Sunday, July 22, 2007

membentuk insan-warden oh warden.

SIBU 22 Julai – Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan, dekat sini yang mengarahkan 200 pelajar perempuan berendam di dalam kolam ekoran tindakan seorang daripada mereka membuang tuala wanita ke dalam mangkuk tandas sekolah Rabu lalu, mempertahankan tindakannya


Berita hangat di atas menjadi bualan hangat dan mendapat perhatian semua pihak,namun warden itu tetap warden sekolah,bertugas dan melaksanakan tugas,niatnya baik,mahu mendisiplinkan pelajarnya.Namun lain yang dihajati,lain pula yang berlaku.Namun itulah kuasa seorang warden,(berapa orang guru di sekolah yang mahu menjadi warden,cuba ajukan soalan ini,jika semua guru menolak jawatan ini,siapakah yang bakal memikul jawatan warden,tentulah akan dibuka pula jawatan khas warden di sekolah)

Penulis melihat betapa dalam era moden dan menuju era 2020 terdapat segelintir pelajar yang tidak peka akan pengurusan diri,membuang sesuatu di dalam tandas merupakan satu perbuatan yang tidak bertamadun,bahkan tidak mengaku bersalah juga merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun.

Ini membayangkan bahawa proses didikan ibu bapa mempunyai kepincangan,segelintir ibu bapa gagal mendidik anaknya supaya bermoral dan berakhlak mulia.Bah ini tidak mengejutkan kerana sebahagian rakyat Malaysia memang tidak bermoral dan gagal mematuhi peraturan dan undang-undang.(sebab itu sungai-sungai kotor,tandas awam pun kotor)

Sesungguhnya warden di atas telah melaksanakan tugasnya sebagai warden,(kuasa di asrama adalah miliknya,tetapi bagaimana pula ibu bapa yang anaknya tidak bermoral dan tidak tahu fungsi tandas itu,adakah ia menggunakan kuasanya sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anaknya,bagaimana pula dengan ibu bapa yang merokok dan anaknya juga merokok,bagi penulis ibu bapa yang merokok dan anak yang merokok merupakan kepincangan ibu bapa itu sendiri)

Namun begitu warden itu akan disiasat oleh pihak atasan,sebagai seorang warden,ia wajar menurut dan mamatuhi akan arahan dan tugas yang dilaksanakan oleh pihak atasan,sebagai seorang penjawat awam warden itu harus akur dan menerima nasihat atau teguran pihak atasannya.

Namun siapakah yang boleh menegur ibu bapa yang gagal mencorak moral dan akhlak anak-anaknya,jawabnya hanya Yang Maha Pencipta boleh memberikan balasan setimpal atas ketidakseriusan mereka mendidik anak-anak mereka.

Akhirnya ,jika berminat mohonlah jawatan warden asrama sekolah,baru tahu langit itu rendah atau tinggi.Sesungguhnya merendam pelajar ke dalam kolam bukanlah satu tindakan yang bijak,namun itulah usaha warden itu setelah nasihatnya tidak dipatuhi,tetapi membuang sampah atau benda-benda di dalam tandas memanglah perbuatan yang tidak bertamadun.

No comments: