Friday, May 29, 2009

PARTI KOMUNIS MALAYS ITU MUSUH MALAYSIA.


CHIN PENG IALAH MUSUH NEGARA,PASUKAN YANG DIKETUAI NYA TELAH MEMBUNUH RAMAI WARGA MALAYSIA YANG TIDAK BERDOSA,BANYAK ANGGOTA TENTETA MALAYSIA DIBUNUH OOLEH PASUKAN PIMPINANNYA.CHIN PENG INI MEMANG DURJANA,DOSA-DOSANYA TIADA AMPUNAN.MAHASISWA MALAYSIA HARUS SEDAR DAN INSAF,SEJARAH TIDAK BOLEH DIUBAH,SEJARAH TIDAK BOLEH MENGEMBALIKAN NYAWA-NYAWA YANG TIDAK BERDOSA.

Wednesday, May 6, 2009

Berpadukah mereka?




Berpadukan mereka,bagaimanakah pendapat mahasiswa?Atau mereka tidak boleh bersatu dan berpadu kerana mereka ditakdirkan begitu?Lantaran juga mungkin telah tertulis bahawa mereka tidak akan dapat sepakat,dan sentiasa menjadi seteru?Penulis berharap mereka akan berpadu,berpadu dengan tekad yang satu dan jitu,membawa Islam yang lebih jitu mentabir bumi Malaysia dengan penuh syahdu,membanteras maksiat dan membangunkan umat,mencegah kemungkaran,mengamalkan yang baik.

Friday, April 3, 2009

BN telah beralih cara,Pas bagaimana?










BN telah beralih cara,peralihan kuasa berjalan seperti dirancangkan.Namun hakikatnya apakah perjuangan Pas,Pas mencari apa dan mahu membawa rakyat Malaysia ke mana?Islam Pas dimanakah tempatnya kini,negara Islam Pas,fantasi atau angan-angan?Atau adakah golongan pemimpin muda Pas juga sudah lari dari hala tuju perjuangan Pas yang tulen.Ahli umno sudah bertekad untuk berubah,berjuang bersama-sama rakyat.Namun kepimpinan Pas susah untuk dimengertikan?Undang-undang hudud entah ke mana,penghapusan atau pengurang tempat-tempat perjudian juga entah ke mana?Membela nasib dan ekomomi rakyat juga entah ke mana,tidak jelas dan kabur dan semakin kabur.Penulis berharap Pas harus bangun kembali bersama Islam,bukannya terikut-ikut dengan rentak politik massa.Tanpa Dap pun Pas boleh menang,tanpa PKR pun Pas boleh menang,jika Pas yakin,Allah bersama-sama Pas,tetapi jika Pas tidak yakin,maka Pas tidak akan ke mana-mana.Sesuatu yang lebih besar daripada itu ialah Pas perlulah bergabung dengan BN.Jika bergabung,Pas boleh membawa falsafah perjuangannya selari dengan BN.

Saturday, March 28, 2009

Peralihan.



1.Tanda-tanda awal peralihan kekuatan BN.Sama-samalah kita menunggu natijahnya.Maka mimpi Pakatan Rakyat untuk mengisi tampuk kerajaan Malaysia mungkin berkubur.Ini akan terjawab dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang.

Monday, March 16, 2009

Wang dan politik umno.(fantasi atau fakta)




Politik wang dalam politik umno,adakah ianya fantasi,persepsi atau fakta.Jika fakta tentunya ada bukti-bukti yang sahih dan benar dalam menyatakan akan gejala itu.Jika fantasi,malanglah umno,selama ini ianya telah dipersepsi sebegitu.
Namun,siapakah yang mula-mula membawa imej politik wang di dalam umno,siapakah ahli umno itu,yang berjaya menggunakan wang sebagai landasan untuk berkuasa di dalam umno.Tentu rakyat mahu tahu,dan orang Melayu mahu tahu,atau adakah umno tidak boleh hidup tanpa politik wang?Secara jelasnya pengamalan politik wang merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun.Jika terbukti dan benar,terdapat segelintir di kalangan umno yang menggunakan politik wang,tindakan yang setimpal wajar diambil.

Sunday, March 15, 2009

PPSMI





PPSMI,isu yang bukan isu,namun kini telah menjadi isu.PPSMI ,benarkah PPSMI membunuh bahasa Melayu.atau orang Melayu tidak bersungguh-sungguh dalam membina pembangunan pendidikan anak -anak didik Melayu.Setakat manakah PPSMI itu membunuh bahasa Melayu atau hanya emosi yang berkata begitu.Mengubah sesuatu dasar pendidikan itu merupakan satu perkara yang biasa berdasarkan ukuan akal waras dan bertamadun.Mengapakan sanggup berdemontrasi kerana PPSMI tetapi berdiam diri apabila hudud dihina?Allah tidak memandang kamu jika hati kamu penuh dengan tipu daya.Allah tidak memandang perjuangan kamu jika perjuangan kamu kerana mengejar pangkat,darjat,jawatan dan dunia.Pendidikan anak-anak Melayu semakin membangun kerana dasar Kerajaan BN yang terasnya UMNO.(ini fakta).Sejak merdeka,pendidikan anak Melayu terus maju.Itulah jasa dan sumbangan Kerajaan BN.(ini fakta,hanya yang tidak bersyukur sahaja yang akan menyanggah fakta ini.)Namun yang lebih murni dan baik ialah,apakah sumbangan kita kepada pembangunan pendidikan anak-anak Melayu?

Friday, February 27, 2009

Pengerusi DAP,Karpal Singh .



Para pembaca,dan para siswa dan siswi,tentu mengenali wajah di sebelah.Wajah ahli dap yang telah lama berjuang dalam politik kepartian dalam mengisi sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.Hati dan mindanya tetap setia dan sama pada sepanjang masa.Berani dalam menyatakan sesuatu dan bijak dalam perundangan.Diugut,namun tetap tenang dan masih lagi berjuang di parlimen.Bagaimana pandangan pembaca dan siswa serta siswi mengenai beliau.Pemuda UMNO berhak untuk berasa marah.Tentulah marah jika diri dihina dan diherdik sebegitu rupa.Bagaimana pula dengan para pembaca,bagi penulis ini semua adalah ujian daripada Allah.Allah mahu melihat setakat manakah kebijaksanaan umat Islam Melayu menghadapi dugaan dan cabaran.Sebijak-bijak dap,namun kerajaannya di Perak kecundang jua,kenapa dan mengapa?Jawapannya ada diminda para pembaca.