Tuesday, December 26, 2006

merdekakah palestin.

Merdekakah palestin atau palestin tetap menjadi mainan provokasi,
1-fatah dan hamas hanya ada satu keputusan sahaja iaitu bersatu.

2-usah diharapkan jiran-jiran arab yang lain,kerana kuku mereka sudah tiada tajamnya.

3-atau memang palestin akan dijajah 20 tahun lagi.

4-penjajahan bumi palestin-umat islam-adakah peranannya akana disoal Allah?


lantaran setakat manakah mahasiswa negara ini mengambil pengajaran mengenai nasib rakyat palestin.

Thursday, December 21, 2006

Pelajar Melayu tidak menguasai Bahasa Inggeris.

Sejak merdeka,dan sememangnya kita dijajah oleh British,dan akhirnya akur akan kelemahan kita dalam teknologi dan reka cipta,namun ada di kalangan orang Melayu yang tetap bermimpi yang lunak-lunak-lantaran itu diandaikan dirinya sebagai pembela bahasa,cinta akan bangsa,namun mereka itu hanyalah retork semata-mata.

Tahun depan usia kemerdekaan negara bumi Malaysia ini ialah 50 tahun,namun kemampuan pelajar Melayu untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris masih lagi lemah dan lesu.Amat malang,walau lepasan siswazah tetapi kurang mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Ini sesuatu yang luar biasa.Belajar di universiti namun gagal menguasai bahasa ke-dua negara ini dan bahasa terpenting dunia.

Cuba bayangkan tahap komunikasi pelajar Melayu lepasan universiti setanding komunikasi pelajar Melayu tingakatan 4(sesuatu yang memalukan).Penulis yakin bahawa kegagalan menguasai bahasa Inggeris dalam dunia komunikasi akan memberikan kesan kepada pelajar itu sendiri.

Hal ini berlaku kerana tingkah laku pelajar Melayu di universiti tidak meletakkan mereka itu berada di dunia ilmu tetapi terbawa-bawa dengan dunia sosial yang diamalkan oleh lapisan soial dunia luar universiti.Tahap bacaan penuntut Melayu di universiti penulis yakin amatlah lesu.Budaya ilmu di kalangan penuntut Melayu ini tetap di tahap yang kurang memuaskan.

Lantaran itu terdapat sebahagian besar penuntut Melayu itu masih lagi terkial-kial untuk berbicara mengenai isu-isu besar atau yang lebih global.Bahkan mungkin juga ahli MPP universiti juga masih lagi terkial-kial untuk menguasai dunia intelektual.(lihat sahaja lontaran idea mereka di rancangan Bicara Siswa).

Justeru siapakah yang bersalah dan mengapa hal ini berlaku.-Mudah sahaja-guru-guru bahasa Inggeris di sekolah rendah terutamanya di sekolah kebangsaan gagal membudayakan situasi berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Peranan PIBG hambar,peranan organisasi Melayu setempat juga lemah termasuklah organisasi politik-umno bahagian dan cawangan-puteri,pemuda,wanita)

Bahkan gabungan pelajar melayu semenanjung juga masih lagi tidakambil peduli akan hal ini.Ketidakseriusan institusi Melayu ini membuktikan bahawa mereka mahu warisan generasi Melayu muda akan datang terkial-kial dan berasa perit untuk melayari kehidupan pada era tahun 2020.


Namun,masih lagi boleh bersyukur kerana kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional,telah menyusun banyak strategi untuk membantu kaum Melayu mampu menguasai bahasa Inggeris.Bahkan rmk9,mempunyai misi dan visi dalam menambahnilai penguasaan pelajar Melayu untuk menguasai komunikasi dalam bahasa Inggeris.

-kita sudah tiada masa-

Thursday, December 14, 2006

Masyarakat yang bermoral.

Tahun 2007,maka usia kemerdekaan negara mencecah 50 tahun.Usia 50 tahun itu mampu menjana pembangunan fizikal dan mental.Rakyat Malaysia masih mampu menjana kekuatan dalam membangunkan negara dan berhadapan dengan dunia global.

Justeru itu amat wajarlah masyarakat negara ini membawa diri menuju ke arah masyarakat yang "berminda kelas pertama".Seharusnya kemudahan asas dan fizikal negara ini telah memasuki era kelas pertama,namun minda rakyatnya sama ada pemimpin masyarakat,pemimpin mahasiswa dan belia,jawatankuasa kampung masih lagi belum merealisasikan masyarakat yang berminda kelas pertama.

Secara mudah masyarakat'berminda kelas pertama"hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut,

-berpengetahuan.
-berdaya saing.
-berbudaya kerja cemerlang.
-berintegriti.
-berakhlak dan bermoral.

Lantaran itu situasi ciri-ciri di atas dapat menjana ke arah masyarakat yang berminda kelas pertama.Tunjang moral dan akhlak haruslah dititikberatkan.

Masyarakat bermoral benci akan rasuah,fitnah,adu domba,bercakap tanpa bukti,mungkir janji dan pecah amanah.Lantaran itu moral yang tinggi akan membina jati diri dan seterusnyamampu berhadapan dengan era globalisasi.

Sebagai pembuka minda-wajarkah kejadian khalwat dicegah tanpa melakukan tangkapan-

Fikirkan persoalan di atas secara kelas minda pertama.

Tuesday, December 12, 2006

Penjanaan siswa yang ulil albab.

Ulil Albab-siapkah ulil Albab-secara ringkas penulis memaknakan ulil albab itu sebagai agen perubahan yang menggunakan daya fikir untuk memajukan manusia dan persekitarannya.


Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah. Ayat: 122)

Berdasarkan firman di atas-jelas bahawa menara gading merupakan aset utama dalam membentuk ulil albab-ilmu ialah kunci utamanya dan seterusnya siswa itu harus mampu menggunakan daya fikirnya tanpa mudah putus asa dalam mengatasi atau berhadapan dengan sesuatu cabaran atau krisis.

Lantaran itu daya fikir dan membuat sesuatu dengan bijak tanpa putus asa merupakan sikap seseorang dalam meneroka kehidupan seorang ulil albab.(bayangkan tanpa manusia yang berfikri jauh sudah tentu teknologi tidak dapat dicipta,tanpa teknologi komputer,pasti siswa akan tidak dapat melayari internet.)

Sehubungan itu setakat waktu ini,sejauh manakah siswa Islam meneroka konsep ulil albab di dalam kehidupan mereka,atau siswa Islam masih lagi berada dalam ruang lingkup yang statik dan jumud.


Sikap statik dan jumud atau tidak mampu berfikir dalam melihat sesuatu isu atau krisis merupakan suatu proses yang boleh melemahkan ummah.

Sebagai suatu latihan berfikir penulis ajukan suatu fenomena krisis dan diharapkan siswa Islam di menara gading dapat mengambil tindakan yang sesesuai untuk mengatasinya-

1.di universiti terdapat segelintir siswa wanita yang tidak menunup aurat.

2.konsep islam hadhari mampu menjana rakyat Malaysia.

3.kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.

4.gejala rasuah di Malaysia.

5.pencapaian ekonomi di kalangan kaum Melayu.

Justeru itu perhatikan juga firman berikut-

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran.Ayat:104 -105)




Justeru itu siswa Islam harus membawa diri mereka ke arah konsep ulil albab.

Wednesday, December 6, 2006

Kebebasan suara di menara gading.

Apabila berkata mengenai universiti bertaraf dunia,pasti potensi universiti di negara ini berada dalam kedudukan yang belum dibanggakan,apatah lagi penilaian itu dibawa oleh sebuah organisasi yang asing mengenai wadah budaya negara ini.

Pelbagai ciri boleh diutarakan dalam memupuk tahap univsersiti bertaraf dunia-sama ada mutu dan kualiti siswazahnya,tahap kualiti pensyarahannya,bilangan kursus dan pelajar dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh universiti itu.

Namun ada pendapat yang menyatakan kebebasan bersuara di universiti tempatan merupakan salah satu punca yang membawa ke arah status yang kurang memuaskan.Minda dan daya intelektual tertutup akibat suara idea dari menara gading dikunci,dan kunci itu berkaitan dengan Auku.

Namun dalam satu wawancara di rtm1,profesor diraja ungku Aziz lebih mengaitkan keproduktif sesebuah universiti itu lebih penting dalam menilai tahap kecemerlangan sesebuah universiti.Maknanya-siswazah yang produktif dan dapat menambahbaikan kemajuan negara dan masyarakat dijadikan ukuran kualiti sesebuah universiti.

Lantaran itu,kebekuan siswa dalam membicarakan sesuatu isu dikaitkan dengan Auku,bahkan Auku telah mematikan daya fikir siswa.Namun penyataan ini ada pro dan kontranya.

Sehubungan itu bagaimana pandangan siswa dan warga universiti tempatan mengenai islam hadhari dan rmk-9 dan modal insan,setakat mana kejituan harapan perdana menteri dalam membangunkan rakyat menuju wawasan 2020.

Auku tidak menyekat suara dari menara gading,cuma yang bersuara itu harus bijak dan memahami akan isu yang disuarakan.-usah bekukan minda-bersuaralah demi kesejahteraan Malaysia.

Tuesday, December 5, 2006

Dakwah di menara gading-ke mana arahnya.

Artikel 11 dan artikel 121(1A) perlembagaan persekutuan merupakan satu penyataan yang perlu difahami dengan waras dan wajar.Namun kedudukan agama Islam di dalam perlembagaan Persekutuan tidak dimanfaatkan dengan baik oleh kumpulan mahasiswa Islam.

Setakat ini hala tuju dan gerakan dakwah di kampus-kampus terasa seperti tiada,jika ada pun,hidup segan mati tidak mahu.Pola-pola dan modus operandi yang digunakan oleh gerakan dakwah para siswa belum sampai di tahap yang membanggakan.

Mahasiswa Melayu dan kiasu

Jika betul kaum Melayu tidak kiasu,dan untuk maju orang Melayu perlu kiasu,lantaran itu adakah mahasiswa Melayu di universiti kiasu atau lesu.Jika lesu,kenapa dan mengapa,jika tidak apakah alasannya.

Namun penulis lebih menyatakan bahawa lepasan mahasiswa Melayu memanglah tidak kiasu bahkan lesu.Walaupun dididik di universiti,namun mereka gagal untuk membawa diri mereka bersaing dengan persekitaran saingan yang ada.

Masalah pengangguran di kalangan mereka membuktikan mereka tidak kiasu dalam berhadapan dengan situasi semasa.Bahkan sebahagiannya pula tidak faham akan kepentingan mereka untuk bersikap kiasu.

Sehubungan itu juga,ketidakkiasuan mahasiswa Melayu ini berlaku kerana niat dan tujuan mereka menimba ilmu di universiti gagal dihayati dengan betul.Angka-angka menunjukkan bilangan lepasan mahasiswa Melayu semakin meningkat,namun apalah maknanya jika bilangan lepasan itu tidak mampu menjana kendirinya untuk memacu kemajuan diri,bahkan kerajaan terpaksa pula melaksanakan beberapa program untuk memperkasakan mahasiswa itu sendiri.

Justeru itu siapakah yang bertanggungjawab untuk mengkiasukan mahasiswa Melayu?