Wednesday, December 31, 2008

Selamatkan Bumi Gaza.


Ya,Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusn kami dan tetapkan pendirian kami ,dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.(ali imran (3)147)
Semoga kekejaman zionis akan terhapus di muka bumi ini,termasuklah sekutunya.

Saturday, December 27, 2008

GPMS dan Sains dan Matematik .




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) merupakan pertubuhan belia Melayu yang telah lama bertapak di negara ini.Berdsasarkan dasar-dasar penubuhannya dan sedarnya itu ,maka sewajarlah GPMS mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.Ironinya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mengajar sains dan matematik haruslah dirombak sepenuhnya,yakni kembali kepada asalnya.Bahasa Melayu wajar digunakan semula dalam mengajar subjek sains dan matematik.GPMS bukannya menoleh ke belakang,tetapi percaya dan bersetuju bahasa Melayu mampu membawa mata pelajaran sains dan matematik menjadi lebih molek dan utuh di kalangan pelajar-pelajar Melayu.Bahkan GPMS tidak pula menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan teknologi,namun keupayaan pencapaian bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Melayu hendaklah menjurus kepada kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri,bukannya melalui mata pelajaran yang lain,lebih-lebih lagi sains dan matematik.Sehubungan itu GPMS juga wajar meneruskan gerakan obornya dalam membantu pelajar-pelajar Melayu di luar bandar menerima ilmu dan pendidikan yang sama rata dengan pelajar-pelajar di bandar dan kota raya.Akhirnya GPMS berharap kementerian Pelajaran dapat mengambil keputusan yang terbaik demi kelangsungan pencapaian pendidikan pelajar-pelajar Melayu.Sebagai sebuah pertubuhan belia GPMS tetap bergerak di bawah dasar kerajaan pillhan rakyat berlandaskan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.

Thursday, December 25, 2008

Hudud dan suara mahasiswa baru.




Hudud ialah undang-undang hukum hakam Islam,Islam itu diturunkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk hamba-hamba-Nya.Sama ada hamba-hamba-Nya itu Melayu,arab,India atau Cina,ia diutuskan tanpa mengira warna kulit dan rupabangsa.Bahkan hudud bukanlah hak Pas.
Pun begitu Pas ialahparti politik yang lantang dan memperjuangkan hudud di Malaysia,namun kini bagaimanakah suara itu,adakah atau benarkah Pas menggunakan hudud untuk menarik pengundi,jika itulah hakikatnya nampaknya pengundi di negara ini khasnya pengundi Melayu amatlah cetek pemikirannya.Sebagai golongan mahasiswa sewajibnya menyokong dengan sepenuhnya sesiapa sahaja yang mahu mendaulatkan undang-undang Islam di negara ini.Sejarah telah membuktikan umno telah berjaya membawa agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini,sistem undang-undang keluarga Islam ,bahkan sistem ekonomi Islam.Secara jelas perjuangan umno menegakkan Islam lebih berjaya berbanding Pas,yang takut dalam menyatakan pendirian.Benarkan umno menentang hudud,benarkah BN menentang hudud,namun yang jelas dan terang lagi bersuluh ialah dap setakat ini benar-benar menentang hudud,namun dap jelas tentang perjuangannya,bukan seperti Pas yang masih kabur setakat ini.Akhirnya pengundi Melayu dan mahasiswa Islam harus menyokong gagasan dalam mendaulatkan undang-undang jenayah Islam di negara ini.Hudud bukan hak pas atau hak umno ,ianya hak umat Islam.Namun semuanya akan tercapai dengan mudah jika suara majoriti di parlimen ialah milik orang Melayu Islam.Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 15, 2008

Dasar patriotik Lemah?








Amat menghairankan kenapa persoalan kerera exco menjadi agenda utama,sedangkan ekonomi ketika ini amat tidak stabil,sepatutnya kebajikan rakyat diutamakan,nasib rakyat misin tegar di kampung-kampung dan di estate diutamakan,namun kenapa pula mahu bertukar kereta baru,amat menghairankan,nampaknya kerajaan negeri Perak yang ada ini kurang mengambil berat hal rakyat,dulu mengata kerajaan BN,namun cakap tidak serupa bikin,jika hendak jimat wajarlah membeli kereta keluaran negara,barulah berjiwa patriotik,berjiwa Islam,kenapa mahu bermewah-mewah.Hal ini harus dilihat oleh para mahasiswa Islam,bukan hal hukum hakam Islam atau undang-undang Islam diutamakan,tetapi utamakan kereta mewah.Islam mengutuk manusia yang cakap tidak serupa bikin dan tidak cinta akan negara.

Saturday, December 13, 2008

Kebebasan Karya Dibelenggu.



Sesuatu yang menarik,pada era zaman kebebasan media ini,rupa-rupanya karya dan kebijaksanaan penulis kekadang dibelenggu oleh unsur-unsur yang menyekat akan kebebasan bersuara dan berkarya.Di dunia ini,semua bangsa mempunyai gaya dan karya sasteranya sendiri.Karya-karya itu pula lahir dalam menyatakan sesuatu isu atau kritikan kepada masyarakat,namun amat menghairankan ketika ini suara-suara kebebasan itu dibelenggu oleh tindakan yang bukan-bukan.Pengkarya atau pengarang terpaksa diheret ke mahkamah,sedangkan dalam dunia terbuka ini,kebebasan berkarya di negara ini sepatutnya mencapai ke tahap yang membanggakan dan tinggi.Namun mungkin kekadang ada juga pembaca yang terasa dan seperti terasa-terasa,ini amat menghairankan kerana karya sastera sama ada dalam bentuk novel atau cerpen merupakan cetusan rasa penulisnya dan tidak menyentuh mana-mana pihak kecualilah pihak itu terperasan atau terasa yang bukan-bukan.Jelasnnya suara-suara yang seperti jaguh membawa isu-isu kebebasan bersuara tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya.Jika tidak temakan cili sudah tentu tidak ada bekas pedasnya.Namun kepada utusan Malaysia teruskan membuka ruang kepada penulis yang berwibawa yang mengangkat martabat kebebasan bersuara dan berkarya.Jelasnya di sini para mahasiswa harus menentang sekeras-kerasnya unsur-unsur yang menyekat atau menggugah kebebasan akhbar atau suara pengarang untuk menyatakan sesuatu dalam tulisannya.Zaman ini zaman terbuka bukan zaman tertutup.

Wednesday, December 10, 2008

Pas apa yang dicari dan apa dimahukan?



Setelah lama menerajui sistem pentabiran negeri Kelantan dan kini di Kedah,dapat dilihat bahawa Pas tidak menggunakan kuasa yang ada untuk berbuat sesuatu demi perjuangan Islam.Penulis berpendapat Pas seperti tidak menggunakan peluang yang ada untuk meminda atau berbuat sesuatu dalam meningkatkan penggunaan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran negeri atau cuba bersuara dalam meminda dan berbuat sesuatu dalam rang udnang-undang atau akta .Hal ini berbeza dengan DAP yang mampu membawa sesuatu untuk menggambarkan ianya sebuah parti politik yang tahu dan bijak menggunakan kuasa.Para mahasiswa Islam tentunya sudah arif dan mengenali akan perjuangan Pas,namun setakat ini misi dan visi Pas itu tidak dapat diterjemahkan,contohnya Pas boleh meminda enakmen atau undang-undang untuk mengharamkan kedai-kedai judi,atau kedai-kedai nombor ekor atau kelab-kelab malam daripada beroperasi.Itulah hanyalah satu contoh yang terlalu ringkas,namun hakikatnya sudah tiba masanya Pas menggunakan peluang yang ada.Jika tidak sudah pasti pengikut Pas akan berasa hampa dan dukacita.Apa guna memasuki proses demokrasi jika kuasa yang ada tidak digunakan dengan bijak.

Tuesday, December 9, 2008

Kuasa Raja-raja Melayu.



Saudara mahasiswa yang dihormati,sudah tiba masanya kuasa imuniti raja-raja Melayu dikembalikan semula,bahkan harus dikukuhkan lagi.Hal demikian kerana raja-raja Melayu merupakan lambang ketuanan negara Malaysia.Raja-raja Melayu melambangkan semangat perpaduan rakyat jelata dan kedaulatan agama Islam.

Monday, December 1, 2008

Ketuanan Melayu .



Salam sejahtera para mahasiswa Malaysia,setelah lima puluh tahun negara dan tanah tumpah tercinta ini merdeka,namun ada lagi suara yang tidak mengerti akan makna kehidupan dan kemakmuran.Setelah merdeka lima puluh tahun lalu masih ada lagi yang mahu menjajah orang Melayu di negara ini,sedangkan orang Melayu tidak pernah mengacau periuk nasi mereka.Mahasiswa Malaysia amnya dan Melayu khasnya harus bijak mengatasi isu ini.Penjajahan ke atas orang Melayu mahu dilakukan untuk sekian laginya.Amat menghairankan banyak isu-isu rakyat yang wajar dibangunkan dan diatasi,namun suara pengacau ini masih lagi mahu mempertikaikan ketuanan Melayu.Orang Melayu tidak pernah mempertikai hak orang lain,namun amat menghairankan parti politik Melayu sama ada umno,pas dan pkr membisu sahaja.Atau mereka ini membisu mengatur langkah dan berfikir mengatur rentak.Kenapa suara pengacau ini mahu mengganggu hati dan perasaan orang Melayu?