Wednesday, September 24, 2008

Anjing oh anjing.




Anjing oh,anjing,penulis tidak begitu pasti sejak bila anjing terdapat di bumi Malaysia ini dan seterusnya menjadi belaan kepada sesetengah rakyatnya.Namun anjing merupakan haiwan ciptaan Yang Maha Esa.Namun yang menariknya dalam masyarakat Melayu khasnya terdapat beberapa perumpamaan atau kiasan yang menggunakan perkataan anjing.Antara contohnya ialah;
1.anjing hitam-maknaknya ialah orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya.
2.anjing diberikan makan nasi bilakan kenyang-maksudnya sia-sia memberikan nasihat yang baik kepada orang yang jahat.
3.anjing ditepuk menjungkit ekor-maknanya orang yang tidak berbudi,jika dihormati akan menjadi sombong.
4.melepaskan anjing tersepit-maknanya menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
Itulah antara perumpamaan yang berkaitan dengan anjing.Lantaran itu pembaca dapat menilai setakat manakah sesuainya anjing itu mahu disamakan dengan sesuatu ,jika tidak tepat maka ia boleh mencemarkan,dan menghina dan menjatuhkan maruah.Bahkan perumpamaan itu hendaklah digunakan ditempat yang benar-benar betul dan sesuai.Oleh itu janganlah kita menjadi semacam anjing,bahkan anjing pun menyalak jika ada sebabnya.Yang penting anjing-anjing di negara ini banyak berbaktik kepada tuan-tuannya termasuklah anjing -anjing yang digunakan untuk mengawal keselamatan.
Akhirnya apakah perasaan pembaca,jika diri para pembaca disamakan seperti anjing,fikir-fikirkanlah,yang penting budi bahasa itu amalan rakyat Malaysia kecuali jika seseorang mempunyai masalah jiwa atau fikiran yang bercelaru.

Tuesday, September 16, 2008

Politik Melayu mahu ke mana.


Politik Melayu mahu ke mana?Setelah 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan ke manakah hala tuju politik Melayu.Umum rakyat Melayu telah memahami bahawa sistem negara ini ialah berkonsepkan demokrasi raja berpelembagaan,yakni proses memilih kerajaan memerintah berdasarkan pilihan raya umum yang secara ukurannya dilaksanakan 5 tahun sekali.
Lantaran itu apakah yang orang Melayu dapat dalam proses pemilihan kerajaan yang memerintah,adakah parti atau komponen parti yang dipilih oleh pengundi Melayu telah berjaya membela nasib orang Melayu,adil kepada orang Melayu berlandaskan hak-hak istimewa orang Melayu atau bagaimana?
Pada hakikatnya pada tempoh kemerdekaan yang telah berlalu,kerajaan yang memerintah telah berjaya membawa kemajuan kepada orang Melayu,bahkan kekadang difikirkan juga orang Melayu terlalu manja pula,kerajaan memerintah terpaksa membuat itu dan ini demi menunaikan hak-hak dan amanah mereka kepada orang Melayu.Namun hasilnya terdapat orang Melayu yang tidak mahu bersyukur.
Itu kisah silam,kisah 10 tahun yang lalu,namun kini dan masa depan bagaimana?Adakah umno mampu menarik hati orang Melayu?Atau bagaimana?Adakah pas berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana? Adakah PKR berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana?Setakatmanakah parti politik di atas dapat menarik hati golongan muda Melayu dalam memilih mereka sebagai kuasa yang boleh membela nasib mereka pada masa akan datang.
Secara jelas orang Melayu harus kembali dan boleh menilai maksud firman Allah yang berbunyi-sesungguhnya agama Islam itu agama kamu,agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu,maka sembahlah kamu akan daku-.
Jelasnya teras segalanya adalah Islam,dalam UMNO itu ada orang Islam,dalam Pas itu ada orang Islam,dan dalam PKR itu ada orang Islam.Orang Melayu negara ini ialah beragama Islam,dan terdapat juga kaum India,Cina dan lain-lain beragama Islam.
Sehubungan itu parti politik yang tidak boleh membela nasib orang Melayu secara adil seperti yang termaktub dalam hak-hak istimewa orang Melayu merupakan parti politik yang gagal,bahkan parti politik yang gagal mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini juga parti politik yang gagal.
Namun itu semua bergantung kepada orang Melayu sendiri,pemimpin politik Melayu,golongan tua Melayu dan golongan muda Melayu.Jika orang Melayu sanggup berdiam diri apabila hak-hak mereka dicabar atau agama mereka dihina atau disindir maka terpulanglah.Kuasa dan kemajuan orang Melayu ,orang Melayu sendiri yang akan tentukan.

Masjidku azanku.







Islam agama Rasmi Malaysia,jelas dan nyata,justeru itu sejak merdeka semua kaum di negara ini memahami akan hakikat ini ,hanya yang mempunyai niat yang tidak baik yang akan mempersendakan hakikat Islam agama rasmi di negara ini.Lantaran itu laungan azan merupakan satu hakikat dalam ajaran agama Islam,oleh itu rakyat negara ini harus bijak dan memahami cara kehidupan beragama di di negara ini.
-katakanlah kepada orang -orang kafir kalau mereka berhenti akan diampuni segala dosa yang telah lalu dan kalau mereka kembali membangkang,tidak apa,ingatlah akan sunnah yang telah berlaku atas orang-orang dahulu-al-anfal-:38.
Kepada penganut Islam,pertahankanlah hak Islam,usah terpedaya dengan helah politik sempit.
Bahkan rakyat Malaysia telah matang,yang tidak matang perlu mematangkan diri.Laungan azan itu hak penganut agama Islam,usah pertikaikan lagi.

Friday, September 5, 2008

16 September 2008.


16 September 2008,satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat,namun semuanya akan dapat dilihat juga apabila detik masa itu menjelang tiba.Pun begitu sistem pemerintahan negara Malaysia berdasarkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan.Secara fakta keputusan pilihan raya umum yang lalu telah membuktikan rakyat memberikan mandat kepada komponen Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan di negara ini.
Sistem demokrasi tidak membenarkan -lompat melompat berlaku,kerana ianya berlawanan dalam amalan sistem demokrasi.Amalan demokratik hanya membenarkan kuasa sesuatu kerajaan itu ditentukan melalui pilihan raya umum.Namun semua itu terpulanglah kepada kebijaksanaan pemimpin khasnya pemimpin komponen Barisan Nasional.
Jelasnya amalan demokrasi yang sihat akan membentuk situasi yang sihat.Sekiranya amalan demokrasi itu disalahgunakan sudah pasti hasilnya juga boleh membawa kepada kesan yang tidak stabil,dan ketidakstabilan itu merugikan semua pihak.

Wednesday, September 3, 2008

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin










Salam sejahtera.Isu pemberian dan kelulusan serta permohonan tanah kepada beberapa agensi atau badan-badan persekolahan telah menjadi berita yang menarik bagi rakyat negeri Perak.Yb Menteri Besar Perak sedaya upaya mengulas supaya rakyat jelas dengan apa yang sebenar berlaku.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pendokong SAR Negeri Perak (PPSR) supaya kerajaan negeri turut menganugerahkan tanah kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) seperti yang diberikan kepada sekolah persendirian Cina bagi membolehkan SMA itu meneruskan peranannya.
Justeru YB menteri besar Perak haruslah menilai dengan lebih berhati-hati supaya setiap tindakan akan memberikan kesejahteaan kepada rakyat negeri Perak.Bahkan harus melihat sama ada tanah yang diberikan itu digunakan untuk faedah rakyat dan bukannya untuk kepentingan tertentu.
Lantaran itu Yb menteri Besar Perak wajar juga meneliti dan melihat atau jika sesuai menganugerahkan tanah untuk tapak rumah kepada warga Perak yang tidak bertanah khasnya penduduk Melayu di kampung-kampung .Bahkan menyemak juga di pejabat tanah nama-nama individu atau kelompok yang mempunyai tanah yang banyak,namun tanah itu tidak digunakan dengan sebaiknya tetapi hanya untuk kepentingan peribadi.

Tuesday, September 2, 2008

Seloka Politik.







Salam ramadan dan salam berpuasa.Kedatangan ramadan ini diharapkan dapat membawa minda para pembaca lebih tenang,bahkan situasi politik tanah air pun begitu jua.Terdapat juga di kalangan kita menunggu detik peristiwa apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 atau selepas itu.Namun semua pun saudara Yang Berhormat Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik Melayu anak didikakan umno,bahkan Pak Lah dan timbalan perdana menteri kenal siapakah saudara YB Anwar Ibrahim dan begitulah sebaliknya.Apatah lagi saudara YB Anwar Ibrahim menjadi orang kuat matan perdana menteri Malaysia yang ke -4.Sudah tentulah dunia politik negara ini bergantung kepada teras politik orang Melayu.Cerminan warna-warna yang dipilih oleh rakyat Melayu akan menentukan hala tuju politik negara ini.
Jika orang Melayu sudah bersedia menerima timbalan perdana menteri di kalangan bukan orang Melayu,itu merupakan satu titik tolak dunia politik negara ini.Begitu juga jika sistem politik Islam diamalkan di negara ini,itu juga menunjukkan dunia politik negara ini pada masa depan.
Secara ringkas ramadan kali ini akan membawa satu situasi politik yang berbeda,namun ramadan tetap ramadan dan syawal akan menjelang jua.Hanya rahmat-Nya yang dipinta.Selamat berpuasa.