Saturday, August 22, 2009

Politik Mahasiswa Islam.


<

Tahun ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-52.Sejak tahun 1957 situasi politik di negara ini telah mengalami susur galur yang akhirnya mematangkan dunia demokrasi itu sendiri walaupun terdapat beberapa insiden yang berlaku.Namun mahasiswa Islam harus menilai semula fikiran politik mereka,situasi politik terkini menunjukkan bahawa status Islam itu kekadang dijadikan mainan kempen bukannya untuk dilaksanakan.

Mahasiswa Islam tentu lebih arif,bahawa Al-Quran dan al-hadis itu panduan kepada manusia jika mahu mencari kerahmatan-Nya.Apatah lagi seorang muslim itu saudara bagi muslim yang lain,oleh itu ia tidak boleh menzaliminya,juga tidak boleh menyerahkannya kepada orang yang zalim.

Mahasiswa Islam tentu bijak merenung semula nasib politik Islam di negara ini,Allah menurunkan al-quran sebagai petunjuk dan tiada petunjuk yahg lebih benar melainkan al-Quran.Bahkan kisah firauan dan namrud dapat dijadikan teladan kepada mahasiswa Islam.Pemimpin memang perlukan kuasa,kuasa memerintah,namun setakat mana amalan Islam itu mahu ditegakkan.

Mahasiswa Islam harus bijak ,jika tidak kuasa politik muslim akan menjadi lemah dan longlai dan boleh diperkotak-katikkan oleh orang lain.Lebih malang lagi jika mahasiswa Islam membiarkan pemimpin yang bertopengkan agama Islam untuk meraih sokongan dan simpati,tetapi amalannya dan perbuatannya jauh menyimpang dengan amalan Islam.Kini semuanya terletak di tangan mahasiswa Islam,dunia ini untuk membina kehidupan dan akhirat pula tempat dihisab segala amalan perbuatan.

No comments: