Saturday, January 10, 2009

Selamatkan Palestin.




Salam sejahtera para mahasiswa,ketika ini bumi Gaza terus diserang oleh tentera zionis dan ketika ini juga rakyat Gaza sedang menderita kesakitan dan terbunuh.Sayunya hati tidak dapat diperkatakan lagi,kemarahan yang tebendung di hati tidak dapat ditahan lagi,namun kita masih lagi insan kerdil ,namun kepada-Nyalah tempat kita mengadu.Tahniah kepada para mahasiswa yang prihatin dan menyatakan kemarahan kepada kekejaman Israel dan zionis.Rapat umum yang diadadakan di seluruh Malaysia melambangkan bahawa para mahasiswa sedar dan insaf akan peranan masing-masing.Namun diharapkan perjuangan ini akan berterusan selama-lamanya sehingga bumi Palestin benar-benar selamat daripada ancaman zionis dan setelah Israel dikeluarkan dari bumu Palestin.Itulah perjuangan,perjuangan bukan hanya mengikut waktu,tetapi perjuangan menuntut akan kemenangan.Saya yakin para mahasiswa dapat melakukan sesuatu yang lebih baik lagi dalam membela rakyat Palestin.Selagi Israel bertapak di bumi Palestin selagi itulah naluri perjuangan mahasiswa tidak boleh padam dan luntur.Teruskan Perjuangan.

[Ayat : 26]26. (Remember and always recall the mercy of Allah on you) when the unbelievers harboured zealotry in their hearts, the zealotry of the Age of Ignorance(1659) (which has angered and grieved you), then Allah sent down His tranquility on His Messenger and the believers (which resulted in reconciliation), and bound them to the spirit of God-consciousness(1660) for they (in the sight of Allah) were most worthy and deserving of it. And (remember) Allah has full knowledge of all things.

[Ayat : 27]27. Indeed! Allah has in all truth fulfilled His Messenger?s vision.(1661) You shall certainly enter the Sacred Mosque in security if Allah wills (at the appointed time), (to perform your lesser pilgrimage (umrah), with hair cropped or shaven and without fear(of your enemy?s treachery to drive you out of there). (Allah postponed that from happening) He knew what you did not know (of the blessing behind the postponement); He granted besides this a speedy victory.(1662)
(surah-al-fat-h)

Tuesday, January 6, 2009

Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu.(pematangan demokrasi politik)




Salam sejahtera kepada para mahasiswa .Sesungguhnya pilihan raya kecil di Kuala Terengganu akan membuktikan sama ada setakat manakah pengundi boleh menggunakan kuasa mengundinya dengan menilai nilai demokrasi yang lebih baik .Ini membawa sama ada pengundi memilih calon mengikut emosi atau minda yang bernas.Jelasnya suara di parlimen atau di dewan undangan negeri bergantung kepada majoriti,tanpa mejoriti sesuatu undang-undang atau enakmen tidak dapat dibuat,bahkan kematangan pengundi akan membawa kepada kemajuan dan kemakmuran Kuala Terengganu.

Friday, January 2, 2009

Palestin.




Salam s ejahtera saudara di menara gading.Kehibaan pasti terasa di segenap tubuh siswa dan siswi melihat kekejaman yahudi zionis membunuh peribumi gaza warga palestin.Kekejaman yaahudi zionis itu telah lama berlaku,masa berganti masa,zaman bertuka rupa,namun palestin tetap diganyang sewenangnya.Catatan ini dicatat pada tarikh 3 Januari 2009,dan adakah nasib palestin terus terbela dengan adil,atau masih lagi setakat menyatakan luahan perasaan sahaja.Namun saya berharap siswa dan siswi pasti mempunyai idea dan cadangan yang bernas dalam membantu penderitaan dan seboleh-bolehnya melepaskan rakyat palestin daripada cengkaman kezaliman yahudi zionis.

Wednesday, December 31, 2008

Selamatkan Bumi Gaza.


Ya,Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusn kami dan tetapkan pendirian kami ,dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.(ali imran (3)147)
Semoga kekejaman zionis akan terhapus di muka bumi ini,termasuklah sekutunya.

Saturday, December 27, 2008

GPMS dan Sains dan Matematik .




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) merupakan pertubuhan belia Melayu yang telah lama bertapak di negara ini.Berdsasarkan dasar-dasar penubuhannya dan sedarnya itu ,maka sewajarlah GPMS mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.Ironinya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mengajar sains dan matematik haruslah dirombak sepenuhnya,yakni kembali kepada asalnya.Bahasa Melayu wajar digunakan semula dalam mengajar subjek sains dan matematik.GPMS bukannya menoleh ke belakang,tetapi percaya dan bersetuju bahasa Melayu mampu membawa mata pelajaran sains dan matematik menjadi lebih molek dan utuh di kalangan pelajar-pelajar Melayu.Bahkan GPMS tidak pula menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan teknologi,namun keupayaan pencapaian bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Melayu hendaklah menjurus kepada kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri,bukannya melalui mata pelajaran yang lain,lebih-lebih lagi sains dan matematik.Sehubungan itu GPMS juga wajar meneruskan gerakan obornya dalam membantu pelajar-pelajar Melayu di luar bandar menerima ilmu dan pendidikan yang sama rata dengan pelajar-pelajar di bandar dan kota raya.Akhirnya GPMS berharap kementerian Pelajaran dapat mengambil keputusan yang terbaik demi kelangsungan pencapaian pendidikan pelajar-pelajar Melayu.Sebagai sebuah pertubuhan belia GPMS tetap bergerak di bawah dasar kerajaan pillhan rakyat berlandaskan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.

Thursday, December 25, 2008

Hudud dan suara mahasiswa baru.




Hudud ialah undang-undang hukum hakam Islam,Islam itu diturunkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk hamba-hamba-Nya.Sama ada hamba-hamba-Nya itu Melayu,arab,India atau Cina,ia diutuskan tanpa mengira warna kulit dan rupabangsa.Bahkan hudud bukanlah hak Pas.
Pun begitu Pas ialahparti politik yang lantang dan memperjuangkan hudud di Malaysia,namun kini bagaimanakah suara itu,adakah atau benarkah Pas menggunakan hudud untuk menarik pengundi,jika itulah hakikatnya nampaknya pengundi di negara ini khasnya pengundi Melayu amatlah cetek pemikirannya.Sebagai golongan mahasiswa sewajibnya menyokong dengan sepenuhnya sesiapa sahaja yang mahu mendaulatkan undang-undang Islam di negara ini.Sejarah telah membuktikan umno telah berjaya membawa agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini,sistem undang-undang keluarga Islam ,bahkan sistem ekonomi Islam.Secara jelas perjuangan umno menegakkan Islam lebih berjaya berbanding Pas,yang takut dalam menyatakan pendirian.Benarkan umno menentang hudud,benarkah BN menentang hudud,namun yang jelas dan terang lagi bersuluh ialah dap setakat ini benar-benar menentang hudud,namun dap jelas tentang perjuangannya,bukan seperti Pas yang masih kabur setakat ini.Akhirnya pengundi Melayu dan mahasiswa Islam harus menyokong gagasan dalam mendaulatkan undang-undang jenayah Islam di negara ini.Hudud bukan hak pas atau hak umno ,ianya hak umat Islam.Namun semuanya akan tercapai dengan mudah jika suara majoriti di parlimen ialah milik orang Melayu Islam.Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 15, 2008

Dasar patriotik Lemah?








Amat menghairankan kenapa persoalan kerera exco menjadi agenda utama,sedangkan ekonomi ketika ini amat tidak stabil,sepatutnya kebajikan rakyat diutamakan,nasib rakyat misin tegar di kampung-kampung dan di estate diutamakan,namun kenapa pula mahu bertukar kereta baru,amat menghairankan,nampaknya kerajaan negeri Perak yang ada ini kurang mengambil berat hal rakyat,dulu mengata kerajaan BN,namun cakap tidak serupa bikin,jika hendak jimat wajarlah membeli kereta keluaran negara,barulah berjiwa patriotik,berjiwa Islam,kenapa mahu bermewah-mewah.Hal ini harus dilihat oleh para mahasiswa Islam,bukan hal hukum hakam Islam atau undang-undang Islam diutamakan,tetapi utamakan kereta mewah.Islam mengutuk manusia yang cakap tidak serupa bikin dan tidak cinta akan negara.