Saturday, October 11, 2008

UMNO parti orang Melayu.


UMNO ialah parti orang Melayu begitu juga Pas,Pas parti orang Melayu,memperjuangkan hak-hak orang Melayu,mempertahankan agama Islam dan budaya orang Melayu dan keistimewaan orang Melayu.Penulis berasa khuatir dengan ayat yang berbunyi-pilih pemimpin diterima masyarakat majmuk-(rujuk berita minggu halaman 9),adakah selama ini pemimpin yang dipilih oleh UMNO tidak direstui oleh rakyat majmuk di negara ini.Atau adakah pengunduran Pak Lah kerana Pak Lah tidak diterima oleh masyarakat majmuk,sebetul dan sebenarnya pemimpin UMNO berjuang membawa hak umno dan suara orang Melayu itu terasnya,di samping tidak mengabaikan nasib kaum-kaum lain di negara ini.Wajarkah ahli-ahli umno dikehendaki berfikir untuk memilih kepimpinannya berdasarkan suara luar daripada UMNO.Ahli-ahli umno harus memilih pemimpin yang dapat berjuang dan membawa suara ahli-ahli umno,contohnya menghapsukan rasuah,dan politik wang.Atau mungkin kini ahli-ahli umno harus berbisik kepada wakil parti kompenen BN untuk memilih pemimpinnya.Orang Melayu Kelantan memang menolak umno,itu fakta,orang Melayu Kedah juga menolak umno,cuma orang Melayu di Perak masih berbelah bagi,namun jika kepimpinan umno takut kepada suara luar daripada umno,maka umno itu akan berkubur pada pilihan raya ke-13.Ayat itu amat aneh,yang sebetulnya semua pemimpin atau perdana menteri di negara ini diterima oleh rakyat,cuma nasib Pak Lah sahaja berbeza,rakyat memihak kepadanya tetapi ada di kalangan ahli umno yang sibuk-sibuk mahu Pak Lah berundur.Namun Pak Lah akur jua,akur demi keutuhan umno,sebab Pak Lah sedar dan insaf umno ketika ini kesepaduannya tidak tuntas,mudah goyah.Namun pengganti Pak Lah harus sedar dan insaf juga,beliau harus memerangi rasuah dan politik wang.Setahu penulis tampuk kepimpinan umno sejak dulu lagi diterima oleh masyarakat majmuk,cuma sebahagian ahli-ahli umno yang suka berpecah belah,jika tidak pasti Tun Mahathir tidak keluar daripada umno dan Anwar Ibrahim tidak akan berpatah arang dengan umno.

No comments: