Thursday, April 12, 2007

Mufti Perak

Mufti Perak,merupakan seorang mufti yang berkata kerana benar,dan menyampaikan apa yang wajar disampaikan.Amanah yang dipikul beliau adalah amanah Allah.Namun kenapa ada orang lain yang mahu masuk campur,yang mahu sesuatu tindakan diambil ke atas mufti Perak.


Mengapakah orang itu perlu sibuk menjaga tepi kain agama Islam.Bagi penulis mufti Perak akan terus berbakti selagi beliau diperlukan,dan memang pun rakyat Perak memerlukan tenaga beliau.Selamat melaksanakan tugas.

Wednesday, April 4, 2007

Buah Fikiran Tokoh Agama Islam di Malaysia

Buah fikiran tokoh agama Islam di Malaysia,namun siapakah tokoh agama Islam di Malaysia,apakah tanda aras yang memungkinkan seseorang individu itu mampu diangkat atau berakaunbiliti untuk menjadi tokoh(jurucakap mengenai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam dalam negara majmuk seperti Malaysia).lantaran itu adakah para mufti,ulama,pendakwah dan individu tertentu boleh diangkat sebagai tokoh yang boleh berbicara dan menjadi jurucakap tentang isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam.


Atau tiada tokoh yang boleh diangkat secara total,tetapi harus melalui sesebuah organisasi yang mempunyai kuasa dan sah mengikut undang-undang persekutuan atau negeri.Bahkan boleh juga semua individu Islam berhak jika berupaya untuk membentangkan idea-idea dalam menangani isu-isu yang mendatang.

Bagaimana pun ianya haruslah tidak lari daripada landasan sunnah wal jamaah.Apatah lagi dalam mengutarakan isu-isu atau polemik,wajar pula idea - idea itu tidak membayangkan sesuatu yang boleh mempertikaikan kewibawaan seseorang individu atau membelakangi institusi yang diberikan hak untuk menjaga dan menagani isu-isu yang berkaitan dengan penganut Islam dan hukum hakam Islam.

Wajarkah pula hanya suara dan idea seseorang mufti itu sahaja dillontarkan di dada akhbar,sedangkan mufti-mufti atau tokoh-tokoh yang lain dipinggirkan,namun ianya sewajarnya berlandaskan maksud surah al-anbiya:92-sesungguhnya agama tauhid ini adalah agama kamu,agama yang satu.Manakala dalam surah ali imran:105 yang maksudnya-dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas-

Sehubungan itu,dalam menuju era yang lebih maju dan modal insan,sudah pasti suara dan idea para ulama dan mufti serta intelektual penganut Islam di negara harus diberikan ruang yang sama rata,bahkan kata putus dalam menangani isu-isu tertentu haruslah dikelolakan secara kesepakatan bukannya melalui kelompok-kelompok tertentu.

Penulis tertarik atas cadangan parti gerakan untuk menubuhkan satu mahkamah khas dalam mengurus isu-isu yang berkaitan dengan status agama seseorang individu.Hal ini harus diambil cakna oleh para intelektual Islam.

Bahkan wajar juga dilihat,setakat manakah idea-idea para mufti,ulama dan intelektual di negara ini diperhalusi dalam berhadapan dengan beberapa masalah,contohnya masalah dadah,dan gejala sosial.

Namun harus juga diperlahusi ,jika berlaku pandangan yang berbeza antara mufti-mufti dalam menggariskan beberapa dasar syariah bagi sesebuah negeri.Yang penting jalan yang dituju haruslah berpandukan maksud ayat surah ali imran:103-dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah,janganlah dan janganlah kamu bercerai berai.-

Lnataran itu buah fikiran mungkin berbeza,tetapi jika mampu membawa kesejahteraan kehidupan,amatlah diperlukan,tetapi elakkan jika ianya memudaratkan kesejahteraan.