Friday, May 18, 2007

Bocor.

Siapa pun tidak sangka bahawa isu bocor boleh menyebabkan dua orang pemimpin rakyat memohon maaf secara terbuka dan menjadi isu yang tidak selesa bagi wanita di negara ini,maklumlah kuasa undi wanita boleh menentukan jatuh bangunnya kuasa seseorang yang berkuasa dan berjawatan.Jika tidak amat sukar perkataan -bocor- itu menjadi isu yang hangat di media massa utama.Begitulah kata perumpamaan telajak perahu boleh ditarik,telajak kata,binasa padahnya.

Namun penulis bersyukur kerana kerendahan hati dua pemimpin rakyat itu yang tampil untuk memohon maaf serta menerangkan serba sedikit akan latar belakang kejadian itu.Nampaknya provokasi boleh mencetuskan kecelaruan emosi dan minda.(oleh itu berhati-hatilah,tanganilah dengan bijak setiap provokasi)

Justeru itu dapatlah diambilkira bahawa rakyat negara ini suka akan perwatakan pemimpin yang wibawa dan berbudi bahasa.Lantaran itu pemimpin atau organisasi yang suka mencemuh,menghina,fitnah,adu domba,mengumpat, dan mempunyai unsur-unsur ganas tidak akan mendapat tempat di hati rakyat,terutamanya golongan pengundi.

Rakyat mahukan kemajuan dan kemakmuran berdasarkan kepimpinan yang wibawa,penyayang dan bernilai murni serta menjaga kebajikan rakyat secara realistik,bukannya propaganda dan cemuhan atau banyak bercakap tetapi tindakan tiada.

Fakta dan kejituan fakta menjadi ukuran rakyat dan pengundi,lantaran itu sesiapa yang mampu menyatakan fakta yang realistik akan dipilih oleh rakyat.Bercakap kosong tanpa hujah dan fakta yang kukuh pasti gagal menarik hati rakyat dan pengundi.

Akhirnya isu perkataan bocor telah selesai,namun senario yang kurang adab dan biadab pada masa akan datang haruslah ditolak oleh rakyat secara total,pemimpin mesti bernilai murni, (contohnya perasuah tiada di hati pengundi.)Selamat mengamalkan nilai-nilai murni.

Monday, May 7, 2007

Benarkah PKR telah berkubur dan Pas bakal dikuburkan juga.

Baru-baru ini pilihan raya kecil di Ijok telah membawa saudara anwar Ibrahim menari-nari dengan gaya yang amat menarik,hinggakan rtm menayangkan slot itu beberapa kali di kaca tv.Rupanya-rupa orang yang bercakap mengenai Islam menari-nari dan terhibur dengan hiburan .(salah besarkan menari itu atau hanya isu propaganda politik sahaja)


Ahkirnya cikgu telah menang di Ijok dan menjadi YB.Maka calon lawannya adil tewas,maka berkuburkah PKR atau bagaimana.Namun yang menarik mengapakah isu individu dibawa dalam kempen pilihan raya.(rakyat mahu akan manifesto yang berkesan,bukannya melihat individu sebagai faktor utama,(lantaran itu mahukan rakyat mengundi calon pemimpin yang menari-nari dan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi negerinya miskin terutamanya umat Islamnya)

Sesungguhnya hingga kini BN mampu menawan dan menambat hari rakyat pengundi,Dap,Pas sejak dahulu masih lagi kempunan,dan PKR juga kempunan dan dikatakan telah berkubur.Memegang tampok kepeimpinan negara memang indah dan banyak amanah.Amat rugi jika bertanding dan masuk parti politik tetapi kempunan memegang jawatan menteri,apatah lagi perdana menteri.

Lantaran itu bagaimana pilihan raya akan datang,adakah BN dan UMNO mampu menguburkan PKR,Dap dan Pas.Kukuhkan UMNO untuk menguburkan Pas dan PKR,atau bagaimana,masih adakah pengaruh saudara anwar ibrahim dalam minda pengundi,atau bagaimana?

Pada pendapat penulis,PKR masih ada suara dan tidak boleh dipandang sebelah mata,begitu juga Pas dan Dap tidak boleh dipandang sepi.Namun rakyat juga yang mengundi dan berkuasa,BN sejak dulu telah memacu pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.Hanya rakyat yang menjadipenyokong parti pembangkang sahaja yang menafikannya,bagi penulis kewibawaan BN masih lagi berkesan dan wajar menjadi pilihan rakyat,penulis tidak mahu memilih pemimpin yang menggunakan hadis dan ayat-ayat al-quran tetapi tingkah laku dan perbuatan menyimpang jauh.

Rumusannya pilihan raya akan datang merupakan titik tolak sama ada PKR akan berkubur,dan Pas akan berkubur jua.Namun apa-apa boleh berlaku,pengundi yang bijak akan menentukan segalanya.

Thursday, April 12, 2007

Mufti Perak

Mufti Perak,merupakan seorang mufti yang berkata kerana benar,dan menyampaikan apa yang wajar disampaikan.Amanah yang dipikul beliau adalah amanah Allah.Namun kenapa ada orang lain yang mahu masuk campur,yang mahu sesuatu tindakan diambil ke atas mufti Perak.


Mengapakah orang itu perlu sibuk menjaga tepi kain agama Islam.Bagi penulis mufti Perak akan terus berbakti selagi beliau diperlukan,dan memang pun rakyat Perak memerlukan tenaga beliau.Selamat melaksanakan tugas.

Wednesday, April 4, 2007

Buah Fikiran Tokoh Agama Islam di Malaysia

Buah fikiran tokoh agama Islam di Malaysia,namun siapakah tokoh agama Islam di Malaysia,apakah tanda aras yang memungkinkan seseorang individu itu mampu diangkat atau berakaunbiliti untuk menjadi tokoh(jurucakap mengenai isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam dalam negara majmuk seperti Malaysia).lantaran itu adakah para mufti,ulama,pendakwah dan individu tertentu boleh diangkat sebagai tokoh yang boleh berbicara dan menjadi jurucakap tentang isu-isu yang berkaitan dengan agama Islam.


Atau tiada tokoh yang boleh diangkat secara total,tetapi harus melalui sesebuah organisasi yang mempunyai kuasa dan sah mengikut undang-undang persekutuan atau negeri.Bahkan boleh juga semua individu Islam berhak jika berupaya untuk membentangkan idea-idea dalam menangani isu-isu yang mendatang.

Bagaimana pun ianya haruslah tidak lari daripada landasan sunnah wal jamaah.Apatah lagi dalam mengutarakan isu-isu atau polemik,wajar pula idea - idea itu tidak membayangkan sesuatu yang boleh mempertikaikan kewibawaan seseorang individu atau membelakangi institusi yang diberikan hak untuk menjaga dan menagani isu-isu yang berkaitan dengan penganut Islam dan hukum hakam Islam.

Wajarkah pula hanya suara dan idea seseorang mufti itu sahaja dillontarkan di dada akhbar,sedangkan mufti-mufti atau tokoh-tokoh yang lain dipinggirkan,namun ianya sewajarnya berlandaskan maksud surah al-anbiya:92-sesungguhnya agama tauhid ini adalah agama kamu,agama yang satu.Manakala dalam surah ali imran:105 yang maksudnya-dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas-

Sehubungan itu,dalam menuju era yang lebih maju dan modal insan,sudah pasti suara dan idea para ulama dan mufti serta intelektual penganut Islam di negara harus diberikan ruang yang sama rata,bahkan kata putus dalam menangani isu-isu tertentu haruslah dikelolakan secara kesepakatan bukannya melalui kelompok-kelompok tertentu.

Penulis tertarik atas cadangan parti gerakan untuk menubuhkan satu mahkamah khas dalam mengurus isu-isu yang berkaitan dengan status agama seseorang individu.Hal ini harus diambil cakna oleh para intelektual Islam.

Bahkan wajar juga dilihat,setakat manakah idea-idea para mufti,ulama dan intelektual di negara ini diperhalusi dalam berhadapan dengan beberapa masalah,contohnya masalah dadah,dan gejala sosial.

Namun harus juga diperlahusi ,jika berlaku pandangan yang berbeza antara mufti-mufti dalam menggariskan beberapa dasar syariah bagi sesebuah negeri.Yang penting jalan yang dituju haruslah berpandukan maksud ayat surah ali imran:103-dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah,janganlah dan janganlah kamu bercerai berai.-

Lnataran itu buah fikiran mungkin berbeza,tetapi jika mampu membawa kesejahteraan kehidupan,amatlah diperlukan,tetapi elakkan jika ianya memudaratkan kesejahteraan.

Tuesday, March 13, 2007

Sifat Pemimpin.

Semua orang mahu menjadi pemimpin.Sama ada secara dipilih,dilantik atau memilih diri sendiri sebagai pemimpin.Namun pemimpin mempunyai ciri-ciri tertentu dan ciri-ciri itu amat penting dalam menuju matlamat kepimpinannya.Para pengikut tidak boleh sambil lewa untuk menyokong atau memilih sesiapa sahaja untuk menjadi pemimpin.

Pemimpin bertugas untuk membawa pembangunan ,menegakkan kebenaran dan menghadapi semua manusia dengan kebenaran dan bertanggungjawab.Lantaran itu pemimpin tidak takut dicemuh atau dikritik dalam meneruskan tugasnnya.

Maksud surah Al-Hijr:6-7-mereka berkata,wahai orang yang diturunkan al-quran kepadanya,engkau benar-benar gila,mengapakah tidak engkau bawa kepada kami malaikat,kalau memang engkau orang benar-

Itulah ialah antara cemuhan yang dilontarkan oleh kepada nabi akhir zaman oleh puak musyrik.Namun nabi akhir zaman tetap teguh.Kebiasaannya musuh seorang pemimpin suka mencemuh dan mencari alasan untuk memburukkan situasi pemimpin itu.Bahkan kekadang pemimpin itu akan diejek dan difitnah.

Lantaran itu seorang pemimpin hendaklah tabah.Sehubungan itu juga seorang pemimpin mestilah tegas dan kukuh dalam perjuangannya.

Berdasarkan maksud surah-Ash Shaffat:117-122-dan kami berikan kepada keduanya al kitab yang jelas tegas.dan kami tuntun keduanya ke jalan yang lurus,dan kami abadikan nama kedua-duanya untuk generasi mendatang,salam bahagia untuk musa dan harun,sungguh demikian caranya kami membalas orang-orang yang berbuat ehsan.memang benar,kedua-duanya termasuk dalam golongan hamba-hamba kami yang beriman-

Justeru itu,pemimpin hendaklah teguh membawa kemakmuran ummah.Tidak gentar dan tetap mengingati Pencipta-Nya.

Oleh itu amatlah menjadi kesalahan memilih orang yang pernah melakukan rasuah,fitnah,tipu muslihat dalam diangkat untuk menjadi pemimpin,apatah lagi dipilih untuk menjadi pemimpin negara atau pertubuhan.Orang yang menyokong individu yang bersikap buruk ,akan menerima kesan atas perbuatannya itu.

Sesungguhnya Yang Maha Esa mengetahui akan setiap sesuatu.Oleh itu pilihlah pemimpin yang berwibawa sifatnya,bukannya yang ada agenda tertentu untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.

Tuesday, February 20, 2007

Budaya Ilmu di Kalangan Siswazah Islam



Setakat manakah budaya ilmu menjadi sesuatu yang mahal harganya di kalangan siswazah Islam,atau siswazah Islam hanyalah buih-buih kosong yang tidak bermakna,diluar nampak indah tetapi di dalam kosong dan hampa-hampa sahaja.Bahkan setakat manakah juga pertubuhan atau kelompok siswazah Islam di universiti mempunyai citarasa budaya ilmu?

Setiap tamadun bergerak berasaskan ilmu,jika budaya ilmu itu masih jauh di sanubari siswazah Islam maka,usah bermimpi untuk membina tamadun.Lantaran tamadun barat tetap hidup subur dan menjadi ikutan dunia Islam ,bahkan menjadi ikutan di kalangan sesetengah kelompok siswazah Islam.

Secara ringkasnya firman di bawah yang maksudnya-Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan ,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,bacalah,dan Tuhanmu Yang Paling Maha Pemurah,Yang Mengajar Manusia dengan perantaraan kalam,Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya-Al-Alaq-

Sandaran di atas memang diketahui umumnya oleh siswazah Islam,namun pada realitinya,apakah budaya ilmu itu menjadi dasar kecintaan siswazah Islam,atau mereka hanyalah penuntut-penuntut yang kaku,dan hidup dalam dunia robot.

Jika mereka masih kaku dan seakan robot-robot,manakah mampu mereka untuk mencipta tamadun,dan pasti mereka masih lagi menjadi hamba barat,dan idealis Islamnya akan menjadi semakin retorik.

Bersandarkan buku tulisan Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Generasi Mendatang Generasi Yang Menang-sudah pasti budaya ilmu itu menjadi asas utama untuk generasi Islam mampu menerajui pembangunan dunia,jika tidak usahlah bermimpi di siang hari,beliau memetik bersandarkan firmah di bawah yang maksudnya-".........terangkanlah kepada-Ku dengan berdasarkan pengetahuan,jika kamu memang orang-orang yang benar-al-an am-143)

"........katakanlah,tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar-al-Baqarah:111)

Lantaran itu petikan firman di atas bertunjangkan kepada budaya ilmu merupakan wadah utama dalam melengkapkan fakta-fakta dalam membina kemajuan.Tanpanya kemajuan manusia akan tempang dan generasi Islam mendatang akan tetap menjadi hamba tamadun barat.

Justeru itu apakah tahap budaya ilmu siswazah Islam negara ini ,adakah kental atau rapuh.Bagaimana pula tahap budaya ilmu kelompok kumpulan penuntut Islam di menara gading negara ini,adakah kukuh atau longlai.

Jika jawapannya longlai,usahlah bermimpi untuk mengubah atau ingin suara mereka didengar kerana mereka hanyalah suara-suara yang retorik.Retorik akan tinggal retorik.

Ironinya wajarlah disimpulkan tingkahlaku dan cara berfikir serta bekerja siswazah Islam di negara ini masih lagi seperti pelajar lepasan sekolah menengah.

Monday, February 19, 2007

Khalwat atau menghampiri zina.

Menteri berkenaan Datuk Mustapa Mohamed berkata kementerian itu komited untuk mengatasi masalah berkenaan.

Katanya daripada 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107


Berdasarkan penyataan di atas kes khalwat begitu tinggi berlaku di kalangan pelajar universiti ,bagaimana pula dengan kes khalwat di luar sana?

Setakat ini mufti Perlis hanya mencadangkan agar sesuatu tindakan harus diambil agar kes khalwat dapat ditangani dengan wajar.Apakah kes khalwat tidak berkaitan dengan umum,sedangkan sekiranya kes khalwat itu dilakukan oleh pelajar universiti secara tidak langsung ianya telah menjejaskan nama baik sesebuah univsersiti.

Lantaran itu sudah tiba masanya mufti Perlis bangkit untuk mengatasi malasah khalwat ini serta gejala sosial yang lain,berpolemik bukanlah satu wadah yang berkesan ,namun bertindak adalah lebih berkesan.

Usah menunggu terlalu lama,gejala khalwat yang berlaku di kalangan generasi Islam harus dibanteras segera.Mufti Perlis harus bertindak segera,bukan sekadar berwacana sahaja.

Andaikata dicadangkan istilah khalwat itu diganti kepada salahlaku menghampiri zina,apa pandangan mufti Perlis.