Saturday, March 28, 2009

Peralihan.



1.Tanda-tanda awal peralihan kekuatan BN.Sama-samalah kita menunggu natijahnya.Maka mimpi Pakatan Rakyat untuk mengisi tampuk kerajaan Malaysia mungkin berkubur.Ini akan terjawab dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang.

Monday, March 16, 2009

Wang dan politik umno.(fantasi atau fakta)




Politik wang dalam politik umno,adakah ianya fantasi,persepsi atau fakta.Jika fakta tentunya ada bukti-bukti yang sahih dan benar dalam menyatakan akan gejala itu.Jika fantasi,malanglah umno,selama ini ianya telah dipersepsi sebegitu.
Namun,siapakah yang mula-mula membawa imej politik wang di dalam umno,siapakah ahli umno itu,yang berjaya menggunakan wang sebagai landasan untuk berkuasa di dalam umno.Tentu rakyat mahu tahu,dan orang Melayu mahu tahu,atau adakah umno tidak boleh hidup tanpa politik wang?Secara jelasnya pengamalan politik wang merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun.Jika terbukti dan benar,terdapat segelintir di kalangan umno yang menggunakan politik wang,tindakan yang setimpal wajar diambil.

Sunday, March 15, 2009

PPSMI





PPSMI,isu yang bukan isu,namun kini telah menjadi isu.PPSMI ,benarkah PPSMI membunuh bahasa Melayu.atau orang Melayu tidak bersungguh-sungguh dalam membina pembangunan pendidikan anak -anak didik Melayu.Setakat manakah PPSMI itu membunuh bahasa Melayu atau hanya emosi yang berkata begitu.Mengubah sesuatu dasar pendidikan itu merupakan satu perkara yang biasa berdasarkan ukuan akal waras dan bertamadun.Mengapakan sanggup berdemontrasi kerana PPSMI tetapi berdiam diri apabila hudud dihina?Allah tidak memandang kamu jika hati kamu penuh dengan tipu daya.Allah tidak memandang perjuangan kamu jika perjuangan kamu kerana mengejar pangkat,darjat,jawatan dan dunia.Pendidikan anak-anak Melayu semakin membangun kerana dasar Kerajaan BN yang terasnya UMNO.(ini fakta).Sejak merdeka,pendidikan anak Melayu terus maju.Itulah jasa dan sumbangan Kerajaan BN.(ini fakta,hanya yang tidak bersyukur sahaja yang akan menyanggah fakta ini.)Namun yang lebih murni dan baik ialah,apakah sumbangan kita kepada pembangunan pendidikan anak-anak Melayu?