Pas mengaku tak pernah bina masjid
PASIR PUTEH: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengaku bahawa Pas tidak pernah membina sebarang masjid sepanjang 18 tahun memerintah Kelantan. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, sebaliknya menyalahkan Kerajaan Pusat kerana tidak menyediakan peruntukan bagi kerja membina masjid di negeri ini. Katanya, akibat tidak disediakan peruntukan secukupnya kepada kerajaan negeri, kerja melaksanakan projek pembangunan di negeri ini termasuk membina masjid tidak dapat dijalankan dengan lancar.
"Saya mengaku tidak memberi tumpuan khusus kepada kerja pembangunan masjid di Kelantan. Peruntukan yang tidak seberapa daripada Kerajaan Persekutuan juga menyebabkan kerajaan negeri tidak mampu membina masjid," katanya selepas merasmikan majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Telosan, di sini, semalam. Beliau memberitahu media apabila diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan kerana gagal membina masjid sepanjang memerintah Kelantan. Nik Abdul Aziz berkata, sebagai sebuah negeri dalam Malaysia, Kerajaan Pusat harus membantu kerajaan negeri ini secara menyalurkan peruntukan kewangan bagi meringankan beban.
Petikan di atas membuktikan dan menunjukan selama pas memerintah kelantan tiada apa yang boleh dilakukan,pas hanya mampu berperanan sebagai pemimpin politik yang bergantung penuh kepada kerajaan barisan nasional,(membina masjid pun kena tunggu wang persekutuan)
Ini membuktikan bahawa dalam pas mahasiswa atau murid sekolah pun boleh menjadi pemimpin dan menteri besar,jika mahu projek tunggu sahaja sumber dari kerajaan persekutuan.
Justeru itu sudah tiba masanya pengundi pas yang tinggi nilai akalnya,beriman dan berakhlak mulia memilih parti BN yang mampu dan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membantu membangunkan Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan.
Berilah ruang kepada pas untuk berehat dalam memikirkan cara-cara untuk membangunkan parti dulu,bahkan pas sebenarnya hanya layak menjadi badan dakwah sahaja,belum layak menjadi parti perintah bagi rakyat Malaysia.
Thursday, January 10, 2008
Saturday, December 29, 2007
PILIHANRAYA BUKAN MAINAN.

GAMBAR DI ATAS AMAT MENGHIBAKAN,GAMBAR SEORANG TOKOH POLITIK,APAKAH YANG BERLAKU KEPADA BELIAU.BAGAIMANA RAKYATNYA ,ADAKAH BIJAK ATAU BERTINDAK MENGIKUT EMOSI.BAGAIMANA KEHIDUPAN TANAH KELAHIRAN BELIAU KETIKA INI?
BAGAIMANA PULA DENGAN GAMBAR DI SEBELAH,FIKIRKAN APA YANG TELAH MEREKA LAKUKAN,MEREKA MELAKUKAN SESUATU TINDAKAN YANG TELAH MEMALUKAN NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA,SIAPAKAH PEMIMPIN MEREKA,FIKIRKAN,APAKAH MEREKA BERJUANG UNTUK RAKYAT MALAYSIA ATAU BAGAIMANA?
PILIHANRAYA UMUM BUKANLAH BAHAN MAINAN YANG BOLEH DITUKARKAN SESUKA HATI.RAKAT PERLU BIJAK MEMILIH DAN BERFIKIR.(LIHAT GAMBAR DI SEBELAH,PERBUATAN KUMPULAN ITU TELAH MENGANGGU KETENTERAMAN AWAM DI IBU KOTA.KUMPULAN ITU MEMPERJUANGKAN SESUATU YANG TIDAK MASUK AKAL.HANYA RAKYAT YANG DUNGU SAHAJA YANG AKAN TERMAKAN DENGAN PUJUK RAYU KUMPULAN ITU.SIAPAKAH MEREKA,MEREKA IALAH PEMIMPIN YANG GAGAL MENAMBAT HATI RAKYAT DALAM PILIHAN RAYA TEMPOH HARI.MEREKA TIDAK MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT TETAPI MEMPERJUANGKAN KEPENTINGAN PERIBADI.
ANDA IALAH PENENTU MASA DEPAN MALAYSIA.INGAT PILIHANRAYA BUKANLAH BAHAN MAINAN,RAKYAT HARUS BERTINDAK ADIL KEPADA DIRINYA DAN HAKNYA SENDIRI BUKANNYA BERTINDAK ADIL UNTUK PEMIMPIN POLITIK YANG KECEWA DAN GAGAL MEMBAWA KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA.(ADAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MEMILIH DAN MENGUNDI KUMPULAN YANG MEMALUKAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA)
ANDA SEBAGAI PENGUNDI MENENTUKANNYA.
Saturday, November 10, 2007
BERSIH YANG HARAM DAN TIDAK BERSIH
Sesuatu yang melucukan apabila satu gabungan beberapa ngo bergabung dan menyertai perhimpunan haram,lantaran itu rakyat Malaysia sudah kenal akan pemimpin-pemimpin mereka yang memang suka melanggar undang-undang negara dan membelakangkan rukun negara.
Rakyat Malaysia sudah jemu dan mualk dengan perangai kebudak-budakkan mereka ini.Mereka ini hanya mahu menyusahkan pengikut mereka yang tidak dapat berfikir dengan wajar.
Hal ini berlaku kerana mereka sudah tidak yakin untuk menang dalam pilihan raya akan datang.Ketidakyakinan mereka itu menyebabakan hati mereka resah,kecewa,gundah gulana dan berkecamuk.
Lantaran itu di dunia ini pun Alllah telah mengecamuk hati mereka ,apatah lagi di dalam kubur nanti,sudah pasti Allah memahamai akan hukuman yang akan ditimpakan kepada pemimpin yang tidak bijak menggunakan bakat kepimpinan dan amanah.
Penulis ketawa dan lucu melihat gelagat Bersih tetapi tidak bersih ,bahkan digelarkan pula perhimpunan haram,yakni tidak mematuhi garis panduan demokrasi dan raja berpelembagaan Malaysia yang rakyatnya kian bijak dan pintar.
Selaras itu juga kita akan melihat negara mana di dunia ini,atau puak mana di dunia ini akan merestui tingkah laku mereka,(hanya negara dan pertubuhan yang dungu dan berkepentingan sahaja yang menyokong BERSIH.
RUMUSAN RINGKASNYA KELANTAN DAN PERMATANG PAUH AKAN DITAKLUKI OLEH BN PADA PILIHAN RAYA AKAN DATANG.
AKHIRNYA TAHNIAH KEPADA PASUKAN POLIS YANG DAPAT MENJAGA KEAMANAN NEGARA,ORANG YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG,HENDAKLAH DILAYAN SEPERTI ORANG YANG TIDAK MEMATUHI UNDANG-UNDANG.

Thursday, September 27, 2007
Rusuhan dan Polis.
Walaupun tanpa permit, 250 orang berkumpul di padang belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang di hadapan Hotel Permai Inn.Polis terpaksa mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan ke Jalan Sultan Mahmud. Sebuah bas di Jalan Temasya, Batu Buruk turut ditahan sehingga menimbulkan kekecohan.
Kumpulan terbabit membaling batu, kayu, besi dan botol menyebabkan 7 orang termasuk 4 anggota keselamatan cedera. Ada perusuh membaling bom api sehingga merosakkan kenderaan dan harta awam bernilai RM1 juta. Seorang koperal terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki berhampiran Hotel Permai Inn dan dua perusuh cedera.
-Penyataana di atas membawa satu makna yang tersurat dan tersirat.Kelompok itu telah bersedia untuk tidak mematuhi amaran pasukan keselamatan.Kebiasaannya manusia yang tidak mematuhi arahan pasukan keselamatan merupakan golongan yang anti kepada polis dan suka membawa kepada kekacauan.
-Kelompok ini sanggup merosakan harta benda atau mencederakan sesiapa sahaja,kelomkpok yang begini boleh mendatangkan mudarat jka tidak dibendung.
-Lantaran itu juga,kelompok ini tidak suka akan anggota polis,kelompok yang membenci polis merupakan kelompok yang di hatinya ada niat untuk melanggar undang-undang.
-Rumusannya jangan sekali-kali bersubahat dengan kelompok yang suka membuat kacau ini.Kelompok ini harus dipinggirkan daripada bumi negara yang aman dan makmur ini.
-Mereka benci dan marah pada polis,tetapi lebih ramai lagi yang benci dan marah kepada mereka.Kepada anggota polis selamat menjalankan tugas .

Friday, September 21, 2007
Nurin Jazlin.

Kedatangan ramadan tahun 2007,ramadan 2007,membawa satu kisah duka rakyat Malaysia yang dikejutkan dengan kematian adik Nurin Jazlin.Kematian yang tragis dan menjadi titik hitam dalam kehidupan keluarganya.
Kisah adik Nurin yang hilang dilaporkan di dada akhbar dan menjadi topik hangat serta mendapat perhatian warga Malaysia tanpa mengira warna kulit dan kaum.Namun akhirnya mayat adik Nurin ditemui di dalam bungkusan hitam,adik Nurin telah dibunuh dengan kejam.Adik Nurin telah dideraseksual oleh pembunuhnya.
Sukar untuk dikatakan,atau untuk diungkapkan,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,September 2007 telah mengejutkan warga Malaysia yang harmoni bahawa telah wujud seorang manusia yang berjiwakan binatang,malah lebih buas daripada binatang.
Sewaktu catatan ini ditulis,pihak polis terus memburu pembunuh adik Nurin,moga-moga ramadan ini akan membuka jalan-jalan agar pembunuh adik Nurin menerima balasan yang setimpal.
Al-fatihah buat adik Nurin.
Saturday, August 11, 2007
Negarakuku oleh Namewee
Bukanlah satu yang mengejutkan apabila seorang penuntut Malaysia yang belajar di luar negara menghina tanah airnya.Cuma pada kali ini yang menghina itu ialah seorang penuntut cina.
Dalam hal ini penulis mahu pemimpin parti politik cina sama ada dari komponen BN mahupun pembangkang hendaklah mengambil inisiatif yang tegas dalam mengatasi isu tersebut.Pemimpin cina tentu memahami bagaimana untuk mendidik Namewee,seorang penuntut cina yang jiwa dan emosinya terganggu.
Nampaknya era 50 Malaysia merdeka-terdapat juga segelintir penuntut cina yang kurang senang dengan tanah tumpah darahnya.

Sunday, August 5, 2007
Malaysia yang makmur.
31 Ogos ini merupakan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,dalam pengisian kemerdekaan itu Malaysia terus maju mencipta kemajuan dan kemakmuran.Semua ini berlaku kerana sistem pemerintahan negara ini sesuai dengan komposisi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Bahkan sttuktur pentadbiran yang bertunjangkan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara,kemudia dituruti pula oleh Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman membawa kepada begitu berkesannya pengamalan sistem pemerintahan di negara ini.
Lantaran itu sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah memberi ruang kepada rakyat yang mempunyai kuasa mengundi untuk menentukan kerajaan yang memerintah.Ini bermakna suara rakyat mampu untuk memilih pemerintah.Sayugia juga diingatkan bahawa keudukan Yang Di-Pertuan Agong atau semua yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan seperti hak-hak istimewa orang melayu,kedudukan agama islam sebagai agama rasmi hendaklah diteruskan dan dihormati.
Mempersoalkan hal-hal tersebut merupakan satu wadah atau idea yang bertentangan dengan hasrat dan cita rasa rakyat Malaysia.Sejak merdeka rakyat di negara ini bijak dalam menentukan dan membawa kehidupan mereka dalam mencipta kejayaan dan kemakmuran.Hanya suara orang yang kecewa sahaja yang terasa perit di hati,hanya yang tidak menghormati susur galur sejarah negara ini yang suka atau cuba mengusik hati naluri rakyat pelbagai kaum di negara ini.
Hal ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia ,khasnya orang Melayu harus sensitif bahawa ada suara-suara dan segelintir golongan yang berani mencuit dan mengacau sensitiviti jati diri Melayu.
Mengapakah hal ini berlaku, walau negara sudah mencapai usia 50 tahun kemerdekaan.Ini berlaku kerana ada gologan yang ingin mencuba sama ada orang Melayu masih kental akan jati dirinya atau sudah lupa akan jati dirinya.
Sesungguhnya,rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hanya akan memikirkan bagaimana untuk memakmurkan negara ini,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin berusaha gigih,keuntungan sama dirasa dan dinikmati,pemimpin dihormati,jati diri pelbagai kaum dipelihara agar Malaysia terus maju dan gemilang.
Salam kemerdekaan ,gemilang Malaysiaku.

Subscribe to:
Posts (Atom)