Monday, January 1, 2007

Iraq yang kelam.

Ketibaaan aildiladha tahun 2006 masihi membawa catatan satu peristiwa yang akan menjadi sejarah-seorang pemimpin negara Islam dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan kematiannya itu dijaja di media seluruh dunia.

Lantaran itu ada kelompok yang sedih hiba=dan ada kelompok yang gembira .Namun hakikatnya pemimpin negara Islam itu telah ditamatkan riwayatnya di tali gantung.Namun apakah pesanan dan petunjuk yang diperolehi,atau umat Islam hanya melihat dan mengulas itu dan ini.Pada pandangan penulis pengajaran yang boleh diperolehi ialah,

-musuh Islam ada di mana-mana.
-musuh Islam mengancam Islam melalui umat Islam sendiri.
-perpaduan umat Islam diselongkar dan dikoyak-koyak menggunakan strategi pemahaman politik.
-umat Islam lebih emosi=lebih fanatik kepada pemimpin berbanding ajaran dan panduan al-Quran dan al-hadis.

Sehubungan itu mahasiswa di universiti mestilah tidak mudah dijumudkan akal mindanya.Saddam tersungkur di tali gantung,rakyatnya daripada puak syiah dan kurdis amat gembira,maka apabila Tun Dr.Mahathir menarik diri daripada jawatan perdana menteri ada golongan yang gembira,dan yang menghairankan Pak Lah pengganti Tun M yang boleh menjadi imam solat juga diperkotakkan oleh sesetengah pihak dengan mempersendakan islam hadhari.

Jika sunni dan syiah dan kurdis dan rakyat Iraq bersatu sudah pasti nasib saddam tidaklah seteruk itu jadinya.

Lantaran itu para mahasiswa harus menghayati firman berikut,


1
بِسْمِاللّهِالرَّحْمنِالرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(QS. 1:1) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
2
الْحَمْدُللّهِ رَبِّالْعَالَمِينَ
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam,(QS. 1:2) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
3
الرَّحْمنِالرَّحِيمِ
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.(QS. 1:3) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
4
مَالِكِيَوْمِالدِّينِ
Yang menguasai hari pembalasan.(QS. 1:4) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
5
إِيَّاكَنَعْبُدُوإِيَّاكَنَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.(QS. 1:5) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
6
اهدِنَاالصِّرَاطَالمُستَقِيمَ
Tunjukilah kami jalan yang lurus,(QS. 1:6) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::
7
صِرَاطَالَّذِينَأَنعَمتَعَلَيهِمْغَيرِالمَغضُوبِعَلَيهِمْوَلاَالضَّالِّينَ
(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.(QS. 1:7) ::Terjemahan:: ::Tafsir:: ::Asbabun Nuzul::

Lantaran itu kesatuan dan perpaduan merupakan senjata utama dalam menghadapi musuh durjana.Para mahasiswa hendaklah bersatu,-bersatu menghayati islam hadhari-bersatu menentang kumpulan-kumpulan yang menggugah islam hadhari-Bersatu menentang rasuah,bersatu membasmi kemiskinan-bersatu menentang kelompok retorik dan bersatu menentang kumpulan yang mengurangkan suara Melayu di parlimen.

(usahlah kita mengata rakyat Iraq tidak bersatu tetapi di negara kita Melayu juga tidak bersatu-sebab ada kumpulan yang memecahkan kesatuan politik itu)

Mahasiswa dan graduan harus memahami hakikat itu-salam tahun 2007.

No comments: