Friday, October 31, 2008

Pendidikan dan Bahasa.











Pendidikan dan pembelajaran atau secara mudahnya belajar untuk menimba ilmu sama ada dari peringakat rendah,menengah dan universiti semuanya berkaitan dengan penggunaan bahasa.Penggunaan bahasa pengantar berbeza pula dengan bahasa yang mahu dipelajari.Kebiasaannya bahasa yang mempunyai teknologi yang tinggi atau kandungan ilmu akan menjadi bahasa yang perlu dipelajari .
Jelasnya pengajaran Bahasa Inggeris di alam pendidikan di negara ini merupakan sesuatu yang yang perlu kerana bahasa Inggeris itu bahasa teknologi,sains dan kemajuan.Setakat ini Bahasa Melayu belum mampu menjadi bahasa ilmu sains teknologi,dan usaha-usaha sedang dijalankan menuju ke arah bahasa Melayu menjadi bahasa teknologi.
Lantaran itu,tiada menjadi kesalahan sekiranya pengajaran matematik dan sains terus menggunakan bahasa Inggeris,bahkan ianya satu proses membina kemajuan dan memberi ruang yang cukup kepada para pelajar untuk menguasai bahasa teknologi itu.
Adalah sesuatu yang menghampakan jika graduan yang dihasilkan oleh universiti di negara ini tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.Kegagalan ini adalah disebabkan sikap graduan itu sendiri.Lantaran itu graduan yang tidak bermutu ini akan ketinggalan di pasaran ekonomi dan tidak dapat meningkatkan produktiviti negara.Hakikatnya pendidikan memang berkaitan dengan bahasa.

No comments: