Tuesday, May 27, 2008

Pas Selangor mula membuka langkah.
















Pengharaman Islam Hadhari tindakan politik
KUALA LUMPUR 27 Mei - Tindakan kerajaan campuran Selangor yang mengharamkan sebarang program berkonsepkan Islam Hadhari adalah semata- mata bertujuan mempolitikkan konsep tersebut.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanggapan bahawa Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor ialah pendapat kerajaan campuran Selangor semata-mata.
"Itu adalah pendapat dia (kerajaan campuran Selangor). Dia hendak politikkan Islam Hadhari. Kita sudah jelaskan Islam Hadhari merupakan satu konsep pembangunan tamadun yang terancang.





Nampaknya Pas Selangor telah membuka langkah,dengan mengharamkan sebarang program atau aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari.Begitulah pas baru tidak sampai setahun sudah menunjuk kuku besinya mengharamkan program yang baik kepada rakyat Malaysia tertutamanya umat Melayu umumnya dan umat Melayu Selangor khasnya.


Lantaran itu juga,penulis tidak nampak apakah alasan kukuh untuk Kerajaan Campuran Selangor berbuat demikian kecualilah kemungkinan di hati mereka terdapat kesumat yang membuak-buak.


Namun begitu,mungkin juga selepas ini pas di bawah kerajaan campuran akan mengharamkan serta merta penjualan minuman keras,menutup kilang -kilang arak dan menutup kelab-kelab malam.Penulis yakin pas akan berbuat demikian,tunggu.

Lantaran itu kita menunggu apakah program yang akan diadakan oleh kerajaan campuran Selangor untuk memartabatkan dan melindungi hak-hak penganut agama Islam di Selangor.





















No comments: