Sunday, July 22, 2007

membentuk insan-warden oh warden.

SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya


Berita hangat di atas menjadi bualan hangat dan mendapat perhatian semua pihak,namun warden itu tetap warden sekolah,bertugas dan melaksanakan tugas,niatnya baik,mahu mendisiplinkan pelajarnya.Namun lain yang dihajati,lain pula yang berlaku.Namun itulah kuasa seorang warden,(berapa orang guru di sekolah yang mahu menjadi warden,cuba ajukan soalan ini,jika semua guru menolak jawatan ini,siapakah yang bakal memikul jawatan warden,tentulah akan dibuka pula jawatan khas warden di sekolah)

Penulis melihat betapa dalam era moden dan menuju era 2020 terdapat segelintir pelajar yang tidak peka akan pengurusan diri,membuang sesuatu di dalam tandas merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun,bahkan tidak mengaku bersalah juga merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun.

Ini membayangkan bahawa proses didikan ibu bapa mempunyai kepincangan,segelintir ibu bapa gagal mendidik anaknya supaya bermoral dan berakhlak mulia.Bah ini tidak mengejutkan kerana sebahagian rakyat Malaysia memang tidak bermoral dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang.(sebab itu sungai-sungai kotor,tandas awam pun kotor)

Sesungguhnya warden di atas telah melaksanakan tugasnya sebagai warden,(kuasa di asrama adalah miliknya,tetapi bagaimana pula ibu bapa yang anaknya tidak bermoral dan tidak tahu fungsi tandas itu,adakah ia menggunakan kuasanya sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anaknya,bagaimana pula dengan ibu bapa yang merokok dan anaknya juga merokok,bagi penulis ibu bapa yang merokok dan anak yang merokok merupakan kepincangan ibu bapa itu sendiri)

Namun begitu warden itu akan disiasat oleh pihak atasan,sebagai seorang warden,ia wajar menurut dan mamatuhi akan arahan dan tugas yang dilaksanakan oleh pihak atasan,sebagai seorang penjawat awam warden itu harus akur dan menerima nasihat atau teguran pihak atasannya.

Namun siapakah yang boleh menegur ibu bapa yang gagal mencorak moral dan akhlak anak-anaknya,jawabnya hanya Yang Maha Pencipta boleh memberikan balasan setimpal atas ketidakseriusan mereka mendidik anak-anak mereka.

Akhirnya ,jika berminat mohonlah jawatan warden asrama sekolah,baru tahu langit itu rendah atau tinggi.Sesungguhnya merendam pelajar ke dalam kolam bukanlah satu tindakan yang bijak,namun itulah usaha warden itu setelah nasihatnya tidak dipatuhi,tetapi membuang sampah atau benda-benda di dalam tandas memanglah perbuatan yang tidak bertamadun.

Tuesday, July 3, 2007

Dasar ekonomi baru dan debat perdana rtm.

Dasar ekonomi baru satu gagasan yang didebatkan dalamdebat perdana rtm,para ahli panel telah mengupas isu tersebut dengan penuh komitmen.Namun bagi penulis Deb merupakan satu perencaan yang bijak dalam mengisi dan membina kemakmuran negara.

Deb merupakan cabang kepada hak istimewa orang Melayu,bahkan rakyat Malaysia memahami akan hakikat itu.Deb tidak menzalimi kesejahteraan kaum-kaum lain.Deb membantu memacu kemajuan orang Melayu,di samping memakmurkan orang bukan Melayu.

Lantaran itu Deb bukanlah tongkat sakti orang Melayu,orang Melayu tidak salah mendapat tongkat,kerana tongkat itu haknya.Namun jika kurang bijak,tongkat itu tidak dapat dimanfaatkan.

Sehubungan itu konsep Deb merupakan satu kebijaksanaan kepada pencentusnya.Betapa pencentusnya bijak mengatur strategi pembangunan negara dan rakyat.Deb tidak menzalimi sesiapa,hanya yang kurang mengerti yang menyatakan Deb itu sesuatu ketidakadilan.

Justeru itu tidak salah sebagai orang Melayu,penulis mahu konsep Deb ini dan tongkat ini dilaksanakan sampai bila-bila,kerana itu hak,bukan satu permintaan.Selagi ianya tidak menzalimi kaum-kaum lain di negara ini.Di sini ada orang cina yang kaya raya,ada orang india yang berniaga besar-besaran.Deb dan hak istimewa orang Melayu tidak mengusik dan mengganggu mereka membina kemakmuran dan kekayaan.Rakyat jelata memahami ini,cuma ada segelintir golongan yang cuba memanipulasikan akan konsep Deb ini.

Terima kasih kepada umno,kerana kepimpinan umno memahami dan bijak dalam membangunkan kemajuan orang Melayu dan rakyat negara ini.Salahkah memuji kebijaksanaan kepimpinan umno dan BN,ada sesiapa yang tidak bersetuju akan pujian ini,jika ada ,kenapa tidak bersetuju.

Namun semuanya bergantung kepada kuasa,jika ada kuasa semuanya dapat direncanakan dengan sempurna,jika tiada kuasa,rencana itu hanya menjadi mimpi-mimpi.