Friday, May 18, 2007

Bocor.

Siapa pun tidak sangka bahawa isu bocor boleh menyebabkan dua orang pemimpin rakyat memohon maaf secara terbuka dan menjadi isu yang tidak selesa bagi wanita di negara ini,maklumlah kuasa undi wanita boleh menentukan jatuh bangunnya kuasa seseorang yang berkuasa dan berjawatan.Jika tidak amat sukar perkataan -bocor- itu menjadi isu yang hangat di media massa utama.Begitulah kata perumpamaan telajak perahu boleh ditarik,telajak kata,binasa padahnya.

Namun penulis bersyukur kerana kerendahan hati dua pemimpin rakyat itu yang tampil untuk memohon maaf serta menerangkan serba sedikit akan latar belakang kejadian itu.Nampaknya provokasi boleh mencetuskan kecelaruan emosi dan minda.(oleh itu berhati-hatilah,tanganilah dengan bijak setiap provokasi)

Justeru itu dapatlah diambilkira bahawa rakyat negara ini suka akan perwatakan pemimpin yang wibawa dan berbudi bahasa.Lantaran itu pemimpin atau organisasi yang suka mencemuh,menghina,fitnah,adu domba,mengumpat, dan mempunyai unsur-unsur ganas tidak akan mendapat tempat di hati rakyat,terutamanya golongan pengundi.

Rakyat mahukan kemajuan dan kemakmuran berdasarkan kepimpinan yang wibawa,penyayang dan bernilai murni serta menjaga kebajikan rakyat secara realistik,bukannya propaganda dan cemuhan atau banyak bercakap tetapi tindakan tiada.

Fakta dan kejituan fakta menjadi ukuran rakyat dan pengundi,lantaran itu sesiapa yang mampu menyatakan fakta yang realistik akan dipilih oleh rakyat.Bercakap kosong tanpa hujah dan fakta yang kukuh pasti gagal menarik hati rakyat dan pengundi.

Akhirnya isu perkataan bocor telah selesai,namun senario yang kurang adab dan biadab pada masa akan datang haruslah ditolak oleh rakyat secara total,pemimpin mesti bernilai murni, (contohnya perasuah tiada di hati pengundi.)Selamat mengamalkan nilai-nilai murni.

No comments: