Tuesday, February 20, 2007

Budaya Ilmu di Kalangan Siswazah Islam



Setakat manakah budaya ilmu menjadi sesuatu yang mahal harganya di kalangan siswazah Islam,atau siswazah Islam hanyalah buih-buih kosong yang tidak bermakna,diluar nampak indah tetapi di dalam kosong dan hampa-hampa sahaja.Bahkan setakat manakah juga pertubuhan atau kelompok siswazah Islam di universiti mempunyai citarasa budaya ilmu?

Setiap tamadun bergerak berasaskan ilmu,jika budaya ilmu itu masih jauh di sanubari siswazah Islam maka,usah bermimpi untuk membina tamadun.Lantaran tamadun barat tetap hidup subur dan menjadi ikutan dunia Islam ,bahkan menjadi ikutan di kalangan sesetengah kelompok siswazah Islam.

Secara ringkasnya firman di bawah yang maksudnya-Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan ,Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah,bacalah,dan Tuhanmu Yang Paling Maha Pemurah,Yang Mengajar Manusia dengan perantaraan kalam,Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya-Al-Alaq-

Sandaran di atas memang diketahui umumnya oleh siswazah Islam,namun pada realitinya,apakah budaya ilmu itu menjadi dasar kecintaan siswazah Islam,atau mereka hanyalah penuntut-penuntut yang kaku,dan hidup dalam dunia robot.

Jika mereka masih kaku dan seakan robot-robot,manakah mampu mereka untuk mencipta tamadun,dan pasti mereka masih lagi menjadi hamba barat,dan idealis Islamnya akan menjadi semakin retorik.

Bersandarkan buku tulisan Prof.Dr.Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya yang bertajuk Generasi Mendatang Generasi Yang Menang-sudah pasti budaya ilmu itu menjadi asas utama untuk generasi Islam mampu menerajui pembangunan dunia,jika tidak usahlah bermimpi di siang hari,beliau memetik bersandarkan firmah di bawah yang maksudnya-".........terangkanlah kepada-Ku dengan berdasarkan pengetahuan,jika kamu memang orang-orang yang benar-al-an am-143)

"........katakanlah,tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar-al-Baqarah:111)

Lantaran itu petikan firman di atas bertunjangkan kepada budaya ilmu merupakan wadah utama dalam melengkapkan fakta-fakta dalam membina kemajuan.Tanpanya kemajuan manusia akan tempang dan generasi Islam mendatang akan tetap menjadi hamba tamadun barat.

Justeru itu apakah tahap budaya ilmu siswazah Islam negara ini ,adakah kental atau rapuh.Bagaimana pula tahap budaya ilmu kelompok kumpulan penuntut Islam di menara gading negara ini,adakah kukuh atau longlai.

Jika jawapannya longlai,usahlah bermimpi untuk mengubah atau ingin suara mereka didengar kerana mereka hanyalah suara-suara yang retorik.Retorik akan tinggal retorik.

Ironinya wajarlah disimpulkan tingkahlaku dan cara berfikir serta bekerja siswazah Islam di negara ini masih lagi seperti pelajar lepasan sekolah menengah.

No comments: