Friday, January 19, 2007

Hak Pengundi dinafikan.

Pilihan raya kecil di Batu Talam,membawa perkhabaran bahawa pas dan keadilan rakyat telah gagal memahami kehendak rakyat dan hak pengundi.Sesungguhnya parti pembangkang Melayu itu telah hilang idea dalam membangun dan membela nasib rakyat.Ketiadaaan calon parti pembangkang Melayu itu membawa bukti jelas betapa parti pembangkang Melayu hanyalah parti tempelan sahaja,sedangkah tiada langsung membawa kesan dalam arus kesejahteraan rakyat ,khususnya orang Melayu dan pembangunan agama Islam.

Lantaran itu,dapatlah dilihat penyokong pas di Batu Talam hendak mengundi siapa,tentu bukan Bn tetapi wajarkah orang pas mengundi calon bebas,apa pula yang boleh diperjuangkan oleh calon bebas itu?
Namun hakikatnya pada pilihan raya umum parti pembangkang Melayu tidak akan memboikotnya,kerana mereka masih mengidam jawatan perdana menteri,timbalan perdana menteri dan menteri besar,lainlah kalau pas sudah bosan mentadbir Kelantan.

Namun faktor utama ialah,parti pembangkang Melayu itu sudah kehilangan sokongan,kerana gagal membuktikan kepada rakyat akan kemampuan kepimpinan mereka.Menyalahkan suruhan jaya pilihan raya memanglah mudah,tetapi akal rakyat kian bijak,namun Bn dan umno khususnya harus berhati-hati,air yang tenang usah disangka tiada buaya.

Begitu juga dengan pilihan raya kecil di Batu Talam,jentera BN harus bergerak aktif dan bijak,kerana pengundi dan aliran pengundian boleh berubah sekelip mata.Strategi pembangkang harus diamati dengan bijak,sudah tiba masanya BN dan khususnya umno bijak melihat sandiwara parti pembangkang Melayu.

2 comments:

Lidah Penghunus said...

assalamualaikum. jemputlah ke http://lindunganbulan.blogspot.com/ http://n32.blogspot.com/ http://karyamuslim.blogspot.com/

Jazbah Muda said...

salam sejahtera,

tahniah atas penulisan tuan. teruskan perjuangan...