Saturday, August 11, 2007

Negarakuku oleh Namewee

Bukanlah satu yang mengejutkan apabila seorang penuntut Malaysia yang belajar di luar negara menghina tanah airnya.Cuma pada kali ini yang menghina itu ialah seorang penuntut cina.

Dalam hal ini penulis mahu pemimpin parti politik cina sama ada dari komponen BN mahupun pembangkang hendaklah mengambil inisiatif yang tegas dalam mengatasi isu tersebut.Pemimpin cina tentu memahami bagaimana untuk mendidik Namewee,seorang penuntut cina yang jiwa dan emosinya terganggu.


Nampaknya era 50 Malaysia merdeka-terdapat juga segelintir penuntut cina yang kurang senang dengan tanah tumpah darahnya.

Sunday, August 5, 2007

Malaysia yang makmur.

31 Ogos ini merupakan 50 tahun negara mencapai kemerdekaan,dalam pengisian kemerdekaan itu Malaysia terus maju mencipta kemajuan dan kemakmuran.Semua ini berlaku kerana sistem pemerintahan negara ini sesuai dengan komposisi penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum.


Bahkan sttuktur pentadbiran yang bertunjangkan Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua negara,kemudia dituruti pula oleh Badan Perundangan,Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman membawa kepada begitu berkesannya pengamalan sistem pemerintahan di negara ini.

Lantaran itu sistem demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah memberi ruang kepada rakyat yang mempunyai kuasa mengundi untuk menentukan kerajaan yang memerintah.Ini bermakna suara rakyat mampu untuk memilih pemerintah.Sayugia juga diingatkan bahawa keudukan Yang Di-Pertuan Agong atau semua yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan seperti hak-hak istimewa orang melayu,kedudukan agama islam sebagai agama rasmi hendaklah diteruskan dan dihormati.


Mempersoalkan hal-hal tersebut merupakan satu wadah atau idea yang bertentangan dengan hasrat dan cita rasa rakyat Malaysia.Sejak merdeka rakyat di negara ini bijak dalam menentukan dan membawa kehidupan mereka dalam mencipta kejayaan dan kemakmuran.Hanya suara orang yang kecewa sahaja yang terasa perit di hati,hanya yang tidak menghormati susur galur sejarah negara ini yang suka atau cuba mengusik hati naluri rakyat pelbagai kaum di negara ini.


Hal ini membawa erti bahawa rakyat Malaysia ,khasnya orang Melayu harus sensitif bahawa ada suara-suara dan segelintir golongan yang berani mencuit dan mengacau sensitiviti jati diri Melayu.

Mengapakah hal ini berlaku, walau negara sudah mencapai usia 50 tahun kemerdekaan.Ini berlaku kerana ada gologan yang ingin mencuba sama ada orang Melayu masih kental akan jati dirinya atau sudah lupa akan jati dirinya.


Sesungguhnya,rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hanya akan memikirkan bagaimana untuk memakmurkan negara ini,yang kaya membantu yang miskin,yang miskin berusaha gigih,keuntungan sama dirasa dan dinikmati,pemimpin dihormati,jati diri pelbagai kaum dipelihara agar Malaysia terus maju dan gemilang.

Salam kemerdekaan ,gemilang Malaysiaku.