Sunday, June 29, 2008

Liwat.(tenang dan fikirkanlah)

Beri ruang polis siasat - Kes liwat: Usah buat andaian, jangan bagi tekanan – Mohd. Bakri-

Isi petikannya-


KUALA LUMPUR 29 Jun – Semua pihak diminta memberi ruang kepada polis menyiasat secara terperinci dan menyeluruh kes dakwaan liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa sama, polis mengharapkan tiada sebarang andaian dibuat berhubung kes itu sebaliknya menunggu hasil siasatan polis terhadap pengadu dan juga suspek yang berkenaan.



-Salam sejahtera para pembaca dan mahasiswa ,semoga tenang dan bahagia.Tentunya para pembaca telah mengetahui akan hal dan peristiwa di atas,beritanya memang menggerunkan dan amat unit sekali ,bagaimanakah perasaan para pembaca apabila mendengar atau membaca berita tersebut,apakah yang difikirkan?

Lantaran itu marilah merenung tentang petikan di berikut;


Hukuman Liwat : Berliwat ialah melakukan wati ke dalam lubang yang di punggung (dubur). Menurut Imam Malik, Imam Al-Syafi’e dan Imam Ahmad serta Abu Yusuf dan Al-Syaibani bahawa berwati pada dubur sama ada pada lelaki atau perempuan adalah diharamkan sama seperti berwati ke dalam faraj atau berzina dan orang yang didapati bersalah kerana melakukannya boleh dikenakan hukuman hudud Allah s.w.t. tidak membezakan di antara zina dengan liwat .
Firman Allah :

Maksudnya : Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji (liwat)

Firman-Nya lagi :
Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan ke atas lelaki dengan syahwat selain daripada perempuan-perempuan yang dibenarkan.

Jika seorang lelaki melakukan (wati) ke atas lelaki maka kedua-duanya adalah berzina dan jika perempuan sama perempuan melakukan (wati) maka kedua-duanya juga berzina.
Jelaslah bahawa perbuatan liwat itu sesuatu yang jijik dan keji.Namun dalam kes di atas sewajarnya menyerakan kepada pihak berkuasa dan berwajib untuk menanganinya.


Wednesday, June 25, 2008

Hadis Riwayat Muslim.








Salam sejahtera pembaca budiman dan diharapkan para mahasiswa selamat menerima siswa-siswa baru,dan sambutlah kehadiran mereka dengan penuh misi dan visi yang membina pembangunan dan martabat ummah.

Pada kesempatan ini marilah sama-sama para pembaca menilai sejenak maksud hadis berikut,

-daripada Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:barang siapa melepaskan salah satu kesusahan dunia seorang mukmin,maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di hari kiamat.Barang siapa memusnahkan orang yang sedang dilanda kesulitan,maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.Barang siapa menutup aib seorang muslim,maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.Allah menolong hamba-Nya selama hamba itu menolong saudaranya.-

(Riwayat Muslim)

Berdasarkan maksud hadis di atas penulis berpendapat bahawa,

-sejak merdeka kerajaan telah banyak membantu rakyatnya yang sudah terutamanya golongan miskin,bahkan golongan menengah rendah pun dibantu oleh kerajaan pemerintah.

-kini walaupun kos barangan dan minyak petrol meningkat,kerajaan tetap juga mencari jalan untuk meringankan bebanan rakyatnya terutamanya kaum Melayu Islam khususnya dan rakyat umumnya.

-kerajaan menggunakan subsidi untuk melepaskan atau meringankan bebanan rakyat.

Jelasnya kerajaan memerintah masih tetap melaksanakan tugasnya berdasarkan hadis di atas.

Namun begitu bagaimana tugas rakyatnya pula;

-adakah rakyatnya berusaha untuk membantu meringankan bebanan pihak kerajaan atau tetap mendesak itu dan ini?

-adakah patut rakyat menghalang ceo untuk mendapat upah yang tinggi atas daya usaha mereka,sedangkan ceo juga ada haknya juga untuk menikmati kenaikan upah.

-setakat mana pula rasa terima kasih rakyat kepada petronas yang selama ini membantu kemudahan kehidupan rakyat Malaysia?
Persoalan di atas jawablah dengan tenang dan hati yang jujur.Jelasnya waktu susah sama-samalah susah,waktu senang sama-samalah senang.Lantaran itu hanya jiwa yang tenang akan menikmati keindahan dan rahmat Allah.Bagaimana pula dengan para pembaca?

Friday, June 20, 2008

Apa yang mahasiswa Melayu mahu?

































Apakah yang mahasiswa Melayu mahu,atau apakah impian golongan muda-mudi Melayu mahu,pada hal dalam mengisi kemerdekaan mereka telah diberikan dengan pelbagai kemudahan dan nikmat serta kemakmuran untuk hidup.

Lantaran itu adakah mahasiswa Melayu mahukan Malaysia ini menjadi negara Islam seperti yang digemburkan oleh Pas,jika benar itu mahunya,mungkin mimpi di siang hari,sistem pemerintahan negara ini menggunakan kuasa rakyat,dan kuasa rakyat itu ialah suara 2/3 atau lebih di dalam parlimen,jika tidak usahlah bermimpi mahukan negara Islam,usah mimpikan mahukan kilang arak ditutup.Jadi apa yang mahasiswa Melayu mahu?


Selepas pilihan raya ke-12,jelas kelihatan betapa ketuanan Melayu yang memang telah dipersendakan oleh orang lain.Hak sultan Melayu dipersendakan,pakaian songkok Melayu diperkotak-kotakkan,dan isu ternak khinzir dicadangkan.Semua itu membuktikan bahawa ketuanan Melayu sedang dipersendakan.Namun mahasiswa Melayu tidak sedar dan insaf,kerana jiwa dan hatinya telah kelam dengan impian yang bukan-bukan atau dalam istilah islam disebut Isti"jaal.Secara istilah istijaal bermaksud kemahuan atau keinginan untuk mewujudkan perubahan oleh kaum muslimin dalam tempoh yang singkat sehingga melupakan akan akibat dan kesannya.


Jelasnya mahasiswa Melayu mahukan Malaysia menjadi negara Islam atau perlembagaannya berdasarkan teras Al-Al-Quran dan al-hadis namun semua itu hanyalah mimpi di siang hari,sedangkan akibatnya kuasa dan ketuanan Melayu telah makin lemah akibat mahukan sebuah negara Islam.Hal ini tepat dengan firman Allah dalam surah al-Isra:11 yang bermaksud-dan manusia berdoa untuk kejahatan sebagaimana ia berdoa untuk kebaikan.Dan manusia bersifat tergesa-gesa.


Manakala dalam surah al-anbiya:37-Allah berfirman yang maksudnya-manusia telah dijadikan (bertabiat) tergesa-gesa.Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda(azab)-Ku.Maka janganlah kamu minta kepada-Ku mendatangkannya dengan segera.-

Jelasnya juga mahasiswa Melayu mahu Malaysia ini menjadi negara Islam seperti yang dihasratkan oleh Pas,sedangkan secara jelas pas tidak mampu membawa tampuk kuasa memegang suara 2/3 di parlimen.

Jelasnya sifat dan sikap tergesa-gesa mahasiswa Melayu atau mahasiswa Islam di negara ini menyebabkan mereka dipermainkan dan diperbudak-budakkan.Sesungguhnya orang kafir itu musuh kamu yang nyata.


Orang kafir itu menjadi musuh kamu yang nyata apabila orang kafir itu menidakkan hak kamu tetapi mahukan haknya.


Rumusannya ketuanan Melayu kian lemah dan ini bermakna ketuanan Islam di Malaysia juga turut lemah.

Wednesday, June 11, 2008

Mentaliti Percuma.







Mentaliti percuma,begitu mudah kehidupan,jika semuanya mahu subsidi,dan semuanya jika boleh mahu percuma.Pada hakikatnya tiada yang percuma di dunia ini.Namun ketika ini dapat dilihat bagaimana rakyat negara ini yang semakin bijak terlalu mahu akan kehidupan yang percuma dan subsidi.
Walaupun subsidi dan percuma itu hak kerajaan,namun mana-mana kerajaan tidak harus mengikut suara rakyat yang kurang logik hinggakan semuanya kalau boleh mahu disubsidikan atau dipercumakan.Minyak pun mahu percuma jika boleh,air pun mahu percuma jika boleh,itu situasi yang kurang logik,air percuma memang ada,iaitu air sungai,jika hendak percuma minum sahaja air sungai.Minyak boleh percuma,gali sahaja minyak dengan tulang empat kerat sendiri.
Lantaran itu ketidakwajaran sesetengah rakyat Malaysia begitu ketara sekali,kerana tidak boleh berfikir dengan waras lagi,memang harga minyak naik,namun janganlah meminta penyelesaian yang mudah,sedangkan selama ini tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.
Jika miskin,hiduplah dengan cara miskin.Jika kaya hiduplah dengan cara kaya,dan yang kaya membantu yang miskin.Bukannya yang kaya juga mahu akan subsidi.


Yang penting para peniaga perlu telus dalam menjalankan perniagaan masing-masing,kepada yang beragama Islam tentu menerima kehidupan ini adalah pentas ujian-kekadang mewah kekadang susah.Oleh itu buanglah sikap mentaliti percuma.












Wednesday, June 4, 2008

Harga Petrol dipam naik.

Kerajaan belanja RM13.7 bilion hasil penstrukturan harga bahan api, levi untuk kurang beban rakyatPUTRAJAYA: Kerajaan menganggarkan memperoleh penjimatan RM13.7 bilion menerusi penstrukturan semula subsidi petrol, diesel dan gas serta pendapatan levi yang dikenakan terhadap syarikat penjana tenaga bebas (IPP) dan pengeluar minyak kelapa sawit (POP). Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, penjimatan itu akan dibelanjakan semula bagi kepentingan rakyat dengan RM4 bilion diagihkan untuk dasar jaminan bekalan makanan negara, subsidi minyak masak (RM1.5 bilion), subsidi pembelian beras import (RM400 juta), subsidi tepung (RM200 juta), subsidi roti (RM100 juta) dan subsidi petrol, diesel dan gas (RM7.5 bilion).



-Para mahasiswa yang dihormati,penulis amat terkejut kerana kerajaan Malaysia masih memberikan ruang bantuan kepada rakyat ,ini berikutan kenaikan harga minyak hanya kadar peratusan yang sederhana berbanding negara asia yang lain.Sepatutnya dalam keadaan harga global minyak yang melambung ini,kerajaan tidak wajar mengadakan subsidi dan potongan harga tertentu kepada rakyat.Namun penulis bersyukur kerana kepimpinan Pak Lah dan menteri-menteri berlapang dada dan mengambil jalan wajar untuk menjaga kesejahteraan rakyat Malaysia terutamanya golongan berpendapatan rendah.


-Lantaran itu kenaikan kadar baru harga minyak ini membawa kepada beberapa pemerhatian berikut,

1)dapat menilai tahap keupayaan rakyat mempunyai rasa syukur.

nilai-nilai manusia yang tidak bersyukur ialah,

-hanya mencari salah orang lain dan berkata dia sahaja yang betul,namun dia itu hanya pandai menuding jari tetapi tidak berbuat apa-apa.

-tahu bahawa ketika ini sudah tiba masa untuk berjimat cermat tetapi masih lagi tidak mengubah gaya hidup mewah.

-manusia yang bersyukur akan sentiasa berfikir untuk mengatasi masalah yang dihadapi,contohnya kepimpinan Pak Lah dan para menterinya.

-Sesungguhnya Allah menguji kamu dan melihat akan rasa syukur kamu.