
BN telah beralih cara,peralihan kuasa berjalan seperti dirancangkan.Namun hakikatnya apakah perjuangan Pas,Pas mencari apa dan mahu membawa rakyat Malaysia ke mana?Islam Pas dimanakah tempatnya kini,negara Islam Pas,fantasi atau angan-angan?Atau adakah golongan pemimpin muda Pas juga sudah lari dari hala tuju perjuangan Pas yang tulen.Ahli umno sudah bertekad untuk berubah,berjuang bersama-sama rakyat.Namun kepimpinan Pas susah untuk dimengertikan?Undang-undang hudud entah ke mana,penghapusan atau pengurang tempat-tempat perjudian juga entah ke mana?Membela nasib dan ekomomi rakyat juga entah ke mana,tidak jelas dan kabur dan semakin kabur.Penulis berharap Pas harus bangun kembali bersama Islam,bukannya terikut-ikut dengan rentak politik massa.Tanpa Dap pun Pas boleh menang,tanpa PKR pun Pas boleh menang,jika Pas yakin,Allah bersama-sama Pas,tetapi jika Pas tidak yakin,maka Pas tidak akan ke mana-mana.Sesuatu yang lebih besar daripada itu ialah Pas perlulah bergabung dengan BN.Jika bergabung,Pas boleh membawa falsafah perjuangannya selari dengan BN.
No comments:
Post a Comment