Saturday, December 13, 2008

Kebebasan Karya Dibelenggu.



Sesuatu yang menarik,pada era zaman kebebasan media ini,rupa-rupanya karya dan kebijaksanaan penulis kekadang dibelenggu oleh unsur-unsur yang menyekat akan kebebasan bersuara dan berkarya.Di dunia ini,semua bangsa mempunyai gaya dan karya sasteranya sendiri.Karya-karya itu pula lahir dalam menyatakan sesuatu isu atau kritikan kepada masyarakat,namun amat menghairankan ketika ini suara-suara kebebasan itu dibelenggu oleh tindakan yang bukan-bukan.Pengkarya atau pengarang terpaksa diheret ke mahkamah,sedangkan dalam dunia terbuka ini,kebebasan berkarya di negara ini sepatutnya mencapai ke tahap yang membanggakan dan tinggi.Namun mungkin kekadang ada juga pembaca yang terasa dan seperti terasa-terasa,ini amat menghairankan kerana karya sastera sama ada dalam bentuk novel atau cerpen merupakan cetusan rasa penulisnya dan tidak menyentuh mana-mana pihak kecualilah pihak itu terperasan atau terasa yang bukan-bukan.Jelasnnya suara-suara yang seperti jaguh membawa isu-isu kebebasan bersuara tetapi tidak mampu untuk mengamalkannya.Jika tidak temakan cili sudah tentu tidak ada bekas pedasnya.Namun kepada utusan Malaysia teruskan membuka ruang kepada penulis yang berwibawa yang mengangkat martabat kebebasan bersuara dan berkarya.Jelasnya di sini para mahasiswa harus menentang sekeras-kerasnya unsur-unsur yang menyekat atau menggugah kebebasan akhbar atau suara pengarang untuk menyatakan sesuatu dalam tulisannya.Zaman ini zaman terbuka bukan zaman tertutup.

No comments: