Wednesday, January 31, 2007

Kepepimpinan yang telus dan tulus.

Berkata tentang telus dan tulus,secara umumnya,ada segelintir masyarakat di negara ini suka berbual-bual dan berbincang serta berdiskusi mengenai telus dan tulus.Namun amatlah kurang wajar jika "telus dan tulus" itu dipolemikkan.

Lantaran itu secara maknanya tulus ialah ikhlas hati,jujur dan terus terang,bersih dan suci,manakala telus pula bermakna celus,berlubang atau tembus,maknanya telus itu hendaklah sesuatu yang ada kewibawaan dan tidak dapat dicelahi atau ditembusi oleh sesuatu yang mengakibatnya sesuatu itu menjadi tidak asli dan boleh dipertikaikan kewibawaannya.

Lantaran itu menarik juga difikirkan betapa tulusnya hasrat parti pembangkang DAP untuk tidak bekerjsama dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang.Bahkan ketulusan itu haruslah disambut dengan tulus juga oleh Pas kerana ketelusannya untuk membina Negara Islam.

Sehubugan itu DAP tidak mahu bekerjasama dengan Pas,Pas pula setakat mana tulusnya menerima Islam Hadhari,jika Pas tulus menerima Islam Hadhari sudah pasti pas tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

Pas sebuah parti yang berlatarbelakangkan agama Allah,sudah pasti akan lebih tulus,jika mampu memboikot pilihan raya di Batu Talam,pasti juga akan memboikot pilihan raya umum akan datang.Bahkan tulusnya pemboikotan itu kerana pas masih kurang yakin dengan kewibawaan SPR.Maknanya ketulusan pas akan memberik peluang kepada BN dan Dap untuk bertanding.Penyokong pas sudah tentu bolehlah duduk di rumah dan menunggu siapa akan menang.Inilah ketulusan.

Lantaran itu telus dan tulus akan bersandarkan hujah berfakta dan bukannya persepsi semata-mata.Jika hanya persepsi sudah pasti ianya tidak tulus dan telus.Para pengundi juga harus memilih parti yang telus dan tulus,jika tidak mereka juga akan bersubahat menyebalahi ketidaktelusan dan ketulusan.

Kerajaan kepepimpinan Pak Lah membawa mesej modal insan-Islam Hadhari,dan pas pula mahu akan sistem pemerintahan negara islam dan undang-undang hudud.Pas mesti telus dan tulus dan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana kelompok dalam hal pembinaan sistem negara Islam dan undang-undang hudud.

Penceramah-penceramah di surau-surau atau di mana-mana sahaja haruslah telus dan tulus,jika tidak ianya akan membawa kepada fitnah atau situasi membuta tuli.Petikan-petikan daripada Al-Quran dan al-hadis hendaklah digunakan bersandarkan sesuatu yang telus dan tulus,bukannya sesuatu yang boleh dihujahi penyataannya.

Sehubungan itu telus dan tulus ini amat penting.Rakyat yang sering bermain-main dengan keraguan dan persepsi adalah rakyat yang mempunyai masalah minda.

-justeru itu adakah pas akan memboikot pilihan raya umum akan datang?

-adakah Malaysia sebuah negara islam.

-benarkah pas akan mengubah perlembagaan persekutuan jika berjaya mendapat undi mejoriti.

-adakah DAP benar-benar tidak akan bekerjasama dengan pas pada pilihan raya umum akan datang.

Friday, January 19, 2007

Hak Pengundi dinafikan.

Pilihan raya kecil di Batu Talam,membawa perkhabaran bahawa pas dan keadilan rakyat telah gagal memahami kehendak rakyat dan hak pengundi.Sesungguhnya parti pembangkang Melayu itu telah hilang idea dalam membangun dan membela nasib rakyat.Ketiadaaan calon parti pembangkang Melayu itu membawa bukti jelas betapa parti pembangkang Melayu hanyalah parti tempelan sahaja,sedangkah tiada langsung membawa kesan dalam arus kesejahteraan rakyat ,khususnya orang Melayu dan pembangunan agama Islam.

Lantaran itu,dapatlah dilihat penyokong pas di Batu Talam hendak mengundi siapa,tentu bukan Bn tetapi wajarkah orang pas mengundi calon bebas,apa pula yang boleh diperjuangkan oleh calon bebas itu?
Namun hakikatnya pada pilihan raya umum parti pembangkang Melayu tidak akan memboikotnya,kerana mereka masih mengidam jawatan perdana menteri,timbalan perdana menteri dan menteri besar,lainlah kalau pas sudah bosan mentadbir Kelantan.

Namun faktor utama ialah,parti pembangkang Melayu itu sudah kehilangan sokongan,kerana gagal membuktikan kepada rakyat akan kemampuan kepimpinan mereka.Menyalahkan suruhan jaya pilihan raya memanglah mudah,tetapi akal rakyat kian bijak,namun Bn dan umno khususnya harus berhati-hati,air yang tenang usah disangka tiada buaya.

Begitu juga dengan pilihan raya kecil di Batu Talam,jentera BN harus bergerak aktif dan bijak,kerana pengundi dan aliran pengundian boleh berubah sekelip mata.Strategi pembangkang harus diamati dengan bijak,sudah tiba masanya BN dan khususnya umno bijak melihat sandiwara parti pembangkang Melayu.

Friday, January 12, 2007

Gendang perang sudah dicanang.

Pilihan raya kecil di Batu Talam ,bakal bermulanya canang gendang perang pilhan raya.Kemenangan Barisan Nasional dengan pencapaian yang baik dan seterusnya memacu pembangunan negara sehingga pada tahun ini genanplah kemerdekaan negara yang ke 50 tahun.

Namun walaupun kepepimpinannya diterajui oleh orang Melayu sebagai perdana menteri,namun parti pembangkang Melayu iaitu Pas sudah memacu gendang perang.

Strategi yang digunakan oleh mereka biasanya menarik hati pengundi Melayu,namun tetap kecundang kecuali di kelantan.(sebab tuan guru masih mampu menarik hati pengundinya)

Antara strategi yang digunakan ialah,

1.gunakan agama-bangkitkan isu dosa dan pahala.
2.gunakan isu rasuah-tapi fakta rasuah tidak dijelaskan dengan bukti.
3.pengundi hantu,dan ketelusan suruhan jaya piliharan raya-namun agen petugas pas itu tidak cerdik dan dungu dalam mengendali satu agenda pilihan raya.
4.tutupkan mata rakyat dengan kemakmuran negara,bangkitkan isu harga minyak,tol atau kos barangan yang meningakat,sedangkan orang Islam itulah yang menerima banyak subsidi dari kerajaan.

5.serang peribadi pemimpin

Justeru itu stragtegi di atas boleh menggugah komitmen kerajaan,rakyat dan pengundi terpaksa bijak dalam membuat pilihan yang tepat.

Sehubugan itu,jadilah seperti pengundi cina ,bijak memilih kuasa,dan tahu apa itu kuasa.

Monday, January 1, 2007

Iraq yang kelam.

Ketibaaan aildiladha tahun 2006 masihi membawa catatan satu peristiwa yang akan menjadi sejarah-seorang pemimpin negara Islam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan kematiannya itu dijaja di media seluruh dunia.

Lantaran itu ada kelompok yang sedih hiba=dan ada kelompok yang gembira .Namun hakikatnya pemimpin negara Islam itu telah ditamatkan riwayatnya di tali gantung.Namun apakah pesanan dan petunjuk yang diperolehi,atau umat Islam hanya melihat dan mengulas itu dan ini.Pada pandangan penulis pengajaran yang boleh diperolehi ialah,

-musuh Islam ada di mana-mana.
-musuh Islam mengancam Islam melalui umat Islam sendiri.
-perpaduan umat Islam diselongkar dan dikoyak-koyak menggunakan strategi pemahaman politik.
-umat Islam lebih emosi=lebih fanatik kepada pemimpin berbanding ajaran dan panduan al-Quran dan al-hadis.

Sehubungan itu mahasiswa di universiti mestilah tidak mudah dijumudkan akal mindanya.Saddam tersungkur di tali gantung,rakyatnya daripada puak syiah dan kurdis amat gembira,maka apabila Tun Dr.Mahathir menarik diri daripada jawatan perdana menteri ada golongan yang gembira,dan yang menghairankan Pak Lah pengganti Tun M yang boleh menjadi imam solat juga diperkotakkan oleh sesetengah pihak dengan mempersendakan islam hadhari.

Jika sunni dan syiah dan kurdis dan rakyat Iraq bersatu sudah pasti nasib saddam tidaklah seteruk itu jadinya.

Lantaran itu para mahasiswa harus menghayati firman berikut,


1
بِسْمِاللّهِالرَّحْمنِالرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(QS. 1:1) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
2
الْحَمْدُللّهِ رَبِّالْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,(QS. 1:2) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
3
الرَّحْمنِالرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(QS. 1:3) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
4
مَالِكِيَوْمِالدِّينِ
Yang menguasai hari pembalasan.(QS. 1:4) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
5
إِيَّاكَنَعْبُدُوإِيَّاكَنَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.(QS. 1:5) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
6
اهدِنَاالصِّرَاطَالمُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,(QS. 1:6) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
7
صِرَاطَالَّذِينَأَنعَمتَعَلَيهِمْغَيرِالمَغضُوبِعَلَيهِمْوَلاَالضَّالِّينَ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(QS. 1:7) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::

Lantaran itu kesatuan dan perpaduan merupakan senjata utama dalam menghadapi musuh durjana.Para mahasiswa hendaklah bersatu,-bersatu menghayati islam hadhari-bersatu menentang kumpulan-kumpulan yang menggugah islam hadhari-Bersatu menentang rasuah,bersatu membasmi kemiskinan-bersatu menentang kelompok retorik dan bersatu menentang kumpulan yang mengurangkan suara Melayu di parlimen.

(usahlah kita mengata rakyat Iraq tidak bersatu tetapi di negara kita Melayu juga tidak bersatu-sebab ada kumpulan yang memecahkan kesatuan politik itu)

Mahasiswa dan graduan harus memahami hakikat itu-salam tahun 2007.