Monday, August 11, 2008

Menteri Besar Selangor.


PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera.
Menteri Besar Selangor yang mengemukakan cadangan di atas berkenaan dengan kuota pelajar UITM dibuka kepada bukan bumiputera merupakan satu tindakan yang mengejutkan banyak pihak khususnya warga UITM dan warisan anak-anak kelahiran UITM.Namun penulis beranggapan bahawa cadangan menteri besar Selangor itu sesuatu yang sesuai difikirkan setelah negara memasuki kemerdekaan yang ke-51.Apatah lagi dengan tema sambutan bulan kemedekaan tahun ini berbunyi Perpaduan Teras Kejayaan.
Namun menteri besar Selangor itu berfikir juga,hak Melayu dan kaum bumiputera mahu diberikan kepada bukan Melayu.
Menteri Besar Selangor itu harus menilai idea-idea yang bernas,termasuk idea berikut,yakni menteri besar Selangor harus bersetuju jika banyakkan lagi sekolah wawasan di negeri Selangor.Bahkan kurangkan sahaja jumlah sekolah jenis kebangsaan.Barulah perpaduan rakyat bertambah utuh.Menteri Besar Selangor tentu bersetuju dengan cadangan ini,jika tidak usahlah bercakap mengenai perpaduan.
Namun semuanya terletak kepada warga UITM,apalah susah sangat serahkan sedikit kuota itu kepada bukan bumiputera,asalkan sekolah jenis kebangsaan juga dikurangkan atau dimansuhkan terus.Menteri Besar Selangor itu harus bijak membela nasib kaum bumiputera dan kaum bukan bumiputera,semua hasrat rakyat dan warga Selangor harus dipertimbangkan,nah pertimbangkanlah satu cadangan kepada kerajaan negeri selangor yang ada ketika ini banyakkan sekolah wawasan,barulah perpaduan dapat dikecapi.
Namun rakyat Malaysia telah matang,hanya kumpulan yang tidak matang akan mencipta banyak polemik yang tidak membina tetapi menyusahkan dan melukakan hati warga.Penulis yakin kaum Cina dan kaum India selesa dengan apa yang ada,kerajaan tetap meneliti dan membela nasib semua kaum dan rakyat,namun usahlah mudah mencadangkan sesuatu yang pelik walau nawaitunya murni.


No comments: