Friday, September 21, 2007

Nurin Jazlin.


Kedatangan ramadan tahun 2007,ramadan 2007,membawa satu kisah duka rakyat Malaysia yang dikejutkan dengan kematian adik Nurin Jazlin.Kematian yang tragis dan menjadi titik hitam dalam kehidupan keluarganya.


Kisah adik Nurin yang hilang dilaporkan di dada akhbar dan menjadi topik hangat serta mendapat perhatian warga Malaysia tanpa mengira warna kulit dan kaum.Namun akhirnya mayat adik Nurin ditemui di dalam bungkusan hitam,adik Nurin telah dibunuh dengan kejam.Adik Nurin telah dideraseksual oleh pembunuhnya.



Sukar untuk dikatakan,atau untuk diungkapkan,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul,September 2007 telah mengejutkan warga Malaysia yang harmoni bahawa telah wujud seorang manusia yang berjiwakan binatang,malah lebih buas daripada binatang.



Sewaktu catatan ini ditulis,pihak polis terus memburu pembunuh adik Nurin,moga-moga ramadan ini akan membuka jalan-jalan agar pembunuh adik Nurin menerima balasan yang setimpal.


Al-fatihah buat adik Nurin.



No comments: