Tuesday, September 16, 2008

Politik Melayu mahu ke mana.


Politik Melayu mahu ke mana?Setelah 51 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan ke manakah hala tuju politik Melayu.Umum rakyat Melayu telah memahami bahawa sistem negara ini ialah berkonsepkan demokrasi raja berpelembagaan,yakni proses memilih kerajaan memerintah berdasarkan pilihan raya umum yang secara ukurannya dilaksanakan 5 tahun sekali.
Lantaran itu apakah yang orang Melayu dapat dalam proses pemilihan kerajaan yang memerintah,adakah parti atau komponen parti yang dipilih oleh pengundi Melayu telah berjaya membela nasib orang Melayu,adil kepada orang Melayu berlandaskan hak-hak istimewa orang Melayu atau bagaimana?
Pada hakikatnya pada tempoh kemerdekaan yang telah berlalu,kerajaan yang memerintah telah berjaya membawa kemajuan kepada orang Melayu,bahkan kekadang difikirkan juga orang Melayu terlalu manja pula,kerajaan memerintah terpaksa membuat itu dan ini demi menunaikan hak-hak dan amanah mereka kepada orang Melayu.Namun hasilnya terdapat orang Melayu yang tidak mahu bersyukur.
Itu kisah silam,kisah 10 tahun yang lalu,namun kini dan masa depan bagaimana?Adakah umno mampu menarik hati orang Melayu?Atau bagaimana?Adakah pas berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana? Adakah PKR berjaya menarik hati orang Melayu atau bagaimana?Setakatmanakah parti politik di atas dapat menarik hati golongan muda Melayu dalam memilih mereka sebagai kuasa yang boleh membela nasib mereka pada masa akan datang.
Secara jelas orang Melayu harus kembali dan boleh menilai maksud firman Allah yang berbunyi-sesungguhnya agama Islam itu agama kamu,agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan kamu,maka sembahlah kamu akan daku-.
Jelasnya teras segalanya adalah Islam,dalam UMNO itu ada orang Islam,dalam Pas itu ada orang Islam,dan dalam PKR itu ada orang Islam.Orang Melayu negara ini ialah beragama Islam,dan terdapat juga kaum India,Cina dan lain-lain beragama Islam.
Sehubungan itu parti politik yang tidak boleh membela nasib orang Melayu secara adil seperti yang termaktub dalam hak-hak istimewa orang Melayu merupakan parti politik yang gagal,bahkan parti politik yang gagal mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini juga parti politik yang gagal.
Namun itu semua bergantung kepada orang Melayu sendiri,pemimpin politik Melayu,golongan tua Melayu dan golongan muda Melayu.Jika orang Melayu sanggup berdiam diri apabila hak-hak mereka dicabar atau agama mereka dihina atau disindir maka terpulanglah.Kuasa dan kemajuan orang Melayu ,orang Melayu sendiri yang akan tentukan.

No comments: