Monday, March 28, 2011

Pas dan UMNO mahu ke mana?

BN telah lama menerajui pentabbiran negara.Kemajuan rakyat dan negara telah terbukti.Namun hujan turun di tengah hari.Pas membawa harapan kepada penubuhan Negara Islam,biar banyak dipolemikkan,mahu hudud,namun kini suara itu kian mengecil.Parti politik yang kuat ialah parti politik yang mampu membawa suara hati perjuangannya.Jika tidak walaupun nampak hebat tetapi sebenarnya kecundang.Pengundi Melayu pula mahu ke mana,apakah yang mereka mahu?Apaka mereka mahu akan Negara Islam pada zaman era Nabi S.a.w. atau bagaimana?Atau pengundi Melayu tidak tahu apakah yang mereka mahu,zaman berubah,hanya yang bijak dapat mengemudi nasib bangsa Melayu.Atau pengundi Melayu telah dapat menerima perjuangan pakatan pembangkang?Dalam BN ada umno,dalam BN ada Mic ,Mca,dan Gerakan,pada pembangkang pula ada Dap,Pas ,Pkr,.Apakah pengundi Melayu sudah boleh menerima dan berasakan pembangkang itu boleh membawa misi dan hasrat mereka.
Apakah hasrat pengundi Melayu pada masa akan datang?

Nasib bangsa di tangan bangsa itu sendiri,nasib negara juga ,bergantung kepada rakyat negara itu sendiri.Penentuan di tangan pengundi Melayu.Pengundi Melayu menentukan nasib pembangunan masa depan mereka,manakala rakyat Malysia pula menentukan nasib pembangunan negara?Pas dan Umno,ke manakah mahu membawa nasib orang Melayu pada masa depan?Atau nasib itu di tangan individu Melayu itu sendiri?

Sama ada BN atau Pakatan Pembangkang ,pengundi menentukannya.

No comments: