Tuesday, December 12, 2006

Penjanaan siswa yang ulil albab.

Ulil Albab-siapkah ulil Albab-secara ringkas penulis memaknakan ulil albab itu sebagai agen perubahan yang menggunakan daya fikir untuk memajukan manusia dan persekitarannya.


Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam ugama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
(At-Taubah. Ayat: 122)

Berdasarkan firman di atas-jelas bahawa menara gading merupakan aset utama dalam membentuk ulil albab-ilmu ialah kunci utamanya dan seterusnya siswa itu harus mampu menggunakan daya fikirnya tanpa mudah putus asa dalam mengatasi atau berhadapan dengan sesuatu cabaran atau krisis.

Lantaran itu daya fikir dan membuat sesuatu dengan bijak tanpa putus asa merupakan sikap seseorang dalam meneroka kehidupan seorang ulil albab.(bayangkan tanpa manusia yang berfikri jauh sudah tentu teknologi tidak dapat dicipta,tanpa teknologi komputer,pasti siswa akan tidak dapat melayari internet.)

Sehubungan itu setakat waktu ini,sejauh manakah siswa Islam meneroka konsep ulil albab di dalam kehidupan mereka,atau siswa Islam masih lagi berada dalam ruang lingkup yang statik dan jumud.


Sikap statik dan jumud atau tidak mampu berfikir dalam melihat sesuatu isu atau krisis merupakan suatu proses yang boleh melemahkan ummah.

Sebagai suatu latihan berfikir penulis ajukan suatu fenomena krisis dan diharapkan siswa Islam di menara gading dapat mengambil tindakan yang sesesuai untuk mengatasinya-

1.di universiti terdapat segelintir siswa wanita yang tidak menunup aurat.

2.konsep islam hadhari mampu menjana rakyat Malaysia.

3.kadar pengangguran di kalangan mahasiswa.

4.gejala rasuah di Malaysia.

5.pencapaian ekonomi di kalangan kaum Melayu.

Justeru itu perhatikan juga firman berikut-

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam ugama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.
(Ali-Imran.Ayat:104 -105)




Justeru itu siswa Islam harus membawa diri mereka ke arah konsep ulil albab.

No comments: