Friday, June 12, 2009

Peranan Mahasiswa Malaysia dalam membawa Pemerintah Islam di Malaysia.




Pemerintahan Islam di Malaysia,isu ini timbul apabila terdapat segelintir kumpulan yang menyatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam,namun perkembangan politik terkini memungkinkan bahawa isu ini sebenarnya hanyalah impian atau mainan pimpinan politik sahaja.Adakah-pemerintahan negara Islam di Malaysia-satu mainan politik dalam menarik hati mahasiswa untuk bersama agenda mereka,sedangkan ketika ini suara yang mahukan Malaysia ditadbir mengikut landasan al-quran dan al-hadis sepi sahaja.Jika itulah hakikatnya maka selama ini ramailah mahasiswa Malaysia yang telah dimomokkan dan dimain-mainkan oleh golongan tertentu.Sehubungan itu mahasiswa,khususnya mahasiswa Islam hendaklah benar-benar memahami akan hakikat yang sebenarnya.Bagi penulis hakikat untuk membawa pemerintah Islam di negara ini berlandaskan al-quran dan al-hadis hanya boleh tercapai pada pilihan raya yang akan datang,itu pun sekiranya pas dan umno bersatu hati berdasarkan teras Islam,namun kuasa mahasiswa Islam lebih kuat dalam merealisasikan impian itu.