Thursday, April 12, 2007
Mufti Perak
Mengapakah orang itu perlu sibuk menjaga tepi kain agama Islam.Bagi penulis mufti Perak akan terus berbakti selagi beliau diperlukan,dan memang pun rakyat Perak memerlukan tenaga beliau.Selamat melaksanakan tugas.
Wednesday, April 4, 2007
Buah Fikiran Tokoh Agama Islam di Malaysia
Atau tiada tokoh yang boleh diangkat secara total,tetapi harus melalui sesebuah organisasi yang mempunyai kuasa dan sah mengikut undang-undang persekutuan atau negeri.Bahkan boleh juga semua individu Islam berhak jika berupaya untuk membentangkan idea-idea dalam menangani isu-isu yang mendatang.
Bagaimana pun ianya haruslah tidak lari daripada landasan sunnah wal jamaah.Apatah lagi dalam mengutarakan isu-isu atau polemik,wajar pula idea - idea itu tidak membayangkan sesuatu yang boleh mempertikaikan kewibawaan seseorang individu atau membelakangi institusi yang diberikan hak untuk menjaga dan menagani isu-isu yang berkaitan dengan penganut Islam dan hukum hakam Islam.
Wajarkah pula hanya suara dan idea seseorang mufti itu sahaja dillontarkan di dada akhbar,sedangkan mufti-mufti atau tokoh-tokoh yang lain dipinggirkan,namun ianya sewajarnya berlandaskan maksud surah al-anbiya:92-sesungguhnya agama tauhid ini adalah agama kamu,agama yang satu.Manakala dalam surah ali imran:105 yang maksudnya-dan janganlah kamu menyerupai orang-orang yang berpecah belah dan berselisihan sesudah datang kepada mereka keterangan yang jelas-
Sehubungan itu,dalam menuju era yang lebih maju dan modal insan,sudah pasti suara dan idea para ulama dan mufti serta intelektual penganut Islam di negara harus diberikan ruang yang sama rata,bahkan kata putus dalam menangani isu-isu tertentu haruslah dikelolakan secara kesepakatan bukannya melalui kelompok-kelompok tertentu.
Penulis tertarik atas cadangan parti gerakan untuk menubuhkan satu mahkamah khas dalam mengurus isu-isu yang berkaitan dengan status agama seseorang individu.Hal ini harus diambil cakna oleh para intelektual Islam.
Bahkan wajar juga dilihat,setakat manakah idea-idea para mufti,ulama dan intelektual di negara ini diperhalusi dalam berhadapan dengan beberapa masalah,contohnya masalah dadah,dan gejala sosial.
Namun harus juga diperlahusi ,jika berlaku pandangan yang berbeza antara mufti-mufti dalam menggariskan beberapa dasar syariah bagi sesebuah negeri.Yang penting jalan yang dituju haruslah berpandukan maksud ayat surah ali imran:103-dan berpeganglah kamu semua dengan tali Allah,janganlah dan janganlah kamu bercerai berai.-
Lnataran itu buah fikiran mungkin berbeza,tetapi jika mampu membawa kesejahteraan kehidupan,amatlah diperlukan,tetapi elakkan jika ianya memudaratkan kesejahteraan.
Tuesday, March 13, 2007
Sifat Pemimpin.
Pemimpin bertugas untuk membawa pembangunan ,menegakkan kebenaran dan menghadapi semua manusia dengan kebenaran dan bertanggungjawab.Lantaran itu pemimpin tidak takut dicemuh atau dikritik dalam meneruskan tugasnnya.
Maksud surah Al-Hijr:6-7-mereka berkata,wahai orang yang diturunkan al-quran kepadanya,engkau benar-benar gila,mengapakah tidak engkau bawa kepada kami malaikat,kalau memang engkau orang benar-
Itulah ialah antara cemuhan yang dilontarkan oleh kepada nabi akhir zaman oleh puak musyrik.Namun nabi akhir zaman tetap teguh.Kebiasaannya musuh seorang pemimpin suka mencemuh dan mencari alasan untuk memburukkan situasi pemimpin itu.Bahkan kekadang pemimpin itu akan diejek dan difitnah.
Lantaran itu seorang pemimpin hendaklah tabah.Sehubungan itu juga seorang pemimpin mestilah tegas dan kukuh dalam perjuangannya.
Berdasarkan maksud surah-Ash Shaffat:117-122-dan kami berikan kepada keduanya al kitab yang jelas tegas.dan kami tuntun keduanya ke jalan yang lurus,dan kami abadikan nama kedua-duanya untuk generasi mendatang,salam bahagia untuk musa dan harun,sungguh demikian caranya kami membalas orang-orang yang berbuat ehsan.memang benar,kedua-duanya termasuk dalam golongan hamba-hamba kami yang beriman-
Justeru itu,pemimpin hendaklah teguh membawa kemakmuran ummah.Tidak gentar dan tetap mengingati Pencipta-Nya.
Oleh itu amatlah menjadi kesalahan memilih orang yang pernah melakukan rasuah,fitnah,tipu muslihat dalam diangkat untuk menjadi pemimpin,apatah lagi dipilih untuk menjadi pemimpin negara atau pertubuhan.Orang yang menyokong individu yang bersikap buruk ,akan menerima kesan atas perbuatannya itu.
Sesungguhnya Yang Maha Esa mengetahui akan setiap sesuatu.Oleh itu pilihlah pemimpin yang berwibawa sifatnya,bukannya yang ada agenda tertentu untuk kepentingan peribadi dan kelompoknya.
Tuesday, February 20, 2007
Budaya Ilmu di Kalangan Siswazah Islam

Setakat manakah budaya ilmu menjadi sesuatu yang mahal harganya di kalangan siswazah Islam,atau siswazah Islam hanyalah buih-buih kosong yang tidak bermakna,diluar nampak indah tetapi di dalam kosong dan hampa-hampa sahaja.Bahkan setakat manakah juga pertubuhan atau kelompok siswazah Islam di universiti mempunyai citarasa budaya ilmu?
Setiap tamadun bergerak berasaskan ilmu,jika budaya ilmu itu masih jauh di sanubari siswazah Islam maka,usah bermimpi untuk membina tamadun.Lantaran tamadun barat tetap hidup subur dan menjadi ikutan dunia Islam ,bahkan menjadi ikutan di kalangan sesetengah kelompok siswazah Islam.
Secara ringkasnya firman di bawah yang maksudnya-Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan ,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,bacalah,dan Tuhanmu Yang Paling Maha Pemurah,Yang Mengajar Manusia dengan perantaraan kalam,Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya-Al-Alaq-
Sandaran di atas memang diketahui umumnya oleh siswazah Islam,namun pada realitinya,apakah budaya ilmu itu menjadi dasar kecintaan siswazah Islam,atau mereka hanyalah penuntut-penuntut yang kaku,dan hidup dalam dunia robot.
Jika mereka masih kaku dan seakan robot-robot,manakah mampu mereka untuk mencipta tamadun,dan pasti mereka masih lagi menjadi hamba barat,dan idealis Islamnya akan menjadi semakin retorik.
Bersandarkan buku tulisan Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Generasi Mendatang Generasi Yang Menang-sudah pasti budaya ilmu itu menjadi asas utama untuk generasi Islam mampu menerajui pembangunan dunia,jika tidak usahlah bermimpi di siang hari,beliau memetik bersandarkan firmah di bawah yang maksudnya-".........terangkanlah kepada-Ku dengan berdasarkan pengetahuan,jika kamu memang orang-orang yang benar-al-an am-143)
"........katakanlah,tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar-al-Baqarah:111)
Lantaran itu petikan firman di atas bertunjangkan kepada budaya ilmu merupakan wadah utama dalam melengkapkan fakta-fakta dalam membina kemajuan.Tanpanya kemajuan manusia akan tempang dan generasi Islam mendatang akan tetap menjadi hamba tamadun barat.
Justeru itu apakah tahap budaya ilmu siswazah Islam negara ini ,adakah kental atau rapuh.Bagaimana pula tahap budaya ilmu kelompok kumpulan penuntut Islam di menara gading negara ini,adakah kukuh atau longlai.
Jika jawapannya longlai,usahlah bermimpi untuk mengubah atau ingin suara mereka didengar kerana mereka hanyalah suara-suara yang retorik.Retorik akan tinggal retorik.
Ironinya wajarlah disimpulkan tingkahlaku dan cara berfikir serta bekerja siswazah Islam di negara ini masih lagi seperti pelajar lepasan sekolah menengah.
Monday, February 19, 2007
Khalwat atau menghampiri zina.
Katanya daripada 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107
Berdasarkan penyataan di atas kes khalwat begitu tinggi berlaku di kalangan pelajar universiti ,bagaimana pula dengan kes khalwat di luar sana?
Setakat ini mufti Perlis hanya mencadangkan agar sesuatu tindakan harus diambil agar kes khalwat dapat ditangani dengan wajar.Apakah kes khalwat tidak berkaitan dengan umum,sedangkan sekiranya kes khalwat itu dilakukan oleh pelajar universiti secara tidak langsung ianya telah menjejaskan nama baik sesebuah univsersiti.
Lantaran itu sudah tiba masanya mufti Perlis bangkit untuk mengatasi malasah khalwat ini serta gejala sosial yang lain,berpolemik bukanlah satu wadah yang berkesan ,namun bertindak adalah lebih berkesan.
Usah menunggu terlalu lama,gejala khalwat yang berlaku di kalangan generasi Islam harus dibanteras segera.Mufti Perlis harus bertindak segera,bukan sekadar berwacana sahaja.
Andaikata dicadangkan istilah khalwat itu diganti kepada salahlaku menghampiri zina,apa pandangan mufti Perlis.
Wednesday, January 31, 2007
Kepepimpinan yang telus dan tulus.
Lantaran itu secara maknanya tulus ialah ikhlas hati,jujur dan terus terang,bersih dan suci,manakala telus pula bermakna celus,berlubang atau tembus,maknanya telus itu hendaklah sesuatu yang ada kewibawaan dan tidak dapat dicelahi atau ditembusi oleh sesuatu yang mengakibatnya sesuatu itu menjadi tidak asli dan boleh dipertikaikan kewibawaannya.
Lantaran itu menarik juga difikirkan betapa tulusnya hasrat parti pembangkang DAP untuk tidak bekerjsama dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang.Bahkan ketulusan itu haruslah disambut dengan tulus juga oleh Pas kerana ketelusannya untuk membina Negara Islam.
Sehubugan itu DAP tidak mahu bekerjasama dengan Pas,Pas pula setakat mana tulusnya menerima Islam Hadhari,jika Pas tulus menerima Islam Hadhari sudah pasti pas tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
Pas sebuah parti yang berlatarbelakangkan agama Allah,sudah pasti akan lebih tulus,jika mampu memboikot pilihan raya di Batu Talam,pasti juga akan memboikot pilihan raya umum akan datang.Bahkan tulusnya pemboikotan itu kerana pas masih kurang yakin dengan kewibawaan SPR.Maknanya ketulusan pas akan memberik peluang kepada BN dan Dap untuk bertanding.Penyokong pas sudah tentu bolehlah duduk di rumah dan menunggu siapa akan menang.Inilah ketulusan.
Lantaran itu telus dan tulus akan bersandarkan hujah berfakta dan bukannya persepsi semata-mata.Jika hanya persepsi sudah pasti ianya tidak tulus dan telus.Para pengundi juga harus memilih parti yang telus dan tulus,jika tidak mereka juga akan bersubahat menyebalahi ketidaktelusan dan ketulusan.
Kerajaan kepepimpinan Pak Lah membawa mesej modal insan-Islam Hadhari,dan pas pula mahu akan sistem pemerintahan negara islam dan undang-undang hudud.Pas mesti telus dan tulus dan tidak boleh berkompromi dengan mana-mana kelompok dalam hal pembinaan sistem negara Islam dan undang-undang hudud.
Penceramah-penceramah di surau-surau atau di mana-mana sahaja haruslah telus dan tulus,jika tidak ianya akan membawa kepada fitnah atau situasi membuta tuli.Petikan-petikan daripada Al-Quran dan al-hadis hendaklah digunakan bersandarkan sesuatu yang telus dan tulus,bukannya sesuatu yang boleh dihujahi penyataannya.
Sehubungan itu telus dan tulus ini amat penting.Rakyat yang sering bermain-main dengan keraguan dan persepsi adalah rakyat yang mempunyai masalah minda.
-justeru itu adakah pas akan memboikot pilihan raya umum akan datang?
-adakah Malaysia sebuah negara islam.
-benarkah pas akan mengubah perlembagaan persekutuan jika berjaya mendapat undi mejoriti.
-adakah DAP benar-benar tidak akan bekerjasama dengan pas pada pilihan raya umum akan datang.
Friday, January 19, 2007
Hak Pengundi dinafikan.
Lantaran itu,dapatlah dilihat penyokong pas di Batu Talam hendak mengundi siapa,tentu bukan Bn tetapi wajarkah orang pas mengundi calon bebas,apa pula yang boleh diperjuangkan oleh calon bebas itu?
Namun hakikatnya pada pilihan raya umum parti pembangkang Melayu tidak akan memboikotnya,kerana mereka masih mengidam jawatan perdana menteri,timbalan perdana menteri dan menteri besar,lainlah kalau pas sudah bosan mentadbir Kelantan.
Namun faktor utama ialah,parti pembangkang Melayu itu sudah kehilangan sokongan,kerana gagal membuktikan kepada rakyat akan kemampuan kepimpinan mereka.Menyalahkan suruhan jaya pilihan raya memanglah mudah,tetapi akal rakyat kian bijak,namun Bn dan umno khususnya harus berhati-hati,air yang tenang usah disangka tiada buaya.
Begitu juga dengan pilihan raya kecil di Batu Talam,jentera BN harus bergerak aktif dan bijak,kerana pengundi dan aliran pengundian boleh berubah sekelip mata.Strategi pembangkang harus diamati dengan bijak,sudah tiba masanya BN dan khususnya umno bijak melihat sandiwara parti pembangkang Melayu.