
Catatan ini ditujukan khas kepada semua para mahasiswa dan juga pembaca umum,walaupun susunan catatan ini tidak disusun dengan format yang khusus namun diharapkan dapat dijadikan satu renungan untuk difikirkan.
1)
-pagi jumaat-beliau dilahirkan-di kampung berhampiran Alor star.
-bercita-cita mahu menjadi peguam-tidak minat bersukan-tapi minat membaca dan menulis buku.
2)
-1969 tewas kepada Haji Yusof Rawa.
-1981-menjadi perdana menteri.
3)
-dasar pandang ke timur.
-dasar perindustrian berat.
-dasar bersih ,cekap dan amanah.
4)
-tugas kita bukan kecil,kerana mengisi kemerdekaan,lebih sukar dari bermandi,keringat dan berdarah menuntutnya.
-hari ini,jalan pasti makin berliku,kerana masa depan,belum tentu menjanjikan syurga,bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.
5)
-Melayu mudah lupa,Melayu mudah lupa....,dulu bangsanya retak...,dulu bangsanya teriak...
Melayu mudah lupa...,sejarah bangsanya yang lena,wahai bangsaku,jangan mudah lupa lagi,kerana perjuangan belum selesai.
6)
-zaman baru pasti tiba,pantas mencabar dan tidak terduga.nasib bangsa di mana,agama mana mercunya?,tanah ini milik siapa?,sejarah pun tidak lagi dapat mengajar kita.......
7)
-bersatu teguh bercerai roboh,kita azimat pusaka berzaman,alaf baru penuh penceroboh,rapatkan bangsa nusa dipertahankan.
Secara sedar dan berfikirlah sejenak sewaktu membaca petikan catatan di atas,renungkanlah,dan fikirkanlah.Rakyat Malaysia ,khususnya orang Melayu harus insaf dan dapat berfikir dengan wajar dan pintar serta bijak terhadap setiap situasi yang berlaku kini,sama ada di sudut politik,ekonomi,sosial,kemajuan negara dan kemakmuran Malaysia.Catatan di atas adalah kata-kata buah fikiran Dr.Mahathir Mohamad.Penulis menyeru agar para mahasiswa mengerti akan setiap yang berlaku ketika ini.Jika tidak masa depan kita siapa yang akan menentukannya,perjalanan masih jauh.
Akhirnya....,
-hiduplah bagai aur dengan tebing-yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing-
yang jauh didekatkan,yang dekat dimesrakan,budi baik dikandung tanah,bersatulah dan berpadulah.-
No comments:
Post a Comment