Tuesday, November 28, 2006

Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang Putih dan Bawang merah merupakan sebuah cerita klasik yang menarik hati kaum Melayu kerana dunia kaum Melayu memang begitu,dunia yang penuh konflik dan perbalahan yang sia-sia.Apatah lagi kaum Melayu yang sebahagiannya percaya dengan kuasa ghaib.Walaupun Islam datang ke Tanah Melayu ,namun hingga kini kepercayaan yang karut marut itu menjadi daya tarikan,lebih-lebih lagi yang dikaitkan dengan unsur-unsur tahyul.
Lantaran itu tidak mengejutkan jika ceita Bawang Putih dan Bawang Merah ini menjadi isu yang ketara,walaupun ceroitanya tidak membawa apa-apa tetapi cukup menggambarkan bahawa gerak laku dan daya fikir kaum Melayu di negara ini masih lagi dihiasi dengan unsur-unsur lama yang tidak mampu melonjakkan daya fikirnya untuk lebih maju.
Kaum Melayu yang sedar ekonominya masih lagi jauh ketinggalan tetapi terus terhibur dengan imaginasi hiburan yang mengkhayalkan.Justeru itu berdasarkan keterujaan kaum Melayu kepada cerita Bawang Merah dan Bawang Putih dapat digambarkan bahawa kaum Melayu masih boleh didodoikan dengan hiburan yang mengkhayalkan dan mereka boleh dijajah lagi.

No comments: