Friday, October 31, 2008

Pendidikan dan Bahasa.











Pendidikan dan pembelajaran atau secara mudahnya belajar untuk menimba ilmu sama ada dari peringakat rendah,menengah dan universiti semuanya berkaitan dengan penggunaan bahasa.Penggunaan bahasa pengantar berbeza pula dengan bahasa yang mahu dipelajari.Kebiasaannya bahasa yang mempunyai teknologi yang tinggi atau kandungan ilmu akan menjadi bahasa yang perlu dipelajari .
Jelasnya pengajaran Bahasa Inggeris di alam pendidikan di negara ini merupakan sesuatu yang yang perlu kerana bahasa Inggeris itu bahasa teknologi,sains dan kemajuan.Setakat ini Bahasa Melayu belum mampu menjadi bahasa ilmu sains teknologi,dan usaha-usaha sedang dijalankan menuju ke arah bahasa Melayu menjadi bahasa teknologi.
Lantaran itu,tiada menjadi kesalahan sekiranya pengajaran matematik dan sains terus menggunakan bahasa Inggeris,bahkan ianya satu proses membina kemajuan dan memberi ruang yang cukup kepada para pelajar untuk menguasai bahasa teknologi itu.
Adalah sesuatu yang menghampakan jika graduan yang dihasilkan oleh universiti di negara ini tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.Kegagalan ini adalah disebabkan sikap graduan itu sendiri.Lantaran itu graduan yang tidak bermutu ini akan ketinggalan di pasaran ekonomi dan tidak dapat meningkatkan produktiviti negara.Hakikatnya pendidikan memang berkaitan dengan bahasa.

Wednesday, October 29, 2008

Akhlak Pemimpin.





Budaya dan moral dan akhlak sesuatu yang amat jauh maknanya,walau kekadang seperti sama,namun yang paling penting seorang pemimpin mestilah mempunyai akhlak yang baik.Akhlak pemimpin mencerminkan nilai yang harus diutamakan dalam memberikan kelayakannya untuk menjadi pemimpin,apatah lagi pemimpin negara,negeri,komuniti dan organisasi.Pemimpin wajar bersifaf mahmudah dan bukannya mazmumah,secara mudah tidak berbohong,rasuah,pecah amanah,mungkin janji,menghasut,dan yang paling penting menegakkan ajaran agama tauhid.Pemimpin wajar berusaha untuk mengamalkan segala sistem yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-hadis.Unsur-unsur mengcegah kemungkaran dan menghapuskan maksiat hendaklah menjadi salah satu hasrat yang perlu ada di dada pemimpin.
Jelasnya seperti maksud surah al-qalam.68:4-berbunyi dan sesungguhnya engkau wahai Muhammad benar-benar berbudi pekerti yang agung.Manakala dalam surah al-hujurat 49:13-maksudnya-sesungguhnya semula-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Lantaran itu sudah tiba masanya setelah 50 tahun negara ini merdeka,sudah wajar sistem kehakiman negara ini dipinda mengikut kesesuaian undang-undang Islam.Kewajarannya membuktikan bahawa undang-undang barat tidak mampu mengatasi kemungkaran jenayah yang berlaku.Sehubungan itu semuanya berpaksi kepada nilai diri seorang pemimpin,pemimpin yang bertaqwa hanya akan takut kepada Allah sahaja,pemimpin ini tidak akan gentar dalam menegakkan kebenaran al-quran.Rumusannya para mahasiswa harus bijak dalam memilih pemimpin yang berakhlak.


Dasar Ekonomi Melayu.


Dasar Ekonomi Baru.(Deb) merupakan satu langkah dalam menyelamatkan keadilan kek ekonomi rakyat Malaysia.Ianya telah dipacu dengan baik oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.Walaupun zaman deb itu telah berakhir namun nilai dan semangat DEB itu harus diteruskan,BN dan UMNO harus membina kek ekonomi yang seadilnya dan saksama berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.UMNO wajib mempertahankan kek ekonomi orang Melayu.Jika selama ini UMNO mampu melakukannya,maka sewajarlah hal ini dapat dijanakan dengan lebih baik pada masa depan.Komponen BN harus bijak dalam mengatur keadilan kek ekonomi pelbagai kaum di negara ini.Kemiskinan hendaklah dihapuskan,kini bukan masa untuk berhujah,tapi masa untuk bekerja membangunkan negara.Isu-isu yang tidak berkaitan usahlah diungkit-ungkit,kerana ungkitan itu tidak mendatangkan perkara yang baik.

Sunday, October 26, 2008

Islam dipersenda,siswa buat apa.



Sejak pilihan raya ke-12,agama Islam mula dipersendakan oleh orang yang buta sejarah atau hanya mahu mencemarkan imej Islam,namun Pas hanya membatu,membatu dan diam membisu,para siswa harus bangun mempertahankan kesucian agama Islam,usahlah mengharapkan Pas,kerana pas itu kuda politik dan kuasa sahaja.Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu,suara lantang pas tentang negara Islam dan hudud telah lesu,lesu kerana niat di hati mahu menguasai pemeritahan negara,namun Islam tidak mengenal itu semua,dan akhirnya saudara Najib Razak juga yang bakal menjadi perdana menteri,Pas mengigit jari sahaja.Pas sduah hilang taringnya.

Saturday, October 18, 2008

Mahasiswa Melayu apa perjuangannya.


Siswa dan siswi Melayu apa perjuangannya dan matlamatnya?Adakah matlamat mereka jelas atau kabur.Adakah idealisme mereka juga kabur,siapakah yang mereka ikut.siapakah idola mereka,adakah mereka hanyut dengan sandiwara pemain wayang kulit atau lena dengan lagu-lagu merdu kelompok yang berkepentingan politik .

Sesungguhnya siswa dan siswi Melayu harus menjana ilmu ke tahap yang paling tinggi ,disamping membawa Malaysia dan kehidupannya bercirikan al-quran dan al-hadis.Kemaksiatan dan unsur-unsur yang menghina agama Islam,menghina al-quran,al-hadis dan rasul Allah,hendaklah ditentang habis-habisan.Gejala rasuah,fitnah,mempertikaikan penguasaan undang-undang juga harus ditentang habis-habisan.Malahan mempertikaikan kontrak sosial negara ini juga harus ditentang habis-habisan.Lantaran itu barulah siswa dan siswi Melayu mempunyai misi dan visi yang jelas ,.disampin mendapat ganjaran daripada Allah.

Friday, October 17, 2008

Pilihan raya kampus.


Pilihan raya kampus sewajarnya dijalankan bertujuan untuk membela nasib siswa di ipta dan ipts dan bukannya untuk mencampuri urusan dunia politik,walaupun hal-hal massa menjadi liputan yang menarik namun siswa dan siswi harus sedar bahawa kuasa dan hak mereka dalam pilihan raya kampus hanyalah sekadar dalam lingkungan kampus masing-masing sahaja.Siswa dan siswi harus bijak memilih pemimpin mereka,pemimpin yang mampu membantu penjanaan kampus masing-masing bertaraf global dan dunia.Selamat mengundi.

Saturday, October 11, 2008

UMNO parti orang Melayu.


UMNO ialah parti orang Melayu begitu juga Pas,Pas parti orang Melayu,memperjuangkan hak-hak orang Melayu,mempertahankan agama Islam dan budaya orang Melayu dan keistimewaan orang Melayu.Penulis berasa khuatir dengan ayat yang berbunyi-pilih pemimpin diterima masyarakat majmuk-(rujuk berita minggu halaman 9),adakah selama ini pemimpin yang dipilih oleh UMNO tidak direstui oleh rakyat majmuk di negara ini.Atau adakah pengunduran Pak Lah kerana Pak Lah tidak diterima oleh masyarakat majmuk,sebetul dan sebenarnya pemimpin UMNO berjuang membawa hak umno dan suara orang Melayu itu terasnya,di samping tidak mengabaikan nasib kaum-kaum lain di negara ini.Wajarkah ahli-ahli umno dikehendaki berfikir untuk memilih kepimpinannya berdasarkan suara luar daripada UMNO.Ahli-ahli umno harus memilih pemimpin yang dapat berjuang dan membawa suara ahli-ahli umno,contohnya menghapsukan rasuah,dan politik wang.Atau mungkin kini ahli-ahli umno harus berbisik kepada wakil parti kompenen BN untuk memilih pemimpinnya.Orang Melayu Kelantan memang menolak umno,itu fakta,orang Melayu Kedah juga menolak umno,cuma orang Melayu di Perak masih berbelah bagi,namun jika kepimpinan umno takut kepada suara luar daripada umno,maka umno itu akan berkubur pada pilihan raya ke-13.Ayat itu amat aneh,yang sebetulnya semua pemimpin atau perdana menteri di negara ini diterima oleh rakyat,cuma nasib Pak Lah sahaja berbeza,rakyat memihak kepadanya tetapi ada di kalangan ahli umno yang sibuk-sibuk mahu Pak Lah berundur.Namun Pak Lah akur jua,akur demi keutuhan umno,sebab Pak Lah sedar dan insaf umno ketika ini kesepaduannya tidak tuntas,mudah goyah.Namun pengganti Pak Lah harus sedar dan insaf juga,beliau harus memerangi rasuah dan politik wang.Setahu penulis tampuk kepimpinan umno sejak dulu lagi diterima oleh masyarakat majmuk,cuma sebahagian ahli-ahli umno yang suka berpecah belah,jika tidak pasti Tun Mahathir tidak keluar daripada umno dan Anwar Ibrahim tidak akan berpatah arang dengan umno.

Friday, October 10, 2008

Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.



Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,siapakah?Masing-masing cuba bermain dengan fakta dan teka-teki dan ramalan.Rakyat Malaysia akan melihat akan fakta atau masih lagi berpaksikan kepada khayalan dan angan-angan mat jenin.Atau masa akan berubah,tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka-sangka akan berlaku.Manusia merancang namun Tuhan Menentukan segalanya.UMNO dan BN setakat ini merestui Datuk Seri Najib Razak,Pak Lah telah pun memberikan laluannya,namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap juga mengintai-intai ruang,bagi beliau biarlah rakyat melihatnya sebagai satu sandiwara,mainan imaginasi atau angan-angan.Namun angan-angan boleh menjadi realiti.Datuk Seri Najib Razak ialah lambang kepimpinan umno,Datuk Seri Anwar Ibrahim lambang bekas ahli umno,dan akhirnya kedua-dua tokoh itu lambang kepada pasukan komponen parti masing-masing yakni BN dan Pakatan Rakyat.Perdana Mentei Malaysia ke-6,siapakah langkah kanan dan siapakah langkah kiri.



Monday, October 6, 2008

Pilihan raya ke -13 dan hindraf.


Pilihan raya ke-13 akan datang juga menemui para pengundi dan rakyat Malaysia yang layak mengundi.Bahkan peristiwa pahit dalam sejarah rumah terbuka hari raya kebesaran umat Islam negara ini juga telah dicemari apabila sekumpulan ahli-ahli hindraf mengganggu majlis rumah terbuka perdana menteri Malaysia.Mengapakah hindraf sanggup berbuat begitu ,hindraf ialah anak kelahiran Malaysia,negara mereka dan tanah tumpah mereka juga adalah negara Malaysia,namun kenapakah mereka bertindak begitu,apakah agenda mereka.
Bagi penulis agenda mereka ialah untuk memusnahkan kekuasaan umno dalam kerajaan.Kenyataan yang dikeluarkan oleh hindraf banyak yang tidak memihak kepada umno dan kerajaan BN,mengapakah mereka tidak memihak kepada BN,kerana mereka menerima pendapat bahawa hak orang India di negara ini tidak terbela.Adakah itu benar atau tidak,umno perlu menangkis tohmahan ini,umno perlu tuntas dan berhadapan dengan hindraf secara bijak.
Pada pilihan raya ke-13,penulis amat yakin penyokong hindraf atau kaum India yang sehati dengan hindraf akan tidak mengundi BN ,apatah lagi menyokong agenda umno.Umno tidak boleh mengharapkan mic,kerana mic gagal untuk membaca gerak geri kehendak kaum India.Kepimpinan mic agak ketinggalan zaman dalam membaca kehendak pengundi kaum India.
Namun masih ada masa lagi,bagi BN terutamanya MIC untuk melihat dan mendapatkan semula kepercayaan kaum India atau pengundi India,jika tidak sudah pasti BN tidak akan dapat mempertahankan kuasanya sebagai peneraju pemerintahan di negara ini.Lebih-labih lagi terdapat juga segelintir orang Melayu yang bersetuju dengan tindakan hindraf.Orang Melayu memang sudah berpecah dan tidak akan bersatu,inilah hakikat yang orang Melayu harus menerimanya,orang Melayu tidak akan bersatu,bahkan pada pilihan raya ke-13,penulis dapat berasakan undi Melayu akan berpecah separuh kepada pas,separuh kepada umno,separuh kepada PKR,separuh kepada dap.
Kesimpulannya hindraf sedang mengorak langkah dalam mencari dan mencipta sesuatu,jika umno dan BN tidak bijak,maka sudah pasti suara rakyat akan memihak kepada hindraf dan rakan-rakan hindraf,dah akhirnya BN akan menggit jari.