Wednesday, October 28, 2009

Kuala Dipang (hikmah yang tersurat dan tersirat)



MENTERI BESAR PERAK,PRIHATIN DENGAN TRAGEDI YANG BERLAKU,INILAH CORAK KEPIMPINAN YANG MESRA RAKYAT DAN MENGAMBIL BERAT HAL EHWAL RAKYAT.




KENAPA INI BERLAKU,SIASATAN PERLU DILAKSANAKAN UNTUK KEBAIKAN PADA MASA DEPAN.



1.TAKZIAH KEPADA KELUARGA MANGSA TRAGEDI TITI GANTUNG RUNTUH SEWAKTU PERKHEMAHAN DI KUALA DIPANG PERAK.

2.JELASNYA PADA MASA AKAN DATANG SETIAP AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH HENDAKLAH MENGAMBIL KIRA JUMLAH KEKUATAN JURULATIH DAN JUGA PARA PESERTA.

3.PENULIS MEMAHAMI BAHAWA JURULATIH DI PUSAT KOKURIKULUM MERUPAKAN JURULATIH YANG MAHIR DAN SESUAI DENGAN PIAWAIAN KEJURULATIHAN AKTIVITI LASAK .

4.NAMUN TRAGEDI TITI GANTUNG RUNTUH INI MERUPAKAN KEJADIAN LUAR KOTAK PEMIKIRAN PIHAK PENGANJUR DAN PARA JURULATIH.

5.PADA MASA AKAN DATANG SEMUA AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN HENDAKLAH MEMBERIKAN KERJASAMA YANG SEGERA SEKIRANYA PIHAK SEKOLAH MEMOHON BANTUAN NASIHAT ATAU BANTUAN TEKNIKAL,URUSAN PROTOKOL HENDAKLAH DIPERMUDAHKAN.TERIMA KASIH KEPADA PASUKAN PENYELAMAT DAN SEMUA YANG MEMBANTU DALAM MENCARI MANGSA YANG MASIH HILANG.

6.MALANG TIDAK BERBAU,NAMUN MALANG ITU ADALAH PERINGATAN UNTUK MASA AKAN DATANG.

Tuesday, October 20, 2009

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.(GPMS)




SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di semenanjung Tanah Melayu
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami



1.PAT GPMS pada tahun ini harus melihat semula hala tuju gpms,bersandarkan mukadimah di atas jelaslah bahawa dalam menyatupadukan pelajar-pelajat Melayu masih memerlukan usaha yang lebih jitu lagi.Nasib dan takdir telah menentukan bahawa dunia politik Melayu amat sukar untuk bekerjasama apatah lagi untuk bersatu padu.Hal ini memerlukan gpms merenung kembali agar penyatuan tenaga seluruh pelajar Melayu dapat dilaksanakan.

2.Bahkan gpms harus meneruskan program-program yang dapat membantu meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar-pelajar Melayu.Pelajar-pelajar Melayu di luar bandar dan juga di bandar-bandar memerlukan gpms bergerak dengan lebih aktif lagi.

3.Justeru itu gpms kebangsaan harus menilai setakat manakah program-program yang dilaksanakan telah dapat membantu pendidikan anak-anak Melayu.

4.Lebih utama lagi,gpms kebangsaan harus menilai semula akan pencapaian dan sejauhmanakah perjuangan gpms kini selari dengan mukadimah gpms.


BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

BERIKRAR “Dengan hati yang suci murni, kami pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu bersatu berdasarkan Keislaman dan Kebangsaan; berjuang dengan berani kerana benar untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa sebagai syarat mencapai kemajuan dan kemuliaan bangsa Melayu”



5.Seterusnya ahli-ahli gpms sewajarnya mempertahankan agama Islam ,mempertahankan hak-hak Melayu seperti yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan dan seterusnya menjunjung prisip-prinsip rukun negara.

6.Akhirnya pada PAT pada tahun ini,ahli-ahli gpms sewajarnya menerima setiap keputusan yang ditentukan oleh para perwakilan."Belajar Terus Belajar"

Tuesday, October 13, 2009

Amanat Presiden UMNO.


Pelancaran buku yang bertajuk Amanat Presiden UMNO merupakan satu inisiatif yang baik.Hal ini kerana kemampuan ahli-ahli umno memahami akan setiap maksud yang tersurat dan tersirat dalam setiap ucapan presiden umno menyebabkan ahli-ahli umno mampu untuk bergerak demi agama bangsa dan negara.Musuh utama umno ialah politik wang.Lantaran itu umno harus terus berani dan cekal dalam membendung politik wang.

Saturday, September 5, 2009

Ketua Polis Negara.




Tahniah,kerana diteruskan lantikan tugasan sebagai ketua polis negara,rezeki itu anugerah-Nya.teruskan perkhidmatan yang cemerlang dan membela kedaulatan undang-undang dan meningkatkan prestasi anggota polis dan kebajikan polis.

Wednesday, August 26, 2009

Malaysia Merdeka.













Malaysia merdeka,
31 Ogos 1957,
Malaysia merdeka,
setelah dibelenggu penjajahan ,
Portugis,Belanda,British,

Malaysia merdeka,
komunis musuh negara,
13 Mei 1969 peristiwa hitam kemerdekaan negara,
sejarah ialah catatan abadi untuk warisan masa depan.

Malaysia merdeka,
merdeka atas pengorbanan wira dan wirawati,
berkorban nyawa di arena belantara,
waspada muslihat musuh-musuh

Malaysia merdeka,
terima kasih wira wirawati pertiwi
pastikan jalur gemilang itu tetap berkibar sepanjang masa.

Sunday, August 23, 2009

Kartika Sari Dewi Shukarnor .







Arak merupakan minuman yang memabukan dan diharamkan dalam agama Islam.Bahkan dalam hudud bab arak telah diperbincangkan akan kadar hukuman bagi penganut Islam yang meminum arak.Kini pada tahun 2009,insan yang bernama Kartika Sari Dewi Shukarnor akan menjalani hukuman akibat didapati bersalah kerana minum arak oleh sebuah mahkamah syariah.Kartika menerima dengan tenang dan bersedia untuk menerima hukuman itu.

-Rasulullah telah bersabda yang maksudnya,

siapa yang minum arak hendaklah kamu sebatkannya.

setiap yang memabukkan itu arak dan setiap arak itu haram.

*Justeru itu hukuman hudud boleh dikenakan sekiranya pemabuk itu seorang yang berakal,baligh,beragama Islam,minum dengan suka rela tanpa paksaan,tidak darurat,mengetahui minum arak itu haram,mengetahui benda yang diminum itu arak.

**Ali karramallahu wajhah pernah menyatakan,
-Rasullulah s.a.w mengenakan hukuman sebat sebanyak empat puluh kali dan Abu Bakar juga empat puluh kali dan Umar delapan puluh kali dan semuanya aspsunah belaka dan inilah had hukuman yang paling saya sukai-

oleh itu,diharapkan Kartika mendapat ampunan-Nya dan terus mendapat petunjuk-Nya.

Saturday, August 22, 2009

Politik Mahasiswa Islam.


<

Tahun ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52.Sejak tahun 1957 situasi politik di negara ini telah mengalami susur galur yang akhirnya mematangkan dunia demokrasi itu sendiri walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku.Namun mahasiswa Islam harus menilai semula fikiran politik mereka,situasi politik terkini menunjukkan bahawa status Islam itu kekadang dijadikan mainan kempen bukannya untuk dilaksanakan.

Mahasiswa Islam tentu lebih arif,bahawa Al-Quran dan al-hadis itu panduan kepada manusia jika mahu mencari kerahmatan-Nya.Apatah lagi seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain,oleh itu ia tidak boleh menzaliminya,juga tidak boleh menyerahkannya kepada orang yang zalim.

Mahasiswa Islam tentu bijak merenung semula nasib politik Islam di negara ini,Allah menurunkan al-quran sebagai petunjuk dan tiada petunjuk yahg lebih benar melainkan al-Quran.Bahkan kisah firauan dan namrud dapat dijadikan teladan kepada mahasiswa Islam.Pemimpin memang perlukan kuasa,kuasa memerintah,namun setakat mana amalan Islam itu mahu ditegakkan.

Mahasiswa Islam harus bijak ,jika tidak kuasa politik muslim akan menjadi lemah dan longlai dan boleh diperkotak-katikkan oleh orang lain.Lebih malang lagi jika mahasiswa Islam membiarkan pemimpin yang bertopengkan agama Islam untuk meraih sokongan dan simpati,tetapi amalannya dan perbuatannya jauh menyimpang dengan amalan Islam.Kini semuanya terletak di tangan mahasiswa Islam,dunia ini untuk membina kehidupan dan akhirat pula tempat dihisab segala amalan perbuatan.