akana disoal Allah?


lantaran setakat manakah mahasiswa negara ini mengambil pengajaran mengenai nasib rakyat palestin.

Thursday, December 21, 2006

Pelajar Melayu tidak menguasai Bahasa Inggeris.

Sejak merdeka,dan sememangnya kita dijajah oleh British,dan akhirnya akur akan kelemahan kita dalam teknologi dan reka cipta,namun ada di kalangan orang Melayu yang tetap bermimpi yang lunak-lunak-lantaran itu diandaikan dirinya sebagai pembela bahasa,cinta akan bangsa,namun mereka itu hanyalah retork semata-mata.

Tahun depan usia kemerdekaan negara bumi Malaysia ini ialah 50 tahun,namun kemampuan pelajar Melayu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris masih lagi lemah dan lesu.Amat malang,walau lepasan siswazah tetapi kurang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Ini sesuatu yang luar biasa.Belajar di universiti namun gagal menguasai bahasa ke-dua negara ini dan bahasa terpenting dunia.

Cuba bayangkan tahap komunikasi pelajar Melayu lepasan universiti setanding komunikasi pelajar Melayu tingakatan 4(sesuatu yang memalukan).Penulis yakin bahawa kegagalan menguasai bahasa Inggeris dalam dunia komunikasi akan memberikan kesan kepada pelajar itu sendiri.

Hal ini berlaku kerana tingkah laku pelajar Melayu di universiti tidak meletakkan mereka itu berada di dunia ilmu tetapi terbawa-bawa dengan dunia sosial yang diamalkan oleh lapisan soial dunia luar universiti.Tahap bacaan penuntut Melayu di universiti penulis yakin amatlah lesu.Budaya ilmu di kalangan penuntut Melayu ini tetap di tahap yang kurang memuaskan.

Lantaran itu terdapat sebahagian besar penuntut Melayu itu masih lagi terkial-kial untuk berbicara mengenai isu-isu besar atau yang lebih global.Bahkan mungkin juga ahli MPP universiti juga masih lagi terkial-kial untuk menguasai dunia intelektual.(lihat sahaja lontaran idea mereka di rancangan Bicara Siswa).

Justeru siapakah yang bersalah dan mengapa hal ini berlaku.-Mudah sahaja-guru-guru bahasa Inggeris di sekolah rendah terutamanya di sekolah kebangsaan gagal membudayakan situasi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Peranan PIBG hambar,peranan organisasi Melayu setempat juga lemah termasuklah organisasi politik-umno bahagian dan cawangan-puteri,pemuda,wanita)

Bahkan gabungan pelajar melayu semenanjung juga masih lagi tidakambil peduli akan hal ini.Ketidakseriusan institusi Melayu ini membuktikan bahawa mereka mahu warisan generasi Melayu muda akan datang terkial-kial dan berasa perit untuk melayari kehidupan pada era tahun 2020.


Namun,masih lagi boleh bersyukur kerana kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional,telah menyusun banyak strategi untuk membantu kaum Melayu mampu menguasai bahasa Inggeris.Bahkan rmk9,mempunyai misi dan visi dalam menambahnilai penguasaan pelajar Melayu untuk menguasai komunikasi dalam bahasa Inggeris.

-kita sudah tiada masa-

Thursday, December 14, 2006

Masyarakat yang bermoral.

Tahun 2007,maka usia kemerdekaan negara mencecah 50 tahun.Usia 50 tahun itu mampu menjana pembangunan fizikal dan mental.Rakyat Malaysia masih mampu menjana kekuatan dalam membangunkan negara dan berhadapan dengan dunia global.

Justeru itu amat wajarlah masyarakat negara ini membawa diri menuju ke arah masyarakat yang "berminda kelas pertama".Seharusnya kemudahan asas dan fizikal negara ini telah memasuki era kelas pertama,namun minda rakyatnya sama ada pemimpin masyarakat,pemimpin mahasiswa dan belia,jawatankuasa kampung masih lagi belum merealisasikan masyarakat yang berminda kelas pertama.

Secara mudah masyarakat'berminda kelas pertama"hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut,

-berpengetahuan.
-berdaya saing.
-berbudaya kerja cemerlang.
-berintegriti.
-berakhlak dan bermoral.

Lantaran itu situasi ciri-ciri di atas dapat menjana ke arah masyarakat yang berminda kelas pertama.Tunjang moral dan akhlak haruslah dititikberatkan.

Masyarakat bermoral benci akan rasuah,fitnah,adu domba,bercakap tanpa bukti,mungkir janji dan pecah amanah.Lantaran itu moral yang tinggi akan membina jati diri dan seterusnyamampu berhadapan dengan era globalisasi.

Sebagai pembuka minda-wajarkah kejadian khalwat dicegah tanpa melakukan tangkapan-

Fikirkan persoalan di atas secara kelas minda pertama.

Tuesday, December 12, 2006

Penjanaan siswa yang ulil albab.

Ulil Albab-siapkah ulil Albab-secara ringkas penulis memaknakan ulil albab itu sebagai agen perubahan yang menggunakan daya fikir untuk memajukan manusia dan persekitarannya.


Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah. Ayat: 122)

Berdasarkan firman di atas-jelas bahawa menara gading merupakan aset utama dalam membentuk ulil albab-ilmu ialah kunci utamanya dan seterusnya siswa itu harus mampu menggunakan daya fikirnya tanpa mudah putus asa dalam mengatasi atau berhadapan dengan sesuatu cabaran atau krisis.

Lantaran itu daya fikir dan membuat sesuatu dengan bijak tanpa putus asa merupakan sikap seseorang dalam meneroka kehidupan seorang ulil albab.(bayangkan tanpa manusia yang berfikri jauh sudah tentu teknologi tidak dapat dicipta,tanpa teknologi komputer,pasti siswa akan tidak dapat melayari internet.)

Sehubungan itu setakat waktu ini,sejauh manakah siswa Islam meneroka konsep ulil albab di dalam kehidupan mereka,atau siswa Islam masih lagi berada dalam ruang lingkup yang statik dan jumud.


Sikap statik dan jumud atau tidak mampu berfikir dalam melihat sesuatu isu atau krisis merupakan suatu proses yang boleh melemahkan ummah.

Sebagai suatu latihan berfikir penulis ajukan suatu fenomena krisis dan diharapkan siswa Islam di menara gading dapat mengambil tindakan yang sesesuai untuk mengatasinya-

1.di universiti terdapat segelintir siswa wanita yang tidak menunup aurat.

2.konsep islam hadhari mampu menjana rakyat Malaysia.

3.kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.

4.gejala rasuah di Malaysia.

5.pencapaian ekonomi di kalangan kaum Melayu.

Justeru itu perhatikan juga firman berikut-

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran.Ayat:104 -105)




Justeru itu siswa Islam harus membawa diri mereka ke arah konsep ulil albab.

Wednesday, December 6, 2006

Kebebasan suara di menara gading.

Apabila berkata mengenai universiti bertaraf dunia,pasti potensi universiti di negara ini berada dalam kedudukan yang belum dibanggakan,apatah lagi penilaian itu dibawa oleh sebuah organisasi yang asing mengenai wadah budaya negara ini.

Pelbagai ciri boleh diutarakan dalam memupuk tahap univsersiti bertaraf dunia-sama ada mutu dan kualiti siswazahnya,tahap kualiti pensyarahannya,bilangan kursus dan pelajar dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh universiti itu.

Namun ada pendapat yang menyatakan kebebasan bersuara di universiti tempatan merupakan salah satu punca yang membawa ke arah status yang kurang memuaskan.Minda dan daya intelektual tertutup akibat suara idea dari menara gading dikunci,dan kunci itu berkaitan dengan Auku.

Namun dalam satu wawancara di rtm1,profesor diraja ungku Aziz lebih mengaitkan keproduktif sesebuah universiti itu lebih penting dalam menilai tahap kecemerlangan sesebuah universiti.Maknanya-siswazah yang produktif dan dapat menambahbaikan kemajuan negara dan masyarakat dijadikan ukuran kualiti sesebuah universiti.

Lantaran itu,kebekuan siswa dalam membicarakan sesuatu isu dikaitkan dengan Auku,bahkan Auku telah mematikan daya fikir siswa.Namun penyataan ini ada pro dan kontranya.

Sehubungan itu bagaimana pandangan siswa dan warga universiti tempatan mengenai islam hadhari dan rmk-9 dan modal insan,setakat mana kejituan harapan perdana menteri dalam membangunkan rakyat menuju wawasan 2020.

Auku tidak menyekat suara dari menara gading,cuma yang bersuara itu harus bijak dan memahami akan isu yang disuarakan.-usah bekukan minda-bersuaralah demi kesejahteraan Malaysia.

Tuesday, December 5, 2006

Dakwah di menara gading-ke mana arahnya.

Artikel 11 dan artikel 121(1A) perlembagaan persekutuan merupakan satu penyataan yang perlu difahami dengan waras dan wajar.Namun kedudukan agama Islam di dalam perlembagaan Persekutuan tidak dimanfaatkan dengan baik oleh kumpulan mahasiswa Islam.

Setakat ini hala tuju dan gerakan dakwah di kampus-kampus terasa seperti tiada,jika ada pun,hidup segan mati tidak mahu.Pola-pola dan modus operandi yang digunakan oleh gerakan dakwah para siswa belum sampai di tahap yang membanggakan.

Mahasiswa Melayu dan kiasu

Jika betul kaum Melayu tidak kiasu,dan untuk maju orang Melayu perlu kiasu,lantaran itu adakah mahasiswa Melayu di universiti kiasu atau lesu.Jika lesu,kenapa dan mengapa,jika tidak apakah alasannya.

Namun penulis lebih menyatakan bahawa lepasan mahasiswa Melayu memanglah tidak kiasu bahkan lesu.Walaupun dididik di universiti,namun mereka gagal untuk membawa diri mereka bersaing dengan persekitaran saingan yang ada.

Masalah pengangguran di kalangan mereka membuktikan mereka tidak kiasu dalam berhadapan dengan situasi semasa.Bahkan sebahagiannya pula tidak faham akan kepentingan mereka untuk bersikap kiasu.

Sehubungan itu juga,ketidakkiasuan mahasiswa Melayu ini berlaku kerana niat dan tujuan mereka menimba ilmu di universiti gagal dihayati dengan betul.Angka-angka menunjukkan bilangan lepasan mahasiswa Melayu semakin meningkat,namun apalah maknanya jika bilangan lepasan itu tidak mampu menjana kendirinya untuk memacu kemajuan diri,bahkan kerajaan terpaksa pula melaksanakan beberapa program untuk memperkasakan mahasiswa itu sendiri.

Justeru itu siapakah yang bertanggungjawab untuk mengkiasukan mahasiswa Melayu?

Tuesday, November 28, 2006

Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih dan Bawang merah merupakan sebuah cerita klasik yang menarik hati kaum Melayu kerana dunia kaum Melayu memang begitu,dunia yang penuh konflik dan perbalahan yang sia-sia.Apatah lagi kaum Melayu yang sebahagiannya percaya dengan kuasa ghaib.Walaupun Islam datang ke Tanah Melayu ,namun hingga kini kepercayaan yang karut marut itu menjadi daya tarikan,lebih-lebih lagi yang dikaitkan dengan unsur-unsur tahyul.
Lantaran itu tidak mengejutkan jika ceita Bawang Putih dan Bawang Merah ini menjadi isu yang ketara,walaupun ceroitanya tidak membawa apa-apa tetapi cukup menggambarkan bahawa gerak laku dan daya fikir kaum Melayu di negara ini masih lagi dihiasi dengan unsur-unsur lama yang tidak mampu melonjakkan daya fikirnya untuk lebih maju.
Kaum Melayu yang sedar ekonominya masih lagi jauh ketinggalan tetapi terus terhibur dengan imaginasi hiburan yang mengkhayalkan.Justeru itu berdasarkan keterujaan kaum Melayu kepada cerita Bawang Merah dan Bawang Putih dapat digambarkan bahawa kaum Melayu masih boleh didodoikan dengan hiburan yang mengkhayalkan dan mereka boleh dijajah lagi.

Monday, November 27, 2006

Demokrasi di Malaysia.

Demokrasi di Malaysia,satu topik yang selalu diperdebatkan,bagi penulis negara ini mengamalkan demokrasi secara bijak,sebab itulah negara ini terus memacu kemajuan dan sejahtera sejak merdeka hingga kini.

Namun pendapat di atas tentu tidak dipersetujui oleh sebahagian pembaca,namun hakikatnya demokrasi di negara ini tetap luhur dan rakyatnya sejahtera.Setakat ini pihak-pihak yang menyatakan negara ini kurang mengamalkan demokrasi merupakan kelompok atau individu yang tidak diterima oleh majoriti rakyat negara ini.

Kelompok ini memang kecewa kerana suara mereka tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.Namun penulis berharap negara ini dapat membuka lebih ruang kepada media sama ada media bertulis,elektronik dan maya untuk menyatakan pandangan agar rakyat lebih terbuka mindanya.

Lantaran itu juga memandangkan negara ini mempunyai bentuk rakyat yang majmuk sudah pasti beberapa akta harus diteruskan untuk memelihara keharmonian negara.

Seterusnya amat wajar juga difikirkan semula memandangkan negara ini menuju rakyat berminda kelas pertama,maka boleh difikirkan semula media elektronik diberikan peluang kepada semua pihak untuk menyatakan hasrat dan cita-citanya.Hal ini boleh difikirkan oleh pihakberwajib setelah melihat kesan buruk dan baiknya.

Sejahtera Malaysia.

Friday, November 24, 2006

Kesatuan Pelajar antara harapan dan cita-cita.

Sejak sebelum merdeka pelbagai pertubuhan sukarela dan belia lahir di negara ini.Masing-masing membawa misi dan visi.Lantaran itu terbentuklah juga pertubuhan belia dan sukarela yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan.Artikel ini hanya menyentuh mengenai peranan beberapa pertubuhan pendidikan yang berjuang untuk meningkatkan dan memelihara jati diri dan pembangunan pendidikan amal anak-anak
Melayu.


Sejak tahun 1948 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) telah ditubuhkan atas tujuan berdasarkan 4 sedar yang utama iaitu-sedar atas perlu disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu-sedar akan kemunduran kami di alam pengetahuan-sedar atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa dan sedar bahawa maju mundur,kayamiskin,hina mulianya bangsa itu ditangan kami-

Berdasarkan sejarah memanglah gpms ada menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak Melayu.Bahkan di samping itu,gpms mampu membentuk ciri-ciri pemimpin yang wibawa dan mampu mengisi kekosongan kepepimpinan kampung ,pertubuhan sukarela dan negara.

Secara total ahli-ahli gpms era gelombang gerakan obornya berjuang kerana menyedari akan tanggungjawab mereka untuk membangunkan pendidikan anak-anak Melayu.Mereka yakin jika mundur di alam ilmu pengetahuan maka kaum Melayu juga akan mundur dan merempat di bumi ini.

Sehubungan itu rentetan ksiah-kisah pada tahun-tahun 1945 telah melangsungkan tertubuhnya Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor .(kppms) .KPPMS ditubuhkan juga atas dasar meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan anak-anak kaum Melayu.Bahkan mereka sentiasa ingat akan kata-kata Allahyarham saudara Aminuddin Baki-jangan sampai jadi seperti ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan.

Kini gpms dan kppms tetap bergerak dalam dimensi pendidikan ,namun gpms dan kppms harus terus meneraju perjuangan dalam meningkatkan mutu pendidikan dan nasib dunia pendidikan anak-anak Melayu.Penulis berasakan suara-suara gpms dan kppms kian hilang dan sepi.Wal hal,ketika ini terdapat beberapa kelompok kumpulan yang sudah berani mempertikai hak-hak kontrak sosial.

Lantaran itu jika gpms dan kppms masih lagi leka dan tidur sudah tentu mimpi mereka tidak indah lagi.Hakikatnya terima kasih kepada pejuang-pejuang gpms dan kppms yang tulen dan menjaga amanah agama,bangsa dan negara.Masa depan tetap akan dilalui.Fikirkanlah.

Thursday, November 23, 2006

Hapuskan bencana rasuah.

Rasuah ialah musuh negara,namun ianya sukar untuk dibasmikan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh.Rasuah berlaku kerana kelemahan pegangan agama ,namun kerajaan telah mengambil langkah penting dalam mengatasi masalah itu seperti dengan menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan Badan Pencegah Rasuah.

Namun setakat ini tiada pihak yang dapat membawa bukti yang kukuh dalam menghukum penjenayah rasuah.Namun wajar bagi pihak mahasiswa untuk melancarkan kempen besar-besaran dalam menyedarkan rakyat akan kemudaratan jenayah rasuah.

Tanpa bukti yang kukuh,penjenayah rasuah sukar untuk didakwa namun mencegah lebih baik daripada mengubati.Ingat-rasuah musuh agama Islam,bangsa dan negara.

Tuesday, November 21, 2006

Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia merupakan ketua kerajaan yang memerintah negara Malaysia.Statusnya dipilih berdasarkan keputusan pilihan raya umum.Sehubungan itu status perdana menteri merupakan pilihan rakyat yang diputuskan mealui kuasa undi.Lantaran itu kuasa undi yang bijak akan membawa pembangunan negara dan kemakmuran negara.
Namun menjadi perdana menteri Malaysia bukanlah mudah,kerana Malaysia dihuni oleh rakyat yang berbilang kaum,agama dan budaya.

Ketika ini sering dilihat,apabila berlaku sesuatu isu,maka pihak pemerintah dan akhirnya perdana menteri akan dirujuk dan menjadi bahan polemik.Tanggungjawab dan upaya amanah dipikul pula oleh perdana menteri.Sebilangan kelompok rakyat tidak mengerti akan tanggungjawab mereka kepada negara dan pihak pemerintah.Mengkriktik atau menyelar pihak pemerintah merupakan dua perkata yang berbeza.Menyatakan pendapat tanpa fakta dan menyatakan fakta juga dua makna yang berbeza.

Dalam surah ali-imran(3):sebahagian ayat 110-maksud firman Allah-kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia.kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah,serta kamu beriman kepada Allah-

Lantaran itu tugas membuat dan menyeru ke arah kebaikan merupakan tanggungjawab setiap individu dan bukan hanya terletak di tangan pemerintah sahaja.Jelasnya perdana menteri Malaysia ketika ini(Pak Lah) telah menjadikan gagasan dan konsep Islam Hadhari dalam membangunkan Malaysia.Oleh itu rakyat harus mengambil langkah yang disarankan itu untuk memacu pembangunan diri dan keluarga serta negara.

Bahkan dalam surah an-nisaa(4):59) Allah berfirman yang maksudnya-wahai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada rasulullah dan kepada ulul-amri(orang-orang yang berkuasa)dari kalangan kamu,kemudian jika kamu berselisihan dalam sesuatu perkara maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan rasuln-Nya,jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih elok pula kesudahannya.

Oleh itu sudah menjadi tugas mahasiswa untuk membantu memacu pembangunan negara.Hasrat dan cita-cita perdana menteri Malaysia hendaklah dibawa menjadi kenyataan.Kenyataan perdana menteri Malaysia ketika ini ialah perkasakan modal insan,hidupkan Islam hadhari dan hapuskan rasuah.

Thursday, November 16, 2006

Ulama pembela agama dan pemerintah.


Berdasarkan isu murtad yang masih menjadi isu hangat di media massa dan juga mendapat perhatian di kalanganpenganut agama Islam di negara ini,sewajarnya isu ini dilihat dengan cara yang baik dan berhikmah.


MuftiPerak telah melaksanakan amanah dan tugasnya denganbetul dan benar. Mufti Perak yakin dan percaya bahawagejala murtad atau mahu murtad sedang menular di negara ini. Di waktu ini pihak berwajib sedang melihat isu ini dengan mengumpulkan data-data dan fakta yang kukuh.


Penulis menyerahkan hal ini kepada pihakberwajib.Namun orang Melayu harus sedar bahawa oranglain tidak wajar menjaga akidah mereka tetapimasing-masing harus menjaga akidah masing-masing.Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya-sesungguhnya perumpamaan ulama di muka bumi laksana bintang di langit yang menjadi pedoman di dalam kegelapan di darat dan di laut.maka apabila bintang telah gelap maka hampir juru petunjuk itu sesat-riwayat Ahmad)

Bahkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Imran, ayat 187 yang bermaksud -dan ingatlah ketika Allahmengambil janji dari orang yang telah diberikankitab(iaitu)hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya-Lantaran itu memang wajar tindakan Mufti Perak untuk menegur apa yang wajar.

Bahkan teguran seorang muftiitu hendaklah dilihat dan dipandang berat oleh orang Islam. Namun hak untuk menerima atau menolak teguran seorang mufti itu merupakan hak masing-masing. Namun ulama dan pemerintah hendaklah dihormati.

Justeru itu apakah murtad.Pada kesempatan ini penulishanya mengambil makna murtad itu ialah seseorang Islamyang telah meninggalkan teras syahadatainnya-yakni menyekutukan Allah dan tidak percayakan akan Allah. Untuk itu seseorang itu tidak perlu menunggu status kad pengenalannya diubah untuk dianggap murtad cukup apabila akidahnya telah terpaling maka murtadlah orang itu.

Penulis mengambil ikhtibar bahawa tindakan mufti Perakialah orang Melayu ,bahkan mahasiswa sendirihendaklah bersama-sama berwaspada dalam membendungmasalah murtad ini.Mufti Perak mahu orang Melayu Islambertindak dan bekerja dalam mengatasi bencanaini.Bukannya berpoloemik sama ada benar atau tidakakan isu murtad itu.Pada ketika ini Perdana Menteri telah melaksanakanakan dasar Islam Hadhari, maka wajarlah masyarakat muslim di negara ini menyambut seruan itu . Terutamanya golongan mahasiswa.
Rumusannya ulama itu pembela agama dan tugasnya ialahmenasihati dan bersama-sama pemerintah untukmemakmurkan negara.

Usah sekali-kali menempelak ulama-ulama itu pewaris nabi.-Umar bin Al Khattab r.a pernah berkata-telah sampaikepadaku dari Rasulullah s.a.w-tidak ada seorang nabidan khalifah kecuali beginya dua pembantu: seorang pembantu yang menyuruh dia berbuat baik dan melarangnya dari mungkar: seorang pembantu lagi tidak pernah berhenti merosakkannya-Lantaran itu berwaspadalah dengan penasihat dan pembantu yang hina dan berurusanlah dengan orang-orangyang takut kepada Allah.

Sehubungan itu mahasiswa harus bijak melihat adakahmereka berada di kalangan penasihat yang baik atauberada di kalangan penasihat yang jahat.

Monday, November 13, 2006

Murtad!!!??? MasyaAllah.

Persoalan murtad sejak dulu lagi,telah menjadi isusensitif di kalangan penganut agama Islam,namun halini didakwa tetap berlaku hingga kini,walaupun tiadabukti yang kukuh dan jitu dan boleh dipercayai.

Bahkan kerapkali juga ada orang mendakwa mengetahuiakan punca dan sebab-sebabnya. Namun tindakan dalammengatasi masalah tersebut tidak pernah dilaksanakan, perlembagaan persekutuan memangmelindungi akan kedudukan agama Islam sebagai agamarasmi negara ini,namun ia tidak mampu untuk memelihara iman atau akidah seseorang.Akidah seseorang itu ada yang kuat dan ada yang lemah.

Setakat ini hanya mufti perak yang sanggupmenjaga dan mengambil tahu akan kedudukan akidah penganut agama Islam dan pihak kerajaan tetap tegasmemelihara akan hak agama Islam dalam perlembagaan.

Namun orang Islam tidak memainkan peranan yang bijakdan bersungguh-sungguh dalam memastikan akidah saudarase-Islamnya terpelihara.Ada di kalangan Orang Islam mahu tunjuk -hero-nyamereka( dengan berkumpul dan menunjukperasaan,sedangkan akidah saudaranya terumbang ambing.

Saya mencadangkan agar badan pewakilan pelajar di universiti berjumpa dengan pihak berwajib untukmelihat situasi murtad ini.Seterusnya melaksanakan beberapa modus operandi dalam menangani isu murtad. Memanglah penulis kecewa apabila mendengar ada muslimyang mahu keluar dari akidah Islam, namun amat menyedihkan orang Islam hanya tahu marah-marah tetapitidak bijak untuk melaksanakan beberapa tindakandalam mengatasi masalah tersebut.

Hingga kini penulis masih belum mendapat data-datamuslim yang murtad secara sah dan boleh dipertanggungjawabkan.

Sunday, November 12, 2006

Assalamualaikum

Laman in sedia dilawati. Selamat Datang semua pengunjung. Sila email ke intanfadli2020@yahoo.com jika ingin berkongsi idea dan pendapat. Selamat melayar.