Saturday, August 8, 2009

Teras Perlembagaan Persekutuan.

Sejarah telah membuktikan bahawa negara ini dikenali sabagai Tabah Melayu dan asas sejarahnya berteraskan Kesultanan Melayu.Namun sejarah juga telah membuktikan bahawa negara ini telah dijajah dan penjajahan itu telah membawa perubahan kepada struktur komposisi rakyatnya.Pun begitu kemerdekaan negara ini telah menjadikan teras Perlembagaan Persekutunnya kepada Melayu itu sendiri.Secfara ringkas terdapat 7 hak mutlak dan kedudukan istimewa orang Melayu iaitu,

1-Persekutuan dikenali dengan nama Malaysia.
2-Islam ialah agama rasmi Persekutuan.
3-Raja Melayu ialah Pemerintah dan Ketua Agama Islam di Negeri masing-masing.
4-Rejimen askar Melayu hanya untuk orang Melayu.
5-Tanah simpanan Melayu.
6-Bahasa Melayu.
7-Kedudukan istimewa orang Melayu.

Justeru itu apabila disusun semula hak mutlak di atas,maka 7 hak muktal dan kedudukan istimewa orang Melayu terbahagi seperti berikut;

Hak Mutlak Melayu.
1-Raja Melayu.
2-Tanah Melayu.
3-Bahasa Melayu.
4-Agama Islam.

Undang-undang sedia ada.
1-rejimenh Askar Melayu.
2-Tanah simpanan Melayu.

Kontrak sosial.

-Kedudukan istimewa orang Melayu.Keudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak.Kepentingan sah kaum lain.

Oleh itu teras hak - hak di atas haruslah diterima dan dikekalkan dan tidak boleh dicabar atau dipersenda-sendakan.

No comments: