Tuesday, February 20, 2007

Budaya Ilmu di Kalangan Siswazah Islam



Setakat manakah budaya ilmu menjadi sesuatu yang mahal harganya di kalangan siswazah Islam,atau siswazah Islam hanyalah buih-buih kosong yang tidak bermakna,diluar nampak indah tetapi di dalam kosong dan hampa-hampa sahaja.Bahkan setakat manakah juga pertubuhan atau kelompok siswazah Islam di universiti mempunyai citarasa budaya ilmu?

Setiap tamadun bergerak berasaskan ilmu,jika budaya ilmu itu masih jauh di sanubari siswazah Islam maka,usah bermimpi untuk membina tamadun.Lantaran tamadun barat tetap hidup subur dan menjadi ikutan dunia Islam ,bahkan menjadi ikutan di kalangan sesetengah kelompok siswazah Islam.

Secara ringkasnya firman di bawah yang maksudnya-Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan ,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,bacalah,dan Tuhanmu Yang Paling Maha Pemurah,Yang Mengajar Manusia dengan perantaraan kalam,Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya-Al-Alaq-

Sandaran di atas memang diketahui umumnya oleh siswazah Islam,namun pada realitinya,apakah budaya ilmu itu menjadi dasar kecintaan siswazah Islam,atau mereka hanyalah penuntut-penuntut yang kaku,dan hidup dalam dunia robot.

Jika mereka masih kaku dan seakan robot-robot,manakah mampu mereka untuk mencipta tamadun,dan pasti mereka masih lagi menjadi hamba barat,dan idealis Islamnya akan menjadi semakin retorik.

Bersandarkan buku tulisan Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Generasi Mendatang Generasi Yang Menang-sudah pasti budaya ilmu itu menjadi asas utama untuk generasi Islam mampu menerajui pembangunan dunia,jika tidak usahlah bermimpi di siang hari,beliau memetik bersandarkan firmah di bawah yang maksudnya-".........terangkanlah kepada-Ku dengan berdasarkan pengetahuan,jika kamu memang orang-orang yang benar-al-an am-143)

"........katakanlah,tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar-al-Baqarah:111)

Lantaran itu petikan firman di atas bertunjangkan kepada budaya ilmu merupakan wadah utama dalam melengkapkan fakta-fakta dalam membina kemajuan.Tanpanya kemajuan manusia akan tempang dan generasi Islam mendatang akan tetap menjadi hamba tamadun barat.

Justeru itu apakah tahap budaya ilmu siswazah Islam negara ini ,adakah kental atau rapuh.Bagaimana pula tahap budaya ilmu kelompok kumpulan penuntut Islam di menara gading negara ini,adakah kukuh atau longlai.

Jika jawapannya longlai,usahlah bermimpi untuk mengubah atau ingin suara mereka didengar kerana mereka hanyalah suara-suara yang retorik.Retorik akan tinggal retorik.

Ironinya wajarlah disimpulkan tingkahlaku dan cara berfikir serta bekerja siswazah Islam di negara ini masih lagi seperti pelajar lepasan sekolah menengah.

Monday, February 19, 2007

Khalwat atau menghampiri zina.

Menteri berkenaan Datuk Mustapa Mohamed berkata kementerian itu komited untuk mengatasi masalah berkenaan.

Katanya daripada 3,818 kesalahan yang dilakukan pelajar IPT dari 1971 hingga 2006, kes khalwat adalah yang paling tinggi melibatkan 735 kes, diikuti dengan penyelewengan akademik sebanyak 632 kes, mencuri (332), membawa nota sewaktu peperiksaan (270), kesalahan lalu lintas (212) dan penyalahgunaan dadah (107


Berdasarkan penyataan di atas kes khalwat begitu tinggi berlaku di kalangan pelajar universiti ,bagaimana pula dengan kes khalwat di luar sana?

Setakat ini mufti Perlis hanya mencadangkan agar sesuatu tindakan harus diambil agar kes khalwat dapat ditangani dengan wajar.Apakah kes khalwat tidak berkaitan dengan umum,sedangkan sekiranya kes khalwat itu dilakukan oleh pelajar universiti secara tidak langsung ianya telah menjejaskan nama baik sesebuah univsersiti.

Lantaran itu sudah tiba masanya mufti Perlis bangkit untuk mengatasi malasah khalwat ini serta gejala sosial yang lain,berpolemik bukanlah satu wadah yang berkesan ,namun bertindak adalah lebih berkesan.

Usah menunggu terlalu lama,gejala khalwat yang berlaku di kalangan generasi Islam harus dibanteras segera.Mufti Perlis harus bertindak segera,bukan sekadar berwacana sahaja.

Andaikata dicadangkan istilah khalwat itu diganti kepada salahlaku menghampiri zina,apa pandangan mufti Perlis.