Wednesday, May 14, 2008

Ketuanan Islam atau ketuanan Melayu.


Membicarakan sama ada ketuanan Islam atau Ketuanan Melayu memang sukar untuk diungkapkan.Namun sama ada ketuanan Islam atau ketuanan Melayu kedua-duanya telah semakin tipis akan jati diri dan kehebatannya.Kedua-dua kelompok itu kian makin diungkit-ungkit akan hak-haknya,dan kedua-dua kelompok itu kian membisu.Penyataan itu mungkin betul berdasarkan pandangan Dr.Yusuf al-Qardhowi yang menyimpulkan keadaan ummah Islam dalam tulisannya seperti berikut;


-ummah yang lupa diri,padahal adalah ummah yang terbaik.(lebih daripada golongan lain kerana beriman kepada-Nya dan mengakui rasul-Nya)


-ummah yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material.(demi harta dan kuasa dan kekayaan sanggup rasuah,fitnah dan berpecah belah)


-ummah yang daya fikirnya jumud,selalunya mengikut,tidak berupaya.(daya fikir lemah,menjadi pak turut,takut membela kebaikan)


-ummah yang kekuatan ekonominya tidakberfungsi.(diberikan subsidi dan peluang namun disalahgunakan,tidak bersyukur,tidak mahu membela ekonomi seagama tetapi memajukan tabungan orang lain).


-ummah yang kuantitinya belum belum berguna,walaupun jumlahnya besar.(memang ramai orang Melayu di negara ini,namun tidak dapat digunakan untuk mempertahankan hak-haknya dan hak -haknya dipersendakan orang lain)


-ummah yang kekuatan jiwanya tidak berdaya,akibat mengutamakan kekuatan jasmani daripada rohani,(masjid banyak dibina,namun fungsinya masih belum boleh dibanggakan)


-ummah yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong pembinaan keislaman ummah.(fikir-fikirkanlah)*


Justeru itu para pembaca harus dapat melihat apakah ketuanan Islam atau ketuanan Melayu,jika tidak dapat melihat dan berfikir dengan wajar maka kedua-dua ketuanan itu akan hilang,bukan Islam yang hilang tetapi penganut ajaran Islam itu yang kian lemah dan dibuli oleh orang lain.Para mahasiswa harus bijak merancang dan membangunkan ketuanan itu,pilihlah sama ada mahu membangunkan ketuanan Islam atau ketuanan Melayu atau bagaimanakah...?

Para mahasiswa tentu arif untuk memikirkannya.





No comments: