Saturday, July 19, 2008

GPMS mahu ke mana seleaps ini?


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mahu ke mana selepas ini?Atau masih lagi dibuai impian yang terletak sama ada menjadi satu fantasi atau realiti.Apakah yang telah terjadi ke atas isu raja-raja Melayu dan ketuanan Melayu.Adakah kian membisu atau masih tersemat di dada.Betulkah orang Melayu boleh bersatu padu,atau bagaimana?Ayam dikepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan,bagaimana pula dengan pembelaan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar Melayu.Bagaimanakah persidangan GPMS kali ini?

Tuesday, July 15, 2008

Debat Minyak-siapakahpemenangnya.


Salam sejahtera para siswa siswi,tentu ada menonton debat tentang minyak di tv 9,menteri penerangan malaysia berdebat dengan saudara anwat ibrahim,namun siapakah yang menang,


-secara umum saudara anwar ibrahim tidak dapat menyatakan kenapakah minyak menjadi isu untuk didebatkan sebagai penentu kepada masalah rakyat Malaysia,sedangkan harga minyak di dunia meningkat naik.


-secara umum juga saudara anwar ibrahim gagal untuk menyatakan bagaimana kerajaan pemerintah telah menyalurkan skim bantuan kepada rakyat dalam menghadapi krisis harga minyak terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin.
-secara umum,menteri penerangan tidak berjaya sepenuhnya menyatakan kepada rakyat apa yang telah dilakukan oleh kerajaan pemerintah dalam membantu rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin dalam berhadapan dengan krisis harga minyak.
Jelasnya dalam menjadi kerajaan pemerintah bukan sekadar isu harga minyak yang wajar diberikan perhatian.,banyak isu lain lagi.


contohnya,
-isu kepatuhan dan penerimaan kepada hak-hak istimewa orang Melayu.
-memehami akan sistem beraja di Malaysia dan Islam sebagai agama rasmi.
Jelasnya kerajaan BN amat memahami akan hakikat di atas,namun Pakatan Rakyat pula bagaimana,songkok pun dijadikan isu.
Akhirnya lebih baik membuat kerja,daripada berdebat sahaja.Contohilah warga petronas.

Friday, July 11, 2008

Pejuang Islam tidak pernah bersandiwara.




Salam sejahtera para siswa siswi,semoga kehidupan anda tetap dalam rahmat-Nya dan terus berusaha mencipta kecemerlangan dan mencari cahaya kebenaran.
Pejuang Islam tidak pernah bersandiwara atau berdolak dalih,pejuang Islam berjuang dan bergerak kerana-Nya,bukan kerana mahu kedudukan di dunia.
Lantaran itu amati yang berikut,

TAIPING, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Mohd. Zin Abdul Rahman menegaskan sudah tiba masanya Dewan Ulama PAS di seluruh negara memperkasakan tugas dan tanggung jawab kepada rakyat.





Setakat manakah benar dan betulnya kenyataan di atas,atau hanya sebagai sandiwara,pada dasarnya pas ini ditubuhkan untuk menentang umno kerana umno dikatakan tidak berjuang berlandaskan Islam,namun jika difikirkan dengan hati yang tenang,hingga kini tidak jelas setakat manakah Pas itu berjuang menegakkan Islam,setakat ini dilihat perjuangan Pas sudah kehilangan arah kecuali di Kelantan,lucu betul apabila menteri besar Perak tidak dapat membezakan antara makna kebajikan dengan negara Islam.(menteri besar ini nampaknya lebih takutkan dap berbanding Allah)


Penulis mahu pemimpin pas berterus terang kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mahu menegakan hukum Islam dan membasmikan tempat-tempat maksiat,bukannya walaupun ada kuasa sebagai menteri besar namun cakap tidak serupa bikin.Allah tidak memandang pejuang Islam yang di sini cakap lain,di sana cakap lain.

Diharapkan para mahasiswa harus tenang dalam memikirkan penyataan di atas.Nampaknya Pak lah lebih bekerja kuat dalam mengangkat martabat Islam,sedangkan pas masih lagi tidak pasti kehendak akar umbi pengikutnya.