Friday, February 27, 2009

Pengerusi DAP,Karpal Singh .



Para pembaca,dan para siswa dan siswi,tentu mengenali wajah di sebelah.Wajah ahli dap yang telah lama berjuang dalam politik kepartian dalam mengisi sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.Hati dan mindanya tetap setia dan sama pada sepanjang masa.Berani dalam menyatakan sesuatu dan bijak dalam perundangan.Diugut,namun tetap tenang dan masih lagi berjuang di parlimen.Bagaimana pandangan pembaca dan siswa serta siswi mengenai beliau.Pemuda UMNO berhak untuk berasa marah.Tentulah marah jika diri dihina dan diherdik sebegitu rupa.Bagaimana pula dengan para pembaca,bagi penulis ini semua adalah ujian daripada Allah.Allah mahu melihat setakat manakah kebijaksanaan umat Islam Melayu menghadapi dugaan dan cabaran.Sebijak-bijak dap,namun kerajaannya di Perak kecundang jua,kenapa dan mengapa?Jawapannya ada diminda para pembaca.

Saturday, February 21, 2009

Mufti Perak.

Apabila titah paduka Sultan Perak disanggah oleh kelompok dan individu tertentu,maka tuan mufti membela dengan bersandarkan kepada lunas-lunas al-quran dan al-hadis,namun tuan mufti tetap juga dicaci dan diherdik.Apakah kesalahan tuan mufti,hingga ada pihak yang sanggup berbuat begitu.Mengapa ulama pewaris nabi itu dikecam sebegitu rupa.Hal ini berlalu kerana telah wujud segelintir kelompok kepimpinan parti politik yang tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang batil.Lunas-lunas sistem demokrasi dan raja berpelembagaan tidak dapat ditafsirkan dengan tenang dan tuntas,tetapi mengikut emosi yang keterlaluan,bebal dan amarah.Apakah yang diperoleh denan mencaci para ulama,apakah faedahnya menyanggah nasihat tuan mufti,diharapkan para mahasiswa dapat berfikir dengan tenang,ulama dan tokoh agama islam itu pewaris nabi.Nasihat dan pandangannya wajar diterima,amat malang apabila ada pihak dan kelompok sanggup mencaci tuan mufti.Kepada tuan mufti negeri Perak Darul Ridzuan,teruskan perjuangan tuan mufti.Usah gentar dan gusar,mungkin umat Melayu Islam di negara ini semakin lemah pegangan imannya.

Saturday, February 14, 2009

Salam buat Pas.



Salam sejahtera kepada Yang Amat Berhormat Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan.Sesungguhnya situasi politik ketika ini,terutamanya sejak akhir-akhir ini amat menarik untuk dikongsikan.Walaupun Kelantan di bawah naungan kepimpinan tuan guru,namun pada hakikatnya pas di negeri lain,masih lagi dalam bayangan untuk memperjuangkan prinsip pas itu sendiri.Jelasnya pas masih gagal mengangkat prinsipnya di dalam sturuktur pentadbiran negeri ,apatah lagi negara,Hal ini berlaku kerana prinsip pas telah dicerai-ceraikan oleh pakatan yang lain iaitu dap dan pkr.BN bukanlah musuh pas yang nyata,kerana rentak dap dan pkr pun begitu juga,tidak menerima hudud ,apatah lagi menjadikan al-quran dan al-hadis sebagai teras pentadbiran negara.Pas hakikatnya hanya berjaya di Kelantan,bukan di Perak,di Perak,pada era sebelum berlakunya lompat parti,Perak dikuasai oleh dap.Menteri Besarnya daripada Pas hanyalah dilantik atas perkenan Paduka Sultan Perak,pada hal,barisan exconya dari dap.Kini situasi telah berubah,BN kembali memegang tampuk di Perak,namun itu semua telah menyebabkan penyokong pas lebih keliru dalam meneliti realiti sistem demokrasi dan raja berpelembagaan di negara ini.Benarkah penyokong pas menentang sultan,atau tidak mematuhi titah Paduka Sultan Perak,tentu tuan guru ada jawapannya.Atau bilakah pas akan bergabung dengan BN,jika dap menentang hudud,lebih moleklah pas bergabung dengan BN.Namun itu adalah situasi yang sukar untuk berlaku,hanya tuan guru sahaja yang dapat membaca setuasi politik ketika ini.Akhirnya tuan guru jugalah yang daoat memahami apakah pas benar-benar utuh atau sebenarnya kian terbenam di bawah rimbunan dap dan pkr.Semoga Yang Amat Berhormat Tuan Guru terus sejahtera,politik memang begitu.

Saturday, February 7, 2009

Pilihan raya.


Sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila situasi politik di Perak berlaku dengan sedemikian rupa seperti yang diwartakan di dada media massa.Semuannya berlaku kerana keputusan itu ditangan pengundi,pengundi di Perak telah menentukan bentuk rupa keputusan pilihan raya berdasarkan pencapain keputusan pilihan raya umum yang lalu.Namun amatlah malang kerana institusi Kesultanan diusik dan disentuh,sedangkan institusi Kesultanan itu memelihara dan meneruskan prinsip menghormati demokrasi dan raja berpelembagaan.Namun telajak perahu boleh diundur,telajak bicara,hanya waktu yang menentukannya.Bahkan ianya memberi pengajaran kepada badan-badan politik bahawa rakyat mahukan kemajuan dan pembangunan,bukannya berpolitik secara dangkal dan tidak berdasarkan realistik.Pengundi mungkin sudah melihat,dan rakyat negeri Perak juga sudah melihat apakah itu maknanya majoriti dua pertiga.