Friday, July 11, 2008

Pejuang Islam tidak pernah bersandiwara.




Salam sejahtera para siswa siswi,semoga kehidupan anda tetap dalam rahmat-Nya dan terus berusaha mencipta kecemerlangan dan mencari cahaya kebenaran.
Pejuang Islam tidak pernah bersandiwara atau berdolak dalih,pejuang Islam berjuang dan bergerak kerana-Nya,bukan kerana mahu kedudukan di dunia.
Lantaran itu amati yang berikut,

TAIPING, 16 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ustaz Mohd. Zin Abdul Rahman menegaskan sudah tiba masanya Dewan Ulama PAS di seluruh negara memperkasakan tugas dan tanggung jawab kepada rakyat.





Setakat manakah benar dan betulnya kenyataan di atas,atau hanya sebagai sandiwara,pada dasarnya pas ini ditubuhkan untuk menentang umno kerana umno dikatakan tidak berjuang berlandaskan Islam,namun jika difikirkan dengan hati yang tenang,hingga kini tidak jelas setakat manakah Pas itu berjuang menegakkan Islam,setakat ini dilihat perjuangan Pas sudah kehilangan arah kecuali di Kelantan,lucu betul apabila menteri besar Perak tidak dapat membezakan antara makna kebajikan dengan negara Islam.(menteri besar ini nampaknya lebih takutkan dap berbanding Allah)


Penulis mahu pemimpin pas berterus terang kepada rakyat Malaysia bahawa mereka mahu menegakan hukum Islam dan membasmikan tempat-tempat maksiat,bukannya walaupun ada kuasa sebagai menteri besar namun cakap tidak serupa bikin.Allah tidak memandang pejuang Islam yang di sini cakap lain,di sana cakap lain.

Diharapkan para mahasiswa harus tenang dalam memikirkan penyataan di atas.Nampaknya Pak lah lebih bekerja kuat dalam mengangkat martabat Islam,sedangkan pas masih lagi tidak pasti kehendak akar umbi pengikutnya.











No comments: