Friday, November 24, 2006

Kesatuan Pelajar antara harapan dan cita-cita.

Sejak sebelum merdeka pelbagai pertubuhan sukarela dan belia lahir di negara ini.Masing-masing membawa misi dan visi.Lantaran itu terbentuklah juga pertubuhan belia dan sukarela yang berkaitan dengan pembangunan pendidikan.Artikel ini hanya menyentuh mengenai peranan beberapa pertubuhan pendidikan yang berjuang untuk meningkatkan dan memelihara jati diri dan pembangunan pendidikan amal anak-anak
Melayu.


Sejak tahun 1948 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) telah ditubuhkan atas tujuan berdasarkan 4 sedar yang utama iaitu-sedar atas perlu disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu-sedar akan kemunduran kami di alam pengetahuan-sedar atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa dan sedar bahawa maju mundur,kayamiskin,hina mulianya bangsa itu ditangan kami-

Berdasarkan sejarah memanglah gpms ada menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam meningkatkan ilmu pengetahuan anak-anak Melayu.Bahkan di samping itu,gpms mampu membentuk ciri-ciri pemimpin yang wibawa dan mampu mengisi kekosongan kepepimpinan kampung ,pertubuhan sukarela dan negara.

Secara total ahli-ahli gpms era gelombang gerakan obornya berjuang kerana menyedari akan tanggungjawab mereka untuk membangunkan pendidikan anak-anak Melayu.Mereka yakin jika mundur di alam ilmu pengetahuan maka kaum Melayu juga akan mundur dan merempat di bumi ini.

Sehubungan itu rentetan ksiah-kisah pada tahun-tahun 1945 telah melangsungkan tertubuhnya Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor .(kppms) .KPPMS ditubuhkan juga atas dasar meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan anak-anak kaum Melayu.Bahkan mereka sentiasa ingat akan kata-kata Allahyarham saudara Aminuddin Baki-jangan sampai jadi seperti ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan.

Kini gpms dan kppms tetap bergerak dalam dimensi pendidikan ,namun gpms dan kppms harus terus meneraju perjuangan dalam meningkatkan mutu pendidikan dan nasib dunia pendidikan anak-anak Melayu.Penulis berasakan suara-suara gpms dan kppms kian hilang dan sepi.Wal hal,ketika ini terdapat beberapa kelompok kumpulan yang sudah berani mempertikai hak-hak kontrak sosial.

Lantaran itu jika gpms dan kppms masih lagi leka dan tidur sudah tentu mimpi mereka tidak indah lagi.Hakikatnya terima kasih kepada pejuang-pejuang gpms dan kppms yang tulen dan menjaga amanah agama,bangsa dan negara.Masa depan tetap akan dilalui.Fikirkanlah.

No comments: