Thursday, January 10, 2008

Pas yang baik hati.

Pas mengaku tak pernah bina masjid

PASIR PUTEH: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku bahawa Pas tidak pernah membina sebarang masjid sepanjang 18 tahun memerintah Kelantan. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, sebaliknya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan peruntukan bagi kerja membina masjid di negeri ini. Katanya, akibat tidak disediakan peruntukan secukupnya kepada kerajaan negeri, kerja melaksanakan projek pembangunan di negeri ini termasuk membina masjid tidak dapat dijalankan dengan lancar.
"Saya mengaku tidak memberi tumpuan khusus kepada kerja pembangunan masjid di Kelantan. Peruntukan yang tidak seberapa daripada Kerajaan Persekutuan juga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu membina masjid," katanya selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Telosan, di sini, semalam. Beliau memberitahu media apabila diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan kerana gagal membina masjid sepanjang memerintah Kelantan. Nik Abdul Aziz berkata, sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, Kerajaan Pusat harus membantu kerajaan negeri ini secara menyalurkan peruntukan kewangan bagi meringankan beban.



Petikan di atas membuktikan dan menunjukan selama pas memerintah kelantan tiada apa yang boleh dilakukan,pas hanya mampu berperanan sebagai pemimpin politik yang bergantung penuh kepada kerajaan barisan nasional,(membina masjid pun kena tunggu wang persekutuan)

Ini membuktikan bahawa dalam pas mahasiswa atau murid sekolah pun boleh menjadi pemimpin dan menteri besar,jika mahu projek tunggu sahaja sumber dari kerajaan persekutuan.

Justeru itu sudah tiba masanya pengundi pas yang tinggi nilai akalnya,beriman dan berakhlak mulia memilih parti BN yang mampu dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membantu membangunkan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan.

Berilah ruang kepada pas untuk berehat dalam memikirkan cara-cara untuk membangunkan parti dulu,bahkan pas sebenarnya hanya layak menjadi badan dakwah sahaja,belum layak menjadi parti perintah bagi rakyat Malaysia.