Saturday, August 11, 2007

Negarakuku oleh Namewee

Bukanlah satu yang mengejutkan apabila seorang penuntut Malaysia yang belajar di luar negara menghina tanah airnya.Cuma pada kali ini yang menghina itu ialah seorang penuntut cina.

Dalam hal ini penulis mahu pemimpin parti politik cina sama ada dari komponen BN mahupun pembangkang hendaklah mengambil inisiatif yang tegas dalam mengatasi isu tersebut.Pemimpin cina tentu memahami bagaimana untuk mendidik Namewee,seorang penuntut cina yang jiwa dan emosinya terganggu.


Nampaknya era 50 Malaysia merdeka-terdapat juga segelintir penuntut cina yang kurang senang dengan tanah tumpah darahnya.

Sunday, August 5, 2007

Malaysia yang makmur.

31 Ogos ini merupakan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,dalam pengisian kemerdekaan itu Malaysia terus maju mencipta kemajuan dan kemakmuran.Semua ini berlaku kerana sistem pemerintahan negara ini sesuai dengan komposisi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Bahkan sttuktur pentadbiran yang bertunjangkan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara,kemudia dituruti pula oleh Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman membawa kepada begitu berkesannya pengamalan sistem pemerintahan di negara ini.

Lantaran itu sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah memberi ruang kepada rakyat yang mempunyai kuasa mengundi untuk menentukan kerajaan yang memerintah.Ini bermakna suara rakyat mampu untuk memilih pemerintah.Sayugia juga diingatkan bahawa keudukan Yang Di-Pertuan Agong atau semua yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan seperti hak-hak istimewa orang melayu,kedudukan agama islam sebagai agama rasmi hendaklah diteruskan dan dihormati.


Mempersoalkan hal-hal tersebut merupakan satu wadah atau idea yang bertentangan dengan hasrat dan cita rasa rakyat Malaysia.Sejak merdeka rakyat di negara ini bijak dalam menentukan dan membawa kehidupan mereka dalam mencipta kejayaan dan kemakmuran.Hanya suara orang yang kecewa sahaja yang terasa perit di hati,hanya yang tidak menghormati susur galur sejarah negara ini yang suka atau cuba mengusik hati naluri rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Hal ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia ,khasnya orang Melayu harus sensitif bahawa ada suara-suara dan segelintir golongan yang berani mencuit dan mengacau sensitiviti jati diri Melayu.

Mengapakah hal ini berlaku, walau negara sudah mencapai usia 50 tahun kemerdekaan.Ini berlaku kerana ada gologan yang ingin mencuba sama ada orang Melayu masih kental akan jati dirinya atau sudah lupa akan jati dirinya.


Sesungguhnya,rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hanya akan memikirkan bagaimana untuk memakmurkan negara ini,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin berusaha gigih,keuntungan sama dirasa dan dinikmati,pemimpin dihormati,jati diri pelbagai kaum dipelihara agar Malaysia terus maju dan gemilang.

Salam kemerdekaan ,gemilang Malaysiaku.

Sunday, July 22, 2007

membentuk insan-warden oh warden.

SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya


Berita hangat di atas menjadi bualan hangat dan mendapat perhatian semua pihak,namun warden itu tetap warden sekolah,bertugas dan melaksanakan tugas,niatnya baik,mahu mendisiplinkan pelajarnya.Namun lain yang dihajati,lain pula yang berlaku.Namun itulah kuasa seorang warden,(berapa orang guru di sekolah yang mahu menjadi warden,cuba ajukan soalan ini,jika semua guru menolak jawatan ini,siapakah yang bakal memikul jawatan warden,tentulah akan dibuka pula jawatan khas warden di sekolah)

Penulis melihat betapa dalam era moden dan menuju era 2020 terdapat segelintir pelajar yang tidak peka akan pengurusan diri,membuang sesuatu di dalam tandas merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun,bahkan tidak mengaku bersalah juga merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun.

Ini membayangkan bahawa proses didikan ibu bapa mempunyai kepincangan,segelintir ibu bapa gagal mendidik anaknya supaya bermoral dan berakhlak mulia.Bah ini tidak mengejutkan kerana sebahagian rakyat Malaysia memang tidak bermoral dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang.(sebab itu sungai-sungai kotor,tandas awam pun kotor)

Sesungguhnya warden di atas telah melaksanakan tugasnya sebagai warden,(kuasa di asrama adalah miliknya,tetapi bagaimana pula ibu bapa yang anaknya tidak bermoral dan tidak tahu fungsi tandas itu,adakah ia menggunakan kuasanya sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anaknya,bagaimana pula dengan ibu bapa yang merokok dan anaknya juga merokok,bagi penulis ibu bapa yang merokok dan anak yang merokok merupakan kepincangan ibu bapa itu sendiri)

Namun begitu warden itu akan disiasat oleh pihak atasan,sebagai seorang warden,ia wajar menurut dan mamatuhi akan arahan dan tugas yang dilaksanakan oleh pihak atasan,sebagai seorang penjawat awam warden itu harus akur dan menerima nasihat atau teguran pihak atasannya.

Namun siapakah yang boleh menegur ibu bapa yang gagal mencorak moral dan akhlak anak-anaknya,jawabnya hanya Yang Maha Pencipta boleh memberikan balasan setimpal atas ketidakseriusan mereka mendidik anak-anak mereka.

Akhirnya ,jika berminat mohonlah jawatan warden asrama sekolah,baru tahu langit itu rendah atau tinggi.Sesungguhnya merendam pelajar ke dalam kolam bukanlah satu tindakan yang bijak,namun itulah usaha warden itu setelah nasihatnya tidak dipatuhi,tetapi membuang sampah atau benda-benda di dalam tandas memanglah perbuatan yang tidak bertamadun.

Tuesday, July 3, 2007

Dasar ekonomi baru dan debat perdana rtm.

Dasar ekonomi baru satu gagasan yang didebatkan dalamdebat perdana rtm,para ahli panel telah mengupas isu tersebut dengan penuh komitmen.Namun bagi penulis Deb merupakan satu perencaan yang bijak dalam mengisi dan membina kemakmuran negara.

Deb merupakan cabang kepada hak istimewa orang Melayu,bahkan rakyat Malaysia memahami akan hakikat itu.Deb tidak menzalimi kesejahteraan kaum-kaum lain.Deb membantu memacu kemajuan orang Melayu,di samping memakmurkan orang bukan Melayu.

Lantaran itu Deb bukanlah tongkat sakti orang Melayu,orang Melayu tidak salah mendapat tongkat,kerana tongkat itu haknya.Namun jika kurang bijak,tongkat itu tidak dapat dimanfaatkan.

Sehubungan itu konsep Deb merupakan satu kebijaksanaan kepada pencentusnya.Betapa pencentusnya bijak mengatur strategi pembangunan negara dan rakyat.Deb tidak menzalimi sesiapa,hanya yang kurang mengerti yang menyatakan Deb itu sesuatu ketidakadilan.

Justeru itu tidak salah sebagai orang Melayu,penulis mahu konsep Deb ini dan tongkat ini dilaksanakan sampai bila-bila,kerana itu hak,bukan satu permintaan.Selagi ianya tidak menzalimi kaum-kaum lain di negara ini.Di sini ada orang cina yang kaya raya,ada orang india yang berniaga besar-besaran.Deb dan hak istimewa orang Melayu tidak mengusik dan mengganggu mereka membina kemakmuran dan kekayaan.Rakyat jelata memahami ini,cuma ada segelintir golongan yang cuba memanipulasikan akan konsep Deb ini.

Terima kasih kepada umno,kerana kepimpinan umno memahami dan bijak dalam membangunkan kemajuan orang Melayu dan rakyat negara ini.Salahkah memuji kebijaksanaan kepimpinan umno dan BN,ada sesiapa yang tidak bersetuju akan pujian ini,jika ada ,kenapa tidak bersetuju.

Namun semuanya bergantung kepada kuasa,jika ada kuasa semuanya dapat direncanakan dengan sempurna,jika tiada kuasa,rencana itu hanya menjadi mimpi-mimpi.

Monday, June 25, 2007

Orang Asing dan Deb.

Sepintas lalu dasar ekonomi baru ialah;

Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

-mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum;
dan
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi


-Namun mengapa orang asing yang seorang itu sibuk mengenai dasar negara ini,rakyat negara ini tahu apa yang mereka mahu.

-Mungkin orang asing itu perlu diberikan taklimat lanjutan mengenai negara ini.

Monday, June 18, 2007

Nadiah, Siti Fatimah ,kini dan akan datang?

Dua nama anak Melayu ini,begitu gemilang dalam pencapaian akademik spm,kini Nadiah Amirah Jamil dan Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar akan memasuki Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Perak, Julai ini bagi mengikuti program A-Level.akan memasuki Kolej Yayasan UEM di Lembah Beringin, Perak, Julai ini bagi mengikuti program A-Level.





Namun bagaimana perasaan Nadiah Amirah Jamil dalam melaksanakan tugas sebagai duta gpms,apakah isi hatinya Nadiah,begitu juga isi hati keluarga Nadiah,adakah gembila,atau bagaimana,dan apakah kebaikan yang diperoleh sewaktu sesi turun padang bertemu pelajar-pelajar Melayu di lokasi yang telah ditetapkan,tentu gpms memaklumi akan hal ini.





Lantaran itu diharapkan kedua-dua pelajar ini dapat meneruskan dan mencipta kegemilangan.Namun untuk mencipta kegemilangan bukanlah mudah,banyak rintangan dan kepayahan harus ditempuhi,apatah lagi dalam dunia yang kian mencabar dan menuntut kualiti dan keterampilan.





Namun amatlah mustahak untukmengetahui akanisi hati Nadiah sewaktu menjadi duta gpms begitu juga dengan keluarganya.






-teruskan perjuanganmu-pintalah kepada-Nya kekuatan dan petunjuk.

-siti fatimah-jalan di hadapan ada intan dan permata-carilah ia-

Friday, June 1, 2007

Lina Joy



Azlina Jailani begitulah nasibnya,dia telah memilih untuk keluar dari agama Islam dan kini jika digunakan istilah yang lain dia telaha murtad,namun dia cuba untuk membuang maklumat Islamnya di dalam kad pengenalannya tetapi gagal.

Mengapa gagal,gagal kerana Azlina Jailani atau Lina Joy tidak memahami bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai negara rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan(Malaysia),Bukan sahaja Lina Joy tidak memahami ,bahkan media barat juga buta dan tuli akan kedudukan agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia.

Penulis angkat topi dan hormat kepada kesungguhan Menteri Penerangan Malaysia yang menempelak media barat yang mengulas isu Lina Joy secara membabi buta.Penulis ternanti-nanti bagaimana reaksi Pas yang sedang bersidang ketika ini,adakah ia akan membela keputusan yang telah dinyatakan oleh pihak mahkamah.Begitu juga dengan badan-badan dakwah yang lain.

Masa masih jauh,Azlina Jailani boleh memilih untuk kembali keapda Islam,semoga cahaya-Nya akan membuka jalan-jalan kebaikan kepada Azlina Jailani.(didoakan).

Rumusannya murtad itu kepunyaan-Nya dan berlandaskan hukum-hukum yang digariskan oleh Al-Quran,lantaran itu khalayak umum harus memahami akan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini,begitu juga dengan kedudukan penganut agama-agama lain.