Wednesday, December 31, 2008

Selamatkan Bumi Gaza.


Ya,Tuhan kami,ampunkanlah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusn kami dan tetapkan pendirian kami ,dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.(ali imran (3)147)
Semoga kekejaman zionis akan terhapus di muka bumi ini,termasuklah sekutunya.

Saturday, December 27, 2008

GPMS dan Sains dan Matematik .




Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) merupakan pertubuhan belia Melayu yang telah lama bertapak di negara ini.Berdsasarkan dasar-dasar penubuhannya dan sedarnya itu ,maka sewajarlah GPMS mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu.Ironinya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam mengajar sains dan matematik haruslah dirombak sepenuhnya,yakni kembali kepada asalnya.Bahasa Melayu wajar digunakan semula dalam mengajar subjek sains dan matematik.GPMS bukannya menoleh ke belakang,tetapi percaya dan bersetuju bahasa Melayu mampu membawa mata pelajaran sains dan matematik menjadi lebih molek dan utuh di kalangan pelajar-pelajar Melayu.Bahkan GPMS tidak pula menolak kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan teknologi,namun keupayaan pencapaian bahasa Inggeris di kalangan pelajar-pelajar Melayu hendaklah menjurus kepada kaedah-kaedah yang berkaitan dengan bahasa Inggeris itu sendiri,bukannya melalui mata pelajaran yang lain,lebih-lebih lagi sains dan matematik.Sehubungan itu GPMS juga wajar meneruskan gerakan obornya dalam membantu pelajar-pelajar Melayu di luar bandar menerima ilmu dan pendidikan yang sama rata dengan pelajar-pelajar di bandar dan kota raya.Akhirnya GPMS berharap kementerian Pelajaran dapat mengambil keputusan yang terbaik demi kelangsungan pencapaian pendidikan pelajar-pelajar Melayu.Sebagai sebuah pertubuhan belia GPMS tetap bergerak di bawah dasar kerajaan pillhan rakyat berlandaskan sistem demokrasi dan raja berpelembagaan.

Thursday, December 25, 2008

Hudud dan suara mahasiswa baru.




Hudud ialah undang-undang hukum hakam Islam,Islam itu diturunkan oleh Allah yang Maha Pencipta untuk hamba-hamba-Nya.Sama ada hamba-hamba-Nya itu Melayu,arab,India atau Cina,ia diutuskan tanpa mengira warna kulit dan rupabangsa.Bahkan hudud bukanlah hak Pas.
Pun begitu Pas ialahparti politik yang lantang dan memperjuangkan hudud di Malaysia,namun kini bagaimanakah suara itu,adakah atau benarkah Pas menggunakan hudud untuk menarik pengundi,jika itulah hakikatnya nampaknya pengundi di negara ini khasnya pengundi Melayu amatlah cetek pemikirannya.Sebagai golongan mahasiswa sewajibnya menyokong dengan sepenuhnya sesiapa sahaja yang mahu mendaulatkan undang-undang Islam di negara ini.Sejarah telah membuktikan umno telah berjaya membawa agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini,sistem undang-undang keluarga Islam ,bahkan sistem ekonomi Islam.Secara jelas perjuangan umno menegakkan Islam lebih berjaya berbanding Pas,yang takut dalam menyatakan pendirian.Benarkan umno menentang hudud,benarkah BN menentang hudud,namun yang jelas dan terang lagi bersuluh ialah dap setakat ini benar-benar menentang hudud,namun dap jelas tentang perjuangannya,bukan seperti Pas yang masih kabur setakat ini.Akhirnya pengundi Melayu dan mahasiswa Islam harus menyokong gagasan dalam mendaulatkan undang-undang jenayah Islam di negara ini.Hudud bukan hak pas atau hak umno ,ianya hak umat Islam.Namun semuanya akan tercapai dengan mudah jika suara majoriti di parlimen ialah milik orang Melayu Islam.Fikir-fikirkanlah.

Monday, December 15, 2008

Dasar patriotik Lemah?








Amat menghairankan kenapa persoalan kerera exco menjadi agenda utama,sedangkan ekonomi ketika ini amat tidak stabil,sepatutnya kebajikan rakyat diutamakan,nasib rakyat misin tegar di kampung-kampung dan di estate diutamakan,namun kenapa pula mahu bertukar kereta baru,amat menghairankan,nampaknya kerajaan negeri Perak yang ada ini kurang mengambil berat hal rakyat,dulu mengata kerajaan BN,namun cakap tidak serupa bikin,jika hendak jimat wajarlah membeli kereta keluaran negara,barulah berjiwa patriotik,berjiwa Islam,kenapa mahu bermewah-mewah.Hal ini harus dilihat oleh para mahasiswa Islam,bukan hal hukum hakam Islam atau undang-undang Islam diutamakan,tetapi utamakan kereta mewah.Islam mengutuk manusia yang cakap tidak serupa bikin dan tidak cinta akan negara.

Saturday, December 13, 2008

Kebebasan Karya Dibelenggu.



Sesuatu yang menarik,pada era zaman kebebasan media ini,rupa-rupanya karya dan kebijaksanaan penulis kekadang dibelenggu oleh unsur-unsur yang menyekat akan kebebasan bersuara dan berkarya.Di dunia ini,semua bangsa mempunyai gaya dan karya sasteranya sendiri.Karya-karya itu pula lahir dalam menyatakan sesuatu isu atau kritikan kepada masyarakat,namun amat menghairankan ketika ini suara-suara kebebasan itu dibelenggu oleh tindakan yang bukan-bukan.Pengkarya atau pengarang terpaksa diheret ke mahkamah,sedangkan dalam dunia terbuka ini,kebebasan berkarya di negara ini sepatutnya mencapai ke tahap yang membanggakan dan tinggi.Namun mungkin kekadang ada juga pembaca yang terasa dan seperti terasa-terasa,ini amat menghairankan kerana karya sastera sama ada dalam bentuk novel atau cerpen merupakan cetusan rasa penulisnya dan tidak menyentuh mana-mana pihak kecualilah pihak itu terperasan atau terasa yang bukan-bukan.Jelasnnya suara-suara yang seperti jaguh membawa isu-isu kebebasan bersuara tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya.Jika tidak temakan cili sudah tentu tidak ada bekas pedasnya.Namun kepada utusan Malaysia teruskan membuka ruang kepada penulis yang berwibawa yang mengangkat martabat kebebasan bersuara dan berkarya.Jelasnya di sini para mahasiswa harus menentang sekeras-kerasnya unsur-unsur yang menyekat atau menggugah kebebasan akhbar atau suara pengarang untuk menyatakan sesuatu dalam tulisannya.Zaman ini zaman terbuka bukan zaman tertutup.

Wednesday, December 10, 2008

Pas apa yang dicari dan apa dimahukan?



Setelah lama menerajui sistem pentabiran negeri Kelantan dan kini di Kedah,dapat dilihat bahawa Pas tidak menggunakan kuasa yang ada untuk berbuat sesuatu demi perjuangan Islam.Penulis berpendapat Pas seperti tidak menggunakan peluang yang ada untuk meminda atau berbuat sesuatu dalam meningkatkan penggunaan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran negeri atau cuba bersuara dalam meminda dan berbuat sesuatu dalam rang udnang-undang atau akta .Hal ini berbeza dengan DAP yang mampu membawa sesuatu untuk menggambarkan ianya sebuah parti politik yang tahu dan bijak menggunakan kuasa.Para mahasiswa Islam tentunya sudah arif dan mengenali akan perjuangan Pas,namun setakat ini misi dan visi Pas itu tidak dapat diterjemahkan,contohnya Pas boleh meminda enakmen atau undang-undang untuk mengharamkan kedai-kedai judi,atau kedai-kedai nombor ekor atau kelab-kelab malam daripada beroperasi.Itulah hanyalah satu contoh yang terlalu ringkas,namun hakikatnya sudah tiba masanya Pas menggunakan peluang yang ada.Jika tidak sudah pasti pengikut Pas akan berasa hampa dan dukacita.Apa guna memasuki proses demokrasi jika kuasa yang ada tidak digunakan dengan bijak.

Tuesday, December 9, 2008

Kuasa Raja-raja Melayu.



Saudara mahasiswa yang dihormati,sudah tiba masanya kuasa imuniti raja-raja Melayu dikembalikan semula,bahkan harus dikukuhkan lagi.Hal demikian kerana raja-raja Melayu merupakan lambang ketuanan negara Malaysia.Raja-raja Melayu melambangkan semangat perpaduan rakyat jelata dan kedaulatan agama Islam.

Monday, December 1, 2008

Ketuanan Melayu .



Salam sejahtera para mahasiswa Malaysia,setelah lima puluh tahun negara dan tanah tumpah tercinta ini merdeka,namun ada lagi suara yang tidak mengerti akan makna kehidupan dan kemakmuran.Setelah merdeka lima puluh tahun lalu masih ada lagi yang mahu menjajah orang Melayu di negara ini,sedangkan orang Melayu tidak pernah mengacau periuk nasi mereka.Mahasiswa Malaysia amnya dan Melayu khasnya harus bijak mengatasi isu ini.Penjajahan ke atas orang Melayu mahu dilakukan untuk sekian laginya.Amat menghairankan banyak isu-isu rakyat yang wajar dibangunkan dan diatasi,namun suara pengacau ini masih lagi mahu mempertikaikan ketuanan Melayu.Orang Melayu tidak pernah mempertikai hak orang lain,namun amat menghairankan parti politik Melayu sama ada umno,pas dan pkr membisu sahaja.Atau mereka ini membisu mengatur langkah dan berfikir mengatur rentak.Kenapa suara pengacau ini mahu mengganggu hati dan perasaan orang Melayu?

Thursday, November 27, 2008

Malaysia Yang Adil dan Saksama.




Negara Malaysia indah dan damai,kini rakyatnya semakin bijak dan berminda terbuka.Lantaran itu suara-suara yang mahukan satu sistem pemerintahan yang lebih adil dan saksama semakin ketara.Justeru itu hanya satu sistem yang adil dan benar-benar saksama bagi rakyat Malaysia iaitu sistem pemerintahan Islam.Sistem ini adil dan saksama,kerana ianya datang daripada Maha Pencipta.Justeru itu para mahasiswa harus berazam untuk memilih parti-parti politik yang boleh membawa dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam.Lantaran itu hal itu hanya akan menjadi kenyataan jika pas dan umno bersatu,jika pengundi memilih pas dan umno,jika penyokong pas dan umno bersatu.Bersatu itu kunci corak perubahan sistem pemerintahan.Kini para mahasiswa Melayu harus membawa hakikat ini menjadi kenyataan.Keadilan dan kesamarataan hanya dapat dinikmati melalui sistem pemerintahan Islam.Pilih di tangan anda.






Friday, November 14, 2008

Majlis Fatwa dan Pengkid.






Sama ada pengkid atau lesbian ,semuanya perbuatan yang dilaknati,oleh itu amat tepatlah amaran tegas ketua polis negara kepada kumpulan-kumpulan yang mahu mencabar kenyataan majlis fatwa,ketua polis negara mempertahankan maruah Islam.Lantaran itu bagaimanapula dengan para mahasiswa Islam,kenapa masih membisu.Allah melihat apat yang kamu kata dan apa yang kamu lakukan sama ada nyata atau di sebalik hati kamu.Usah diganggu agama Islam,hak asasi manusia yang berlandaskan ideologi barat hanyalah sekular,hak yang benar adalah hak di dalam al-quran.Ketua Polis Negara telah menegakkan yang benar.Tahniah ketua polis negara.

Tuesday, November 11, 2008

U.S.A


















Pemilihan tampuk kepimpinan USA yang baru,menjadi buah mulut ramai,termasuklah di negara ini.Sinisnya secara jelas umat Islam masih lagi berpayungkan tunjang sistem barat dan bukannya sistem negara Islam dalam memilih tampuk kepimpinan.Kebiasaannya USA tidak akan berbuat apa-apa kecualilah mendapat restu daripada pihak kelompok zionis.Nasib negara Islam Iran pula bagaimana,adakah pemimpin baru USA ini akan lebih liberal dengan Iran atau tetap juga dipengaruhi desakan agen-agen zionis.Adakah situasi ini akan mempengaruhi pilihan raya negara ini yang ke-13.Secara jelas Pulau Pinang Ketua Menterinya ialah daripada rakyat Malaysia kaum Cina,dan adakah perdana menteri negara ini juga mahu dipegang oleh orang rakyat Malaysia yang bukan berketurunan Melayu,adakah pengundi Melayu boleh menerimanya.Jelasnya mahasiswa harus memikirkan hal ini dengan lebih mendalam.Sistem demokrasi bukanlah satu sistem Islam ,namun ianya berjaya digunakan secara praktikal dalam memilih tampuk pemerintahan sesebuah negara.Bagaiamana pula dengan Iran,adakah Iran berjaya menjinakkan USA?

Tuesday, November 4, 2008

Bahasa Kebangsaan.


Bahasa Kebangsaan negara ini ialah bahasa Melayu.Hal itu telah termaktub dalam perlembagaan.Namun amat aneh kerana terdapat segelintir rakyat negara ini yang mengkhianati akan hakikat itu.Mereka menghina martabat dan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Golongan ini memang berfikiran tidak setia dan sombong.Naluri mereka penuh dengan semangat perkauman,mereka ada kuasa,namun kuasa itu digunakan dengan tidak betul dan tepat,mungkin ini masa mereka,tunggu masa orang lain pula.Jika mereka boleh mempersendakan ,orang lain pun boleh juga.Namun hakikatnya mereka ini memang tidak mengiktiraf bahasa Melayu sebagai bahasa resmi negara ini.Mahasiswa Melayu harus jangan mencontohi mereka.

Monday, November 3, 2008

Mahasiswa Melayu Tidak Perlu Bacul.








Sewaktu zaman Kesultanan Melaka,Laksamana Hang Tuah,merupakan panglima atau hulubalang Melayu yang terbilang dan bijak.Kisahnya dalam mempertahankan kesultanan Melayu Melaka tidak dapat dipertikaikan.Lantaran itu juga,sewaktu penentangan penubuhan Malayan Union orang Melayu bangun dengan gagah berani apabila hak mereka,hak agama mereka,hak kesultanan mereka mahu dijajah oleh orang lain.
Kini setelah 50 tahun merdeka,kehebatan dan keberanian orang Melayu dalam mempertahankan hak mereka tidak seperti Laksamana Hang Tuah,atau sekental kumpulan orang Melayu yang menentang Malayan Union.Hal ini berlaku kerana,-orang Melayu berasakan mereka sudah tidak kuat dan utuh lagi.Mereka terpaksa bersandar kepada orang lain untuk mencipta kejayaan mahupun kepentingan peribadi.(maksud firman Allah dalam surah-al-fath-ayat 4 yang berbunyi-.......Allah mempunyai tentera-tentera langit dan bumi)manakal dalam surah Muhammadayat 4 yang maksudnya-jika Allah kehendaki nescaya dikalahkan mereka tetapi ia hendak menguji setengah daripada kalangan kamu)
-Jelas,orang Melayu sudah lebur akan keyakinan mereka akan pertolongan Allah,walapun hak mereka dan agama mereka dipersoal oleh orang lain,orang Melayu masih lagi tidak mahu mengambi jalan yang boleh menggerunkan musuhnya.Jelasnya kepentingan peribadi melebih kepentingan mempertahankan hak.
-Sementara itu juga,ianya berlaku kerana berlakunya perpecahan dan ketakutan di kalangan gerakan kelompok-kelompok Melayu sama ada di pihak parti politik Melayu ,atau ngo Melayu ,lebih--lebih lagi ngo yang bernama Islam.-ini bertepatan dengan maksud firman Allah dalam surah al-anfal,ayat 45-45 yang maksudnya-wahai orang-orang beriman,apabila kamu berhadapan dengan satu kumpulah (musuh)maka hendaklah kamu tetap(jangan berganjak)dan ingatlah Allah banyak-banyak semoga kamu berbahagia.Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah kerana dengan itu nanti kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu dan bersabarlah.Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.Sehubungan itu mahasiswa Melayu tidak harus mengamalkan dan meneruskan sikapbacul di atas,walaupun hak Melayu dipertikai,agama Islam dipertikai,orang Melayu masih lagi bertindak seperti anak kecil yang manja.Mahasiswa Melayu harus bijak dan berani.

Friday, October 31, 2008

Pendidikan dan Bahasa.











Pendidikan dan pembelajaran atau secara mudahnya belajar untuk menimba ilmu sama ada dari peringakat rendah,menengah dan universiti semuanya berkaitan dengan penggunaan bahasa.Penggunaan bahasa pengantar berbeza pula dengan bahasa yang mahu dipelajari.Kebiasaannya bahasa yang mempunyai teknologi yang tinggi atau kandungan ilmu akan menjadi bahasa yang perlu dipelajari .
Jelasnya pengajaran Bahasa Inggeris di alam pendidikan di negara ini merupakan sesuatu yang yang perlu kerana bahasa Inggeris itu bahasa teknologi,sains dan kemajuan.Setakat ini Bahasa Melayu belum mampu menjadi bahasa ilmu sains teknologi,dan usaha-usaha sedang dijalankan menuju ke arah bahasa Melayu menjadi bahasa teknologi.
Lantaran itu,tiada menjadi kesalahan sekiranya pengajaran matematik dan sains terus menggunakan bahasa Inggeris,bahkan ianya satu proses membina kemajuan dan memberi ruang yang cukup kepada para pelajar untuk menguasai bahasa teknologi itu.
Adalah sesuatu yang menghampakan jika graduan yang dihasilkan oleh universiti di negara ini tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.Kegagalan ini adalah disebabkan sikap graduan itu sendiri.Lantaran itu graduan yang tidak bermutu ini akan ketinggalan di pasaran ekonomi dan tidak dapat meningkatkan produktiviti negara.Hakikatnya pendidikan memang berkaitan dengan bahasa.

Wednesday, October 29, 2008

Akhlak Pemimpin.





Budaya dan moral dan akhlak sesuatu yang amat jauh maknanya,walau kekadang seperti sama,namun yang paling penting seorang pemimpin mestilah mempunyai akhlak yang baik.Akhlak pemimpin mencerminkan nilai yang harus diutamakan dalam memberikan kelayakannya untuk menjadi pemimpin,apatah lagi pemimpin negara,negeri,komuniti dan organisasi.Pemimpin wajar bersifaf mahmudah dan bukannya mazmumah,secara mudah tidak berbohong,rasuah,pecah amanah,mungkin janji,menghasut,dan yang paling penting menegakkan ajaran agama tauhid.Pemimpin wajar berusaha untuk mengamalkan segala sistem yang terkandung di dalam Al-Quran dan al-hadis.Unsur-unsur mengcegah kemungkaran dan menghapuskan maksiat hendaklah menjadi salah satu hasrat yang perlu ada di dada pemimpin.
Jelasnya seperti maksud surah al-qalam.68:4-berbunyi dan sesungguhnya engkau wahai Muhammad benar-benar berbudi pekerti yang agung.Manakala dalam surah al-hujurat 49:13-maksudnya-sesungguhnya semula-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa.
Lantaran itu sudah tiba masanya setelah 50 tahun negara ini merdeka,sudah wajar sistem kehakiman negara ini dipinda mengikut kesesuaian undang-undang Islam.Kewajarannya membuktikan bahawa undang-undang barat tidak mampu mengatasi kemungkaran jenayah yang berlaku.Sehubungan itu semuanya berpaksi kepada nilai diri seorang pemimpin,pemimpin yang bertaqwa hanya akan takut kepada Allah sahaja,pemimpin ini tidak akan gentar dalam menegakkan kebenaran al-quran.Rumusannya para mahasiswa harus bijak dalam memilih pemimpin yang berakhlak.


Dasar Ekonomi Melayu.


Dasar Ekonomi Baru.(Deb) merupakan satu langkah dalam menyelamatkan keadilan kek ekonomi rakyat Malaysia.Ianya telah dipacu dengan baik oleh Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO.Walaupun zaman deb itu telah berakhir namun nilai dan semangat DEB itu harus diteruskan,BN dan UMNO harus membina kek ekonomi yang seadilnya dan saksama berdasarkan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.UMNO wajib mempertahankan kek ekonomi orang Melayu.Jika selama ini UMNO mampu melakukannya,maka sewajarlah hal ini dapat dijanakan dengan lebih baik pada masa depan.Komponen BN harus bijak dalam mengatur keadilan kek ekonomi pelbagai kaum di negara ini.Kemiskinan hendaklah dihapuskan,kini bukan masa untuk berhujah,tapi masa untuk bekerja membangunkan negara.Isu-isu yang tidak berkaitan usahlah diungkit-ungkit,kerana ungkitan itu tidak mendatangkan perkara yang baik.

Sunday, October 26, 2008

Islam dipersenda,siswa buat apa.



Sejak pilihan raya ke-12,agama Islam mula dipersendakan oleh orang yang buta sejarah atau hanya mahu mencemarkan imej Islam,namun Pas hanya membatu,membatu dan diam membisu,para siswa harus bangun mempertahankan kesucian agama Islam,usahlah mengharapkan Pas,kerana pas itu kuda politik dan kuasa sahaja.Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu,suara lantang pas tentang negara Islam dan hudud telah lesu,lesu kerana niat di hati mahu menguasai pemeritahan negara,namun Islam tidak mengenal itu semua,dan akhirnya saudara Najib Razak juga yang bakal menjadi perdana menteri,Pas mengigit jari sahaja.Pas sduah hilang taringnya.

Saturday, October 18, 2008

Mahasiswa Melayu apa perjuangannya.


Siswa dan siswi Melayu apa perjuangannya dan matlamatnya?Adakah matlamat mereka jelas atau kabur.Adakah idealisme mereka juga kabur,siapakah yang mereka ikut.siapakah idola mereka,adakah mereka hanyut dengan sandiwara pemain wayang kulit atau lena dengan lagu-lagu merdu kelompok yang berkepentingan politik .

Sesungguhnya siswa dan siswi Melayu harus menjana ilmu ke tahap yang paling tinggi ,disamping membawa Malaysia dan kehidupannya bercirikan al-quran dan al-hadis.Kemaksiatan dan unsur-unsur yang menghina agama Islam,menghina al-quran,al-hadis dan rasul Allah,hendaklah ditentang habis-habisan.Gejala rasuah,fitnah,mempertikaikan penguasaan undang-undang juga harus ditentang habis-habisan.Malahan mempertikaikan kontrak sosial negara ini juga harus ditentang habis-habisan.Lantaran itu barulah siswa dan siswi Melayu mempunyai misi dan visi yang jelas ,.disampin mendapat ganjaran daripada Allah.

Friday, October 17, 2008

Pilihan raya kampus.


Pilihan raya kampus sewajarnya dijalankan bertujuan untuk membela nasib siswa di ipta dan ipts dan bukannya untuk mencampuri urusan dunia politik,walaupun hal-hal massa menjadi liputan yang menarik namun siswa dan siswi harus sedar bahawa kuasa dan hak mereka dalam pilihan raya kampus hanyalah sekadar dalam lingkungan kampus masing-masing sahaja.Siswa dan siswi harus bijak memilih pemimpin mereka,pemimpin yang mampu membantu penjanaan kampus masing-masing bertaraf global dan dunia.Selamat mengundi.

Saturday, October 11, 2008

UMNO parti orang Melayu.


UMNO ialah parti orang Melayu begitu juga Pas,Pas parti orang Melayu,memperjuangkan hak-hak orang Melayu,mempertahankan agama Islam dan budaya orang Melayu dan keistimewaan orang Melayu.Penulis berasa khuatir dengan ayat yang berbunyi-pilih pemimpin diterima masyarakat majmuk-(rujuk berita minggu halaman 9),adakah selama ini pemimpin yang dipilih oleh UMNO tidak direstui oleh rakyat majmuk di negara ini.Atau adakah pengunduran Pak Lah kerana Pak Lah tidak diterima oleh masyarakat majmuk,sebetul dan sebenarnya pemimpin UMNO berjuang membawa hak umno dan suara orang Melayu itu terasnya,di samping tidak mengabaikan nasib kaum-kaum lain di negara ini.Wajarkah ahli-ahli umno dikehendaki berfikir untuk memilih kepimpinannya berdasarkan suara luar daripada UMNO.Ahli-ahli umno harus memilih pemimpin yang dapat berjuang dan membawa suara ahli-ahli umno,contohnya menghapsukan rasuah,dan politik wang.Atau mungkin kini ahli-ahli umno harus berbisik kepada wakil parti kompenen BN untuk memilih pemimpinnya.Orang Melayu Kelantan memang menolak umno,itu fakta,orang Melayu Kedah juga menolak umno,cuma orang Melayu di Perak masih berbelah bagi,namun jika kepimpinan umno takut kepada suara luar daripada umno,maka umno itu akan berkubur pada pilihan raya ke-13.Ayat itu amat aneh,yang sebetulnya semua pemimpin atau perdana menteri di negara ini diterima oleh rakyat,cuma nasib Pak Lah sahaja berbeza,rakyat memihak kepadanya tetapi ada di kalangan ahli umno yang sibuk-sibuk mahu Pak Lah berundur.Namun Pak Lah akur jua,akur demi keutuhan umno,sebab Pak Lah sedar dan insaf umno ketika ini kesepaduannya tidak tuntas,mudah goyah.Namun pengganti Pak Lah harus sedar dan insaf juga,beliau harus memerangi rasuah dan politik wang.Setahu penulis tampuk kepimpinan umno sejak dulu lagi diterima oleh masyarakat majmuk,cuma sebahagian ahli-ahli umno yang suka berpecah belah,jika tidak pasti Tun Mahathir tidak keluar daripada umno dan Anwar Ibrahim tidak akan berpatah arang dengan umno.

Friday, October 10, 2008

Perdana Menteri Malaysia yang ke-6.



Perdana Menteri Malaysia yang ke-6,siapakah?Masing-masing cuba bermain dengan fakta dan teka-teki dan ramalan.Rakyat Malaysia akan melihat akan fakta atau masih lagi berpaksikan kepada khayalan dan angan-angan mat jenin.Atau masa akan berubah,tiba-tiba sesuatu yang tidak disangka-sangka akan berlaku.Manusia merancang namun Tuhan Menentukan segalanya.UMNO dan BN setakat ini merestui Datuk Seri Najib Razak,Pak Lah telah pun memberikan laluannya,namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap juga mengintai-intai ruang,bagi beliau biarlah rakyat melihatnya sebagai satu sandiwara,mainan imaginasi atau angan-angan.Namun angan-angan boleh menjadi realiti.Datuk Seri Najib Razak ialah lambang kepimpinan umno,Datuk Seri Anwar Ibrahim lambang bekas ahli umno,dan akhirnya kedua-dua tokoh itu lambang kepada pasukan komponen parti masing-masing yakni BN dan Pakatan Rakyat.Perdana Mentei Malaysia ke-6,siapakah langkah kanan dan siapakah langkah kiri.



Monday, October 6, 2008

Pilihan raya ke -13 dan hindraf.


Pilihan raya ke-13 akan datang juga menemui para pengundi dan rakyat Malaysia yang layak mengundi.Bahkan peristiwa pahit dalam sejarah rumah terbuka hari raya kebesaran umat Islam negara ini juga telah dicemari apabila sekumpulan ahli-ahli hindraf mengganggu majlis rumah terbuka perdana menteri Malaysia.Mengapakah hindraf sanggup berbuat begitu ,hindraf ialah anak kelahiran Malaysia,negara mereka dan tanah tumpah mereka juga adalah negara Malaysia,namun kenapakah mereka bertindak begitu,apakah agenda mereka.
Bagi penulis agenda mereka ialah untuk memusnahkan kekuasaan umno dalam kerajaan.Kenyataan yang dikeluarkan oleh hindraf banyak yang tidak memihak kepada umno dan kerajaan BN,mengapakah mereka tidak memihak kepada BN,kerana mereka menerima pendapat bahawa hak orang India di negara ini tidak terbela.Adakah itu benar atau tidak,umno perlu menangkis tohmahan ini,umno perlu tuntas dan berhadapan dengan hindraf secara bijak.
Pada pilihan raya ke-13,penulis amat yakin penyokong hindraf atau kaum India yang sehati dengan hindraf akan tidak mengundi BN ,apatah lagi menyokong agenda umno.Umno tidak boleh mengharapkan mic,kerana mic gagal untuk membaca gerak geri kehendak kaum India.Kepimpinan mic agak ketinggalan zaman dalam membaca kehendak pengundi kaum India.
Namun masih ada masa lagi,bagi BN terutamanya MIC untuk melihat dan mendapatkan semula kepercayaan kaum India atau pengundi India,jika tidak sudah pasti BN tidak akan dapat mempertahankan kuasanya sebagai peneraju pemerintahan di negara ini.Lebih-labih lagi terdapat juga segelintir orang Melayu yang bersetuju dengan tindakan hindraf.Orang Melayu memang sudah berpecah dan tidak akan bersatu,inilah hakikat yang orang Melayu harus menerimanya,orang Melayu tidak akan bersatu,bahkan pada pilihan raya ke-13,penulis dapat berasakan undi Melayu akan berpecah separuh kepada pas,separuh kepada umno,separuh kepada PKR,separuh kepada dap.
Kesimpulannya hindraf sedang mengorak langkah dalam mencari dan mencipta sesuatu,jika umno dan BN tidak bijak,maka sudah pasti suara rakyat akan memihak kepada hindraf dan rakan-rakan hindraf,dah akhirnya BN akan menggit jari.

Wednesday, September 24, 2008

Anjing oh anjing.




Anjing oh,anjing,penulis tidak begitu pasti sejak bila anjing terdapat di bumi Malaysia ini dan seterusnya menjadi belaan kepada sesetengah rakyatnya.Namun anjing merupakan haiwan ciptaan Yang Maha Esa.Namun yang menariknya dalam masyarakat Melayu khasnya terdapat beberapa perumpamaan atau kiasan yang menggunakan perkataan anjing.Antara contohnya ialah;
1.anjing hitam-maknaknya ialah orang jahat yang sentiasa menunjuk-nunjukkan keburukannya.
2.anjing diberikan makan nasi bilakan kenyang-maksudnya sia-sia memberikan nasihat yang baik kepada orang yang jahat.
3.anjing ditepuk menjungkit ekor-maknanya orang yang tidak berbudi,jika dihormati akan menjadi sombong.
4.melepaskan anjing tersepit-maknanya menolong orang yang tidak tahu membalas budi.
Itulah antara perumpamaan yang berkaitan dengan anjing.Lantaran itu pembaca dapat menilai setakat manakah sesuainya anjing itu mahu disamakan dengan sesuatu ,jika tidak tepat maka ia boleh mencemarkan,dan menghina dan menjatuhkan maruah.Bahkan perumpamaan itu hendaklah digunakan ditempat yang benar-benar betul dan sesuai.Oleh itu janganlah kita menjadi semacam anjing,bahkan anjing pun menyalak jika ada sebabnya.Yang penting anjing-anjing di negara ini banyak berbaktik kepada tuan-tuannya termasuklah anjing -anjing yang digunakan untuk mengawal keselamatan.
Akhirnya apakah perasaan pembaca,jika diri para pembaca disamakan seperti anjing,fikir-fikirkanlah,yang penting budi bahasa itu amalan rakyat Malaysia kecuali jika seseorang mempunyai masalah jiwa atau fikiran yang bercelaru.

Tuesday, September 16, 2008

Politik Melayu mahu ke mana.


Politik Melayu mahu ke mana?Setelah 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan ke manakah hala tuju politik Melayu.Umum rakyat Melayu telah memahami bahawa sistem negara ini ialah berkonsepkan demokrasi raja berpelembagaan,yakni proses memilih kerajaan memerintah berdasarkan pilihan raya umum yang secara ukurannya dilaksanakan 5 tahun sekali.
Lantaran itu apakah yang orang Melayu dapat dalam proses pemilihan kerajaan yang memerintah,adakah parti atau komponen parti yang dipilih oleh pengundi Melayu telah berjaya membela nasib orang Melayu,adil kepada orang Melayu berlandaskan hak-hak istimewa orang Melayu atau bagaimana?
Pada hakikatnya pada tempoh kemerdekaan yang telah berlalu,kerajaan yang memerintah telah berjaya membawa kemajuan kepada orang Melayu,bahkan kekadang difikirkan juga orang Melayu terlalu manja pula,kerajaan memerintah terpaksa membuat itu dan ini demi menunaikan hak-hak dan amanah mereka kepada orang Melayu.Namun hasilnya terdapat orang Melayu yang tidak mahu bersyukur.
Itu kisah silam,kisah 10 tahun yang lalu,namun kini dan masa depan bagaimana?Adakah umno mampu menarik hati orang Melayu?Atau bagaimana?Adakah pas berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana? Adakah PKR berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana?Setakatmanakah parti politik di atas dapat menarik hati golongan muda Melayu dalam memilih mereka sebagai kuasa yang boleh membela nasib mereka pada masa akan datang.
Secara jelas orang Melayu harus kembali dan boleh menilai maksud firman Allah yang berbunyi-sesungguhnya agama Islam itu agama kamu,agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu,maka sembahlah kamu akan daku-.
Jelasnya teras segalanya adalah Islam,dalam UMNO itu ada orang Islam,dalam Pas itu ada orang Islam,dan dalam PKR itu ada orang Islam.Orang Melayu negara ini ialah beragama Islam,dan terdapat juga kaum India,Cina dan lain-lain beragama Islam.
Sehubungan itu parti politik yang tidak boleh membela nasib orang Melayu secara adil seperti yang termaktub dalam hak-hak istimewa orang Melayu merupakan parti politik yang gagal,bahkan parti politik yang gagal mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini juga parti politik yang gagal.
Namun itu semua bergantung kepada orang Melayu sendiri,pemimpin politik Melayu,golongan tua Melayu dan golongan muda Melayu.Jika orang Melayu sanggup berdiam diri apabila hak-hak mereka dicabar atau agama mereka dihina atau disindir maka terpulanglah.Kuasa dan kemajuan orang Melayu ,orang Melayu sendiri yang akan tentukan.

Masjidku azanku.







Islam agama Rasmi Malaysia,jelas dan nyata,justeru itu sejak merdeka semua kaum di negara ini memahami akan hakikat ini ,hanya yang mempunyai niat yang tidak baik yang akan mempersendakan hakikat Islam agama rasmi di negara ini.Lantaran itu laungan azan merupakan satu hakikat dalam ajaran agama Islam,oleh itu rakyat negara ini harus bijak dan memahami cara kehidupan beragama di di negara ini.
-katakanlah kepada orang -orang kafir kalau mereka berhenti akan diampuni segala dosa yang telah lalu dan kalau mereka kembali membangkang,tidak apa,ingatlah akan sunnah yang telah berlaku atas orang-orang dahulu-al-anfal-:38.
Kepada penganut Islam,pertahankanlah hak Islam,usah terpedaya dengan helah politik sempit.
Bahkan rakyat Malaysia telah matang,yang tidak matang perlu mematangkan diri.Laungan azan itu hak penganut agama Islam,usah pertikaikan lagi.

Friday, September 5, 2008

16 September 2008.


16 September 2008,satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh rakyat,namun semuanya akan dapat dilihat juga apabila detik masa itu menjelang tiba.Pun begitu sistem pemerintahan negara Malaysia berdasarkan sistem demokrasi dan raja berperlembagaan.Secara fakta keputusan pilihan raya umum yang lalu telah membuktikan rakyat memberikan mandat kepada komponen Barisan Nasional untuk menjadi kerajaan di negara ini.
Sistem demokrasi tidak membenarkan -lompat melompat berlaku,kerana ianya berlawanan dalam amalan sistem demokrasi.Amalan demokratik hanya membenarkan kuasa sesuatu kerajaan itu ditentukan melalui pilihan raya umum.Namun semua itu terpulanglah kepada kebijaksanaan pemimpin khasnya pemimpin komponen Barisan Nasional.
Jelasnya amalan demokrasi yang sihat akan membentuk situasi yang sihat.Sekiranya amalan demokrasi itu disalahgunakan sudah pasti hasilnya juga boleh membawa kepada kesan yang tidak stabil,dan ketidakstabilan itu merugikan semua pihak.

Wednesday, September 3, 2008

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin










Salam sejahtera.Isu pemberian dan kelulusan serta permohonan tanah kepada beberapa agensi atau badan-badan persekolahan telah menjadi berita yang menarik bagi rakyat negeri Perak.Yb Menteri Besar Perak sedaya upaya mengulas supaya rakyat jelas dengan apa yang sebenar berlaku.
Beliau mengulas desakan pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Pendokong SAR Negeri Perak (PPSR) supaya kerajaan negeri turut menganugerahkan tanah kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) seperti yang diberikan kepada sekolah persendirian Cina bagi membolehkan SMA itu meneruskan peranannya.
Justeru YB menteri besar Perak haruslah menilai dengan lebih berhati-hati supaya setiap tindakan akan memberikan kesejahteaan kepada rakyat negeri Perak.Bahkan harus melihat sama ada tanah yang diberikan itu digunakan untuk faedah rakyat dan bukannya untuk kepentingan tertentu.
Lantaran itu Yb menteri Besar Perak wajar juga meneliti dan melihat atau jika sesuai menganugerahkan tanah untuk tapak rumah kepada warga Perak yang tidak bertanah khasnya penduduk Melayu di kampung-kampung .Bahkan menyemak juga di pejabat tanah nama-nama individu atau kelompok yang mempunyai tanah yang banyak,namun tanah itu tidak digunakan dengan sebaiknya tetapi hanya untuk kepentingan peribadi.

Tuesday, September 2, 2008

Seloka Politik.







Salam ramadan dan salam berpuasa.Kedatangan ramadan ini diharapkan dapat membawa minda para pembaca lebih tenang,bahkan situasi politik tanah air pun begitu jua.Terdapat juga di kalangan kita menunggu detik peristiwa apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 atau selepas itu.Namun semua pun saudara Yang Berhormat Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik Melayu anak didikakan umno,bahkan Pak Lah dan timbalan perdana menteri kenal siapakah saudara YB Anwar Ibrahim dan begitulah sebaliknya.Apatah lagi saudara YB Anwar Ibrahim menjadi orang kuat matan perdana menteri Malaysia yang ke -4.Sudah tentulah dunia politik negara ini bergantung kepada teras politik orang Melayu.Cerminan warna-warna yang dipilih oleh rakyat Melayu akan menentukan hala tuju politik negara ini.
Jika orang Melayu sudah bersedia menerima timbalan perdana menteri di kalangan bukan orang Melayu,itu merupakan satu titik tolak dunia politik negara ini.Begitu juga jika sistem politik Islam diamalkan di negara ini,itu juga menunjukkan dunia politik negara ini pada masa depan.
Secara ringkas ramadan kali ini akan membawa satu situasi politik yang berbeda,namun ramadan tetap ramadan dan syawal akan menjelang jua.Hanya rahmat-Nya yang dipinta.Selamat berpuasa.

Sunday, August 24, 2008

Permatang Pauh dan Anwar Ibrahim.









26 Ogos 2008(selasa) pengundi di permatang pauh akan menentukan adakah saudara Anwar Ibrahim layak menjadi wakil mereka atau saudara Anwar Ibrahim akan kecundang ?Setakat artikel ini ditulis terdapat beberapa anggapan mengenai pilihan raya kecil di permatang pauh seperti-menentukan kejituan nilai moral,menentukan nasib dunia politik saudara Anwar Ibrahim dan menentukan kejituan pengundi kepada BN.Namun itu semua hak pengundi yang menentukannya.
Bagi penulis setakat artikel ini ditulis minda penulis masih lagi berlegar-legar pada isu sumpah laknat saudara saiful yang membawa kepada penjelasan akan ketidaktentuan moral nilai seorang pemimpin.Namun jika saudara Anwar dalam tempoh terdekat ini menyatakan sumpahnya pula maka nilai moral itu akan berubah corak pula.
Namun nilai moral bukan kayu ukur yang boleh menjadi penentu kemenangan seseorang calon,apatah lagi bertanding di kubu kuat sendiri.Namun bagi penulis nilai moral dan akhlak ini lebih berlanngsungan dengan kehendak Allah dalam menentukan akan segalanya.Pengundi Islam di permatang pauh perlu mengambil ajaran Islam sebagai panduan dalam membuat pilihan nanti.Pilihlah dengan hati yang tenang dan berfikiran terbuka dan bijak.
Bagi penulis ,apabila bersandarkan sumpah laknat saudara saiful ,maka penulis akan memilih calon BN,namun sekirannya sebelum waktu mengundi bermula,berlaku sesuatu yang lain,penulis akan berfikir sekali lagi untuk memilih calon yang mana satu.

Monday, August 11, 2008

Menteri Besar Selangor.


PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Menteri Besar Selangor yang mengemukakan cadangan di atas berkenaan dengan kuota pelajar UITM dibuka kepada bukan bumiputera merupakan satu tindakan yang mengejutkan banyak pihak khususnya warga UITM dan warisan anak-anak kelahiran UITM.Namun penulis beranggapan bahawa cadangan menteri besar Selangor itu sesuatu yang sesuai difikirkan setelah negara memasuki kemerdekaan yang ke-51.Apatah lagi dengan tema sambutan bulan kemedekaan tahun ini berbunyi Perpaduan Teras Kejayaan.
Namun menteri besar Selangor itu berfikir juga,hak Melayu dan kaum bumiputera mahu diberikan kepada bukan Melayu.
Menteri Besar Selangor itu harus menilai idea-idea yang bernas,termasuk idea berikut,yakni menteri besar Selangor harus bersetuju jika banyakkan lagi sekolah wawasan di negeri Selangor.Bahkan kurangkan sahaja jumlah sekolah jenis kebangsaan.Barulah perpaduan rakyat bertambah utuh.Menteri Besar Selangor tentu bersetuju dengan cadangan ini,jika tidak usahlah bercakap mengenai perpaduan.
Namun semuanya terletak kepada warga UITM,apalah susah sangat serahkan sedikit kuota itu kepada bukan bumiputera,asalkan sekolah jenis kebangsaan juga dikurangkan atau dimansuhkan terus.Menteri Besar Selangor itu harus bijak membela nasib kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera,semua hasrat rakyat dan warga Selangor harus dipertimbangkan,nah pertimbangkanlah satu cadangan kepada kerajaan negeri selangor yang ada ketika ini banyakkan sekolah wawasan,barulah perpaduan dapat dikecapi.
Namun rakyat Malaysia telah matang,hanya kumpulan yang tidak matang akan mencipta banyak polemik yang tidak membina tetapi menyusahkan dan melukakan hati warga.Penulis yakin kaum Cina dan kaum India selesa dengan apa yang ada,kerajaan tetap meneliti dan membela nasib semua kaum dan rakyat,namun usahlah mudah mencadangkan sesuatu yang pelik walau nawaitunya murni.


Sunday, August 10, 2008

Polis Diraja Malaysia.(PDRM)









Polis Diraja Malaysia(PDRM),merupakan struktur yang mengawasi dan menjaga kemananan dan ketenteraman negara dan rakyat.Namun amat menghairankan kenapa ada hati-hati yang memandang benci kepada PDRM.Kewajaran melambangkan PDRM dengan anjing merupakan sesuatu yang amat mendukacitakan.Namun kemungkinan hal ini berlaku kerana manusia ini kekadang tidak dapat mengawal akal warasnya.Manusia itu ada yang bersifat mulia dan ada juga yang bersifat kehaiwanan.Bahkan lebih buruk daripada haiwan pun ada.Namun syabas diucapkan kepada pasukan PDRM kerana masih utuh melaksanakan tugas dan amanah menjaga keamanan negara.Bersabar itu satu sifat yang mulia namun usahlah hingga ada pihak yang sanggup menghina dan memijak darjat PDRM.Selamat menjalankan tugas.Allah yang membalas jasa-jasa kalian.

Monday, August 4, 2008

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.



Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),adakah ianya akan terus menongkah arus dalam mencipta kegemilangan anak-anak Melayu atau bagaimana?Adakah mukadimah sedarnya itu masih kukuh dan jitu untuk membela dan meminta apa-apa yang sewajarnya dan mempertahankan apa-apa yang sepatutnya.Atau gabungan itu hanyalah satu erti perkataan tetapi organisasi anak-anak Melayu sukar hendak disatukan suaranya.-tepuk dada tanyalah selera-ayam dikepuk kelaparan itik di air kehausan.-

Negara Islam.


Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia ini sistem pemerintahannya terletak di bawah sistem demokrasi raja berpelembagaan.Sejak merdeka hingga kini Malaysia telah bergerak dan mencipta kejayaan.Namun adakah Malaysia ini bukan negara Islam atau bolehkah Malaysia ini menjadi sebuah negara Islam.Polemik mengenainya telah lama wujud,bahkan Pas agak sinonim mengenai -Negara Islam-(lihat di bawah)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati amanah Allah dan Rasul SAW dan juga janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepada kamu sedang kamu mengetahuinya.”
Ayat ini bermaksud semua amanah, termasuk menegakkan hukum Allah SWT di dalam Negara Islam. Terdapat banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang memberi makna tersebut. Al-Imam Muslim meriwayatkan di dalam syahihnya yang bermaksud:
“Dari Abi Zarr RA, katanya: ‘saya telah berkata kepada Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, mengapa tidak melantik saya (memegang jawatan pemimpin), lalu ia menepuk bahu saya dengan tangannya kemudian ia bersabda, wahai Abu Zarr, awak seorang yang lemah, ia adalah amanah dan di akhirat nanti ia membawa kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambilnya dengan sebenar dan menunaikan kewajipan yang diamanahkan kepadanya.
Lantaran itu adakah Malaysia sebagai negara Islam itu hanyalah satu polemik sahaja,atau sadu perjuangan dan wadah yang akhirnya mahu dicapai?Lantaran itu adakah ianya boleh dicapai atau persepsi mengenai -Negara Islam- itu masih menjadi polemik dan perbincangan akademik.
Justeru itu jika umno dan pas bergabung atau diwujudkan satu parti politik Islam di negara ini adakah -Negara Islam- itu akan menjadi kenyataan atau negara Islam itu hanyalah impian bahan politik sahaja.Namun adalah lebih harmoni jika semua rakyat negara ini menerima konsep pemerintahan negara Islam.Islam itu membawa kesejahteraan dunia dan akhirat.Masa jugalah yang menentukannya.


Saturday, July 19, 2008

GPMS mahu ke mana seleaps ini?


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung mahu ke mana selepas ini?Atau masih lagi dibuai impian yang terletak sama ada menjadi satu fantasi atau realiti.Apakah yang telah terjadi ke atas isu raja-raja Melayu dan ketuanan Melayu.Adakah kian membisu atau masih tersemat di dada.Betulkah orang Melayu boleh bersatu padu,atau bagaimana?Ayam dikepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan,bagaimana pula dengan pembelaan kepada anak-anak dan pelajar-pelajar Melayu.Bagaimanakah persidangan GPMS kali ini?