Wednesday, May 30, 2007

Merdeka 50 tahun-(Ketuanan Melayu)

Tahun ini genaplah 50 tahun Malaysia merdeka,tanggal 1957 negara Tanah Melayu ini mencapai kemerdekaan dengan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri.Komposisi kaum yang pelbagai tidak menjadi penghalang keapda kemerdekaan itu.Lantan itu kemerdekaan yang dicapai menyambung semula nadi ketuanan Melayu di negara ini.(selepas dijajah oleh kuasa asing)Namun ketuanan Melayu ini bolehlah diteliti dalam perlembagaan yang berbunyi-

***
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Butiran seterusnya boleh dimaknakan begini-

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

Tanah untuk Orang Melayu :

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(?bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

Jawatan dalam Kerajaan :
Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa :
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi :
Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lantaran itu butiran di atas sudah cukup untuk melihat setakat mana muda-mudi Melayu memahami akan hakikat sejarah.Sejarah menggariskan beberapa keistimewaan untuk Orang Melayu berlandaskan semangat tolenrasi pelbagai kaum di negara ini.Hak itu bukan bermakna muda-mudi Melayu harus leka dan alpa kerana hak bukan bermakna akan mampu membina kemakmuran dan kemajuan tetapi rajin,berilmu dan bernilai murni merupakan tinta utama untuk membina tamadun kejayaan.

Justeru itu adalah kurang wajar juga jika ada pihak cuba untuk mempertikaikan hak-hak itu.Kewajarannya selagi Malaysia menuju kegemilangan selagi itulah hak-hak itu perlu ada dalam perlembagaan Malaysia.Namun kebijaksanaan merupakan kunci segalanya.

Tepuk dada tanya selera.


Rujukan
Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

Friday, May 25, 2007

Kontroversi kewibawaan kakitangan awam Melayu

Kenyataan yang menarik bagi penjawat awam Melayu-

Saya cabar Khairy untuk berdebat untuk mendapatkan kebenaran fakta dalam perdebatan ‘Kecemerlangan Perkhidmatan Awam: Kualiti vs Kuantiti’ pada pukul 8 malam di Dewan Perhimpunan Cina, Kuala Lumpur, Rabu ini.

-Cetusan cabar mencabar-untuk apa dan apakah kebaikannya?

-Betulkan penjawat awam Melayu malas dan tidak berkualiti atau kenapa dan mengapa?

+
Sebaliknya, polisi kerajaan yang memerlukan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membantu lebih ramai graduan yang tidak dapat mencari pekerjaan,” katanya-

-hak kerajaan untuk membuat polisi bagi perkhidmatan awamnya,kerajaan Malaysia berwibawa dalam menjana perkhidmatan awamnya.

Semalam, Pua menyatakan pendirian bahawa beliau tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya tentang penjawat awam hanyalah tapak pembuangan bagi penganggur berijazah golongan Melayu.

-setakat mana fakta itu,betul ke ianya tempat pembuangan bagi mahasiswa Melayu-atau atau unsu-unsur tidak puas hati,bahkan tangga gaji perkhidmatan awam amatlah rendah berbanding sektor swasta,adakah graduan cina suka berkhidmat dalam perhidmatan awam?
+
Mari debat – Tony PuaKUALA LUMPUR 25 Mei – Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP, Tony Pua mencabar Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk berdebat dan mencari penyelesaian kepada kontroversi berhubung kewibawaan dan keupayaan kakitangan awam Melayu di negara ini.

-Pengajarannya JELAS DAN NYATA PENYATAAN DI ATAS MERENDAH-RENDAHKAN TAHAP PENJAWAM AWAM MELAYU LEBIH=LEBIH LAGI GOLONGAN MAHASISWA MELAYU-

-OLEH ITU ADAKAH WAJAR MAHASISWA MELAYU HENDAK MENYOKONG ATAU MEMBERI SOKONGAN KEPADA DAP=JAWABNYA USAHLAH-SILA LIHAT NASIB MELAYU SINGAPURA-

-BEGITU JUGA KEPADA PENJAWAT AWAM MELAYU-USAHLAH MENYOKONG KEPADA MANA-MANA PARTI YANG SENADA DENGAN DAP-APA KOMEN PAS DAN PKR-

** BAGI PENULIS PENYATAAN ITU TELAH MENGHINA MAHASISWA MELAYU DAN JUGA PENJAWAT AWAM MELAYU.

USAH BIARKAN PENJAWAT AWAM DIHINA-APATAH LAGI MAHASIWA MELAYU.

BERSAMALAH MENENTANG AGENDA DAP.

Friday, May 18, 2007

Bocor.

Siapa pun tidak sangka bahawa isu bocor boleh menyebabkan dua orang pemimpin rakyat memohon maaf secara terbuka dan menjadi isu yang tidak selesa bagi wanita di negara ini,maklumlah kuasa undi wanita boleh menentukan jatuh bangunnya kuasa seseorang yang berkuasa dan berjawatan.Jika tidak amat sukar perkataan -bocor- itu menjadi isu yang hangat di media massa utama.Begitulah kata perumpamaan telajak perahu boleh ditarik,telajak kata,binasa padahnya.

Namun penulis bersyukur kerana kerendahan hati dua pemimpin rakyat itu yang tampil untuk memohon maaf serta menerangkan serba sedikit akan latar belakang kejadian itu.Nampaknya provokasi boleh mencetuskan kecelaruan emosi dan minda.(oleh itu berhati-hatilah,tanganilah dengan bijak setiap provokasi)

Justeru itu dapatlah diambilkira bahawa rakyat negara ini suka akan perwatakan pemimpin yang wibawa dan berbudi bahasa.Lantaran itu pemimpin atau organisasi yang suka mencemuh,menghina,fitnah,adu domba,mengumpat, dan mempunyai unsur-unsur ganas tidak akan mendapat tempat di hati rakyat,terutamanya golongan pengundi.

Rakyat mahukan kemajuan dan kemakmuran berdasarkan kepimpinan yang wibawa,penyayang dan bernilai murni serta menjaga kebajikan rakyat secara realistik,bukannya propaganda dan cemuhan atau banyak bercakap tetapi tindakan tiada.

Fakta dan kejituan fakta menjadi ukuran rakyat dan pengundi,lantaran itu sesiapa yang mampu menyatakan fakta yang realistik akan dipilih oleh rakyat.Bercakap kosong tanpa hujah dan fakta yang kukuh pasti gagal menarik hati rakyat dan pengundi.

Akhirnya isu perkataan bocor telah selesai,namun senario yang kurang adab dan biadab pada masa akan datang haruslah ditolak oleh rakyat secara total,pemimpin mesti bernilai murni, (contohnya perasuah tiada di hati pengundi.)Selamat mengamalkan nilai-nilai murni.

Monday, May 7, 2007

Benarkah PKR telah berkubur dan Pas bakal dikuburkan juga.

Baru-baru ini pilihan raya kecil di Ijok telah membawa saudara anwar Ibrahim menari-nari dengan gaya yang amat menarik,hinggakan rtm menayangkan slot itu beberapa kali di kaca tv.Rupanya-rupa orang yang bercakap mengenai Islam menari-nari dan terhibur dengan hiburan .(salah besarkan menari itu atau hanya isu propaganda politik sahaja)


Ahkirnya cikgu telah menang di Ijok dan menjadi YB.Maka calon lawannya adil tewas,maka berkuburkah PKR atau bagaimana.Namun yang menarik mengapakah isu individu dibawa dalam kempen pilihan raya.(rakyat mahu akan manifesto yang berkesan,bukannya melihat individu sebagai faktor utama,(lantaran itu mahukan rakyat mengundi calon pemimpin yang menari-nari dan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi negerinya miskin terutamanya umat Islamnya)

Sesungguhnya hingga kini BN mampu menawan dan menambat hari rakyat pengundi,Dap,Pas sejak dahulu masih lagi kempunan,dan PKR juga kempunan dan dikatakan telah berkubur.Memegang tampok kepeimpinan negara memang indah dan banyak amanah.Amat rugi jika bertanding dan masuk parti politik tetapi kempunan memegang jawatan menteri,apatah lagi perdana menteri.

Lantaran itu bagaimana pilihan raya akan datang,adakah BN dan UMNO mampu menguburkan PKR,Dap dan Pas.Kukuhkan UMNO untuk menguburkan Pas dan PKR,atau bagaimana,masih adakah pengaruh saudara anwar ibrahim dalam minda pengundi,atau bagaimana?

Pada pendapat penulis,PKR masih ada suara dan tidak boleh dipandang sebelah mata,begitu juga Pas dan Dap tidak boleh dipandang sepi.Namun rakyat juga yang mengundi dan berkuasa,BN sejak dulu telah memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.Hanya rakyat yang menjadipenyokong parti pembangkang sahaja yang menafikannya,bagi penulis kewibawaan BN masih lagi berkesan dan wajar menjadi pilihan rakyat,penulis tidak mahu memilih pemimpin yang menggunakan hadis dan ayat-ayat al-quran tetapi tingkah laku dan perbuatan menyimpang jauh.

Rumusannya pilihan raya akan datang merupakan titik tolak sama ada PKR akan berkubur,dan Pas akan berkubur jua.Namun apa-apa boleh berlaku,pengundi yang bijak akan menentukan segalanya.