Thursday, September 27, 2007

Rusuhan dan Polis.

Walaupun tanpa permit, 250 orang berkumpul di padang belakang Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin dan 500 orang di hadapan Hotel Permai Inn.Polis terpaksa mengadakan sekatan jalan raya di persimpangan lampu isyarat Batu Buruk dan jalan ke Jalan Sultan Mahmud. Sebuah bas di Jalan Temasya, Batu Buruk turut ditahan sehingga menimbulkan kekecohan.
Kumpulan terbabit membaling batu, kayu, besi dan botol menyebabkan 7 orang termasuk 4 anggota keselamatan cedera. Ada perusuh membaling bom api sehingga merosakkan kenderaan dan harta awam bernilai RM1 juta. Seorang koperal terpaksa melepaskan dua das tembakan untuk mempertahankan diri setelah dipukul oleh 20 lelaki berhampiran Hotel Permai Inn dan dua perusuh cedera.


-Penyataana di atas membawa satu makna yang tersurat dan tersirat.Kelompok itu telah bersedia untuk tidak mematuhi amaran pasukan keselamatan.Kebiasaannya manusia yang tidak mematuhi arahan pasukan keselamatan merupakan golongan yang anti kepada polis dan suka membawa kepada kekacauan.

-Kelompok ini sanggup merosakan harta benda atau mencederakan sesiapa sahaja,kelomkpok yang begini boleh mendatangkan mudarat jka tidak dibendung.

-Lantaran itu juga,kelompok ini tidak suka akan anggota polis,kelompok yang membenci polis merupakan kelompok yang di hatinya ada niat untuk melanggar undang-undang.


-Rumusannya jangan sekali-kali bersubahat dengan kelompok yang suka membuat kacau ini.Kelompok ini harus dipinggirkan daripada bumi negara yang aman dan makmur ini.

-Mereka benci dan marah pada polis,tetapi lebih ramai lagi yang benci dan marah kepada mereka.Kepada anggota polis selamat menjalankan tugas .

Friday, September 21, 2007

Nurin Jazlin.


Kedatangan ramadan tahun 2007,ramadan 2007,membawa satu kisah duka rakyat Malaysia yang dikejutkan dengan kematian adik Nurin Jazlin.Kematian yang tragis dan menjadi titik hitam dalam kehidupan keluarganya.


Kisah adik Nurin yang hilang dilaporkan di dada akhbar dan menjadi topik hangat serta mendapat perhatian warga Malaysia tanpa mengira warna kulit dan kaum.Namun akhirnya mayat adik Nurin ditemui di dalam bungkusan hitam,adik Nurin telah dibunuh dengan kejam.Adik Nurin telah dideraseksual oleh pembunuhnya.



Sukar untuk dikatakan,atau untuk diungkapkan,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,September 2007 telah mengejutkan warga Malaysia yang harmoni bahawa telah wujud seorang manusia yang berjiwakan binatang,malah lebih buas daripada binatang.



Sewaktu catatan ini ditulis,pihak polis terus memburu pembunuh adik Nurin,moga-moga ramadan ini akan membuka jalan-jalan agar pembunuh adik Nurin menerima balasan yang setimpal.


Al-fatihah buat adik Nurin.