Friday, June 1, 2007

Lina Joy



Azlina Jailani begitulah nasibnya,dia telah memilih untuk keluar dari agama Islam dan kini jika digunakan istilah yang lain dia telaha murtad,namun dia cuba untuk membuang maklumat Islamnya di dalam kad pengenalannya tetapi gagal.

Mengapa gagal,gagal kerana Azlina Jailani atau Lina Joy tidak memahami bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai negara rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan(Malaysia),Bukan sahaja Lina Joy tidak memahami ,bahkan media barat juga buta dan tuli akan kedudukan agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia.

Penulis angkat topi dan hormat kepada kesungguhan Menteri Penerangan Malaysia yang menempelak media barat yang mengulas isu Lina Joy secara membabi buta.Penulis ternanti-nanti bagaimana reaksi Pas yang sedang bersidang ketika ini,adakah ia akan membela keputusan yang telah dinyatakan oleh pihak mahkamah.Begitu juga dengan badan-badan dakwah yang lain.

Masa masih jauh,Azlina Jailani boleh memilih untuk kembali keapda Islam,semoga cahaya-Nya akan membuka jalan-jalan kebaikan kepada Azlina Jailani.(didoakan).

Rumusannya murtad itu kepunyaan-Nya dan berlandaskan hukum-hukum yang digariskan oleh Al-Quran,lantaran itu khalayak umum harus memahami akan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini,begitu juga dengan kedudukan penganut agama-agama lain.

1 comment:

Anonymous said...

Saudara/ri,
Kita hendak berhujah dengan ilmu,bukan dengan kepala hotak,yang saudara tiba-tiba hentam Parti PAS,apasalahnya PAS dalam isu Lina Joy, Isu Lina Joy ini bukan hanya untuk orang UMNO atau PAS atau KEADILAN atau MCA atau GERAKAN atau sesiapa pun, tetapi selagi kta mengucap duakalimasyahadah, wajib bagi kita untuk memperjuangakan Amal Makruf, Nahi Mungkar. Kita tidak boleh mininggalkan salah satu darinya. Cari lah mana satu Firman Allah ST dan Hadis Nabi Muhammand SAW dalam AL_QURAN atau kitab hadis yang membolehkan kita mengamal atau meninggalkan satu darinya.Saya sendiri tidak menolak UMNO atau KEADILAN sekiranya Al-Quran dan Sunnah dijadikan hukum. Kerana Al-Quran itu kalam Allah ST,Kita tidak boleh sangsi atau menolak segala yang datang dari Al-Quran Sunnah. Itu pasti dan pasti, kita tidak boleh menolaknya, dikhutiri gelincir iman kita, Nauzibilahhiminzalik. Maafkan saya jika awak terasa hati,Semuanya datang datang dari Allah, sekiranya ada kesilapan saya maafkan saya,saya sayang semua orang Islam, tidak kira ianya Pak Lah ke Tok Guru Nik Abdul Aziz ke, kita bersaudara. Saya pasti saudara mesti ingat hadi Nabi Muhammad SAW, sesunguhnya orang islam itu bersaudara...........