Wednesday, May 30, 2007

Merdeka 50 tahun-(Ketuanan Melayu)

Tahun ini genaplah 50 tahun Malaysia merdeka,tanggal 1957 negara Tanah Melayu ini mencapai kemerdekaan dengan mempunyai sistem pemerintahan dan perlembagaan sendiri.Komposisi kaum yang pelbagai tidak menjadi penghalang keapda kemerdekaan itu.Lantan itu kemerdekaan yang dicapai menyambung semula nadi ketuanan Melayu di negara ini.(selepas dijajah oleh kuasa asing)Namun ketuanan Melayu ini bolehlah diteliti dalam perlembagaan yang berbunyi-

***
Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telahpun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi.
Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Taoi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenor-gabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Butiran seterusnya boleh dimaknakan begini-

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu
Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

Tanah untuk Orang Melayu :

Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(?bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

Jawatan dalam Kerajaan :
Jawatan-jawatan kana dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa :
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntu Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi :
Peraturan hendaklah dibuat untuk memboleh orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahan dan aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Yang di-Pertuan Agung hendaklah mendengar nasihat Perdana Menteri dan Jemaah Menteri, dan segala perubahan baharu berdasar hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negeri-negeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Lantaran itu butiran di atas sudah cukup untuk melihat setakat mana muda-mudi Melayu memahami akan hakikat sejarah.Sejarah menggariskan beberapa keistimewaan untuk Orang Melayu berlandaskan semangat tolenrasi pelbagai kaum di negara ini.Hak itu bukan bermakna muda-mudi Melayu harus leka dan alpa kerana hak bukan bermakna akan mampu membina kemakmuran dan kemajuan tetapi rajin,berilmu dan bernilai murni merupakan tinta utama untuk membina tamadun kejayaan.

Justeru itu adalah kurang wajar juga jika ada pihak cuba untuk mempertikaikan hak-hak itu.Kewajarannya selagi Malaysia menuju kegemilangan selagi itulah hak-hak itu perlu ada dalam perlembagaan Malaysia.Namun kebijaksanaan merupakan kunci segalanya.

Tepuk dada tanya selera.


Rujukan
Cara Pemerintahan Tanah Melayu (1957-1963), oleh Tan Sri Dato' Abdullah Bin Ayub, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1978, cetakan pertama 1961, Tiada ISBN.

No comments: